Lagenda Budak Setan 3: Kasyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah
PengarahSharad Sharan
PenerbitSharad Sharan
Lakon layar olehAhadiat Akashah
BerdasarkanLagenda Budak Setan
Dibintangi oleh
Disunting olehKate James
Syarikat
penerbitan
Astro Shaw
Tarantella Pictures
PengedarGsc Movies
Mula ditayangkan
11 September 2014
Tempoh tayangan
112 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Lagenda Budak Setan 3: Kasyah (juga dikenali sebagai Lagenda Budak Setan 3: Kasyah - Lagenda Berakhir) merupakan sekuel ketiga filem Lagenda Budak Setan selepas dua filem sebelum ini, Lagenda Budak Setan dan Lagenda Budak Setan 2: Katerina yang diarahkan oleh Sharad Sharan. Filem ini dibintangi oleh Farid Kamil, Maya Karin dan Lisa Surihani dan merupakan kesinambungan terakhir filem ini, dityangkan pada 11 September 2014.[1][2][3]

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Ayu Raudhah memegang watak sebagai Zahirah bagi menggantikan Lana Nordin yang telah memegang watak tersebut dalam Lagenda Budak Setan 2 : Katerina.
  • Bagi menjayakan watak Zahirah, Ayu Raudhah mengakui bahawa dia mengalami trauma selepas melakonkan babak dia dipukul oleh Shan (Iqram Dinzly). Bagaimanapun, Iqram telah menyatakan permohonan maaf kepada suami Ayu.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Selepas Kasyah (Farid Kamil) kehilangan isteri tercinta dan anak perempuannya, dia berazam untuk memulakan semula hidup barunya dengan Kate (Maya Karin). Mereka mengambil anak angkat dan berkahwin. Walau bagaimanapun, salah faham menimpa mereka apabila Hisyam (Bront Palarae), bekas suami Kate dan bekas rakan sekerja Kasyah kembali dengan niat yang tidak baik.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Mengulangi kejayaan dua filem terdahulu, pengarah Sharad Sharan telah memberikan yang terbaik untuk siri terakhir karya yang diadaptasi daripada novel tulisan Ahadiat Akashah.[4] Menurut Sharad, beliau bertuah kerana mendapat kerjasama baik daripada Ahadiat yang turut bertindak sebagai lakon layar dan penulis skrip bagi memastikan semua plot penting dalam ‘Kasyah’ dapat dimasukkan ke dalam versi filem sambil mengakui sesuatu yang mustahil untuk memasukkan semua plot dan sub-plot dalam karya tersebut dan berharap apa yang ditonjolkan dapat memuaskan hati penonton.[4] Bagi Ahadiat, beliau berpuas hati dengan hasil kerja Sharad kerana berjaya menterjemahkan ceritanya dengan baik di layar perak.[4] Beliau turut memuji watak lakonan Farid Kamil sebagai Kasyah yang disifatkan sebagai berjaya menghidupkan watak berkenaan seperti mana dibayangkan ketika menulis novel itu pada tahun 1985.[4]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Lagenda Budak Setan 3: Kasyah ditayangkan pada 11 September 2014 dan telah mencapai kutipan sebanyak RM1 juta selepas lima hari tayangan. Sharad Sharan yang pada mulanya bimbang dengan kutipan gembira apabila filem arahannya itu mendapat sambutan.[5] Sebelum ini, filem adaptasi novel karya Ahadiat Akashah mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mengutip RM4.6 juta, manakala LBS2 pula hanya memungut RM1.8 juta.[5]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Lagu tema filem ini - "Bicara" dan "Lautan" diterbitkan oleh AG Coco dan dinyanyikan oleh Yuna telah dipilih menjadi lagu tema filem ini.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Al Qayum Azizi (23 September 2014). "Tiada Rasa Dalam 'Lagenda Budak Setan 3: Kasyah'". mSTAR Online. Dicapai 10 Mac 2017. 
  2. ^ Angelin Yeoh (11 September 2014). "'Lagenda Budak Setan' saga comes to an end". The Star Online. Dicapai 10 Mac 2017. 
  3. ^ "Kisah Kasyah Berakhir Dalam Legenda Budak Setan 3". Suara TV. 14 September 2014. Dicapai 10 Mac 2017. 
  4. ^ a b c d "'Lagenda Budak Setan 3' Lewat Tayangan Bukan Sebab Masalah". Perak Today. 29 Ogos 2014. Dicapai 10 Mac 2017. 
  5. ^ a b Filem Lagenda Budak Setan 3 pecah panggung Agenda Daily. 19 September 2014.
  6. ^ Izzat Ismail (16 Jun 2015). Lagu Yuna Dalam Filem 'Lagenda Budak Setan 3: Kasyah' Era FM. Dicapai pada 10 Mac 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]