Laga kemuncup

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Laga kemuncup
Pemain2 atau lebih (berpasangan)
Julat umurtiada had
Masa penyediaan-
Masa permainantiada had
Peluang rawakRendah
Kemahiran yang diperlukanmerancang, mengumpan

Laga kemuncup ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Laga kemuncup ialah permainan tradisional yang biasanya dimainkan oleh kanak-kanak secara berpasangan atau lebih.

Permainan Laga kemuncup cuma memerlukan rumput kemuncup yang berbuah. Permainan ini sering dimainkan di halaman rumah di mana terdapat banyak kemuncup untuk dimainkan. [1]

Cara permainan[sunting | sunting sumber]

Para pemain akan duduk menghadap secara berpasangan. Apabila bermula, para pemain mula mengacah dan memutarkan kemuncup yang digeselkan pada kemuncup lawan. Apabila kedua kemuncup bertaut, ia akan ditarik dan pemain yang kemuncupnya putus atau loroh dianggap kalah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]