Lagi-Lagi Senario

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lagi-Lagi Senario
Poster filem Lagi-lagi Senario (2001).jpg
Pengarah Aziz M Osman
Penerbit Ahmad Puad Onah
Nor Aliah Lee
Johari Amat
Dibintangi oleh Kumpulan Senario
Wardina Safiyyah
Accapan
Muzik oleh Peter Lim
Sinematografi Badaruddin Haji Azmi
Syarikat
produksi
Paradigm Film Sdn Bhd
Pengedar Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Mula ditayangkan
14 Disember 2001
Tempoh tayangan
110 minit
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Perbelanjaan RM1.58 juta[1]
Pecah panggung RM6.33 juta[2]

Lagi-Lagi Senario ialah sebuah filem komedi keluarga arahan Aziz M Osman dan dibintangi oleh Kumpulan Senario, Wardina Safiyyah dan Accapan. Filem ini merupakan sequel kepada dua filem Senario terdahulu iaitu Senario The Movie & Senario Lagi. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem ini merupakan antara filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman iaitu dengan kutipan RM6.33 juta, mengatasi pemegang rekod terdahulu, Sembilu 2 (RM 6.10 Juta). Rekod ini kekal selama 9 tahun sebelum diatasi oleh filem Adnan Sempit pada tahun 2010 (RM 7.66 juta).[3]

Plot[sunting | sunting sumber]

Wahid (Wahid Senario) seorang pelayan di restoran eksklusif dipecat oleh majikannya apabila pelanggan yang dibawanya masuk ke dalam restoran mengkritik masakan yang dibuat oleh ketua chef yang juga merangkap pemilik restoran tersebut. Setelah gagal mendapatkan kerja setaraf kerjayanya yang lalu, Wahid akhirnya menjadi pelayan di warung Azlee (Azlee Senario). Yassin (Yassin Senario) dan Saiful (Saiful Apek), turut bekerja di warung Azlee. Masing-masing bekerja sebagai pelayan dan penebar roti canai. Warung Azlee popular kerana keistimewaan roti canai buatan Saiful. Suatu hari, seorang pemuda bernama Mazlan (Mazlan Senario), membuka warung bersebelahan warung Azlee. Mulanya, Azlee tidak berasa tergugat kerana menganggap kehadiran warung baru itu bakal memberi persaingan sihat. Tetapi pendiriannya berubah apabila Saiful mengambil keputusan untuk bekerja di warung Mazlan. Sejak itu warung Azlee tidak lagi mendapat perhatian. Azlee cuba mencari penebar roti baru tetapi usahanya gagal. Yassin turut mengikut jejak Saiful bekerja dengan Mazlan. Wahid bersimpati dengan nasib Azlee dan berazam memperbaiki keadaan. Dia berlatih menebar roti sendirian. Suatu hari Wahid memberitahu Azlee dia bersedia menjadi penebar roti canai serta menyediakan gimik untuk menarik perhatian pelanggan setia Mazlan. Azlee mengumumkan secara besar besaran bahawa dia akan melancarkan "Roti Canai Terbang Rock & Roll". Gimik Wahid dan Azlee menjadi dan warung mereka kembali dipenuhi pelanggan. Sebaliknya warung Mazlan dan Saiful tidak lagi mendapat perhatian. Mazlan mula mengatur rancangan jahat untuk merosak dan menghapuskan perniagaan Azlee. Tetapi anak buah Mazlan (Wardina Safiyah) telah membocorkan rahsia kepada Azlee tentang niat jahat Mazlan. Akhirnya perniagaan Mazlan telah jatuh merudum dengan teruk. Mazlan telah menjual makanan kepada orang Islam di bulan puasa untuk mendapat keuntungan tetapi telah tertangkap oleh pihak berkuasa. Mazlan tidak berpuas hati dan menuduh Azlee yang menyebabkan dia jatuh. Tetapi dahi Leen berdarah akibat dibaling batu oleh Mazlan semasa dia hendak membaling batu sambil bergaduh. Ketika pertengkaran berlaku datang Saiful memujuk yang dia telah memberi tempat baru untuk mereka berniaga bersama-sama.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1.6 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM6,331,410.59.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Syanie yang berlakon dalam filem Senario Lagi membuat kemunculan khas dalam filem ini sebagai pasangan suami isteri dengan Osman kering. Mereka menjadi punca kenapa Wahid dibuang kerja.
  • Nabila huda membuat cameo dalam filem ini dalam babak dia makan roti canai di warung Azlee yang baru sahaja mengupah Majid penebar roti pengotor.
  • Selepas Yassin disabitkan dengan kes dadah. dia digugurkan dari Senario. Tahun 2002 tiada filem Senario diterbitkan dan 2003 filem Lang Buana di pawagam hanya Wahid, Mazlan, Saiful Apek dan Azlee ditampilkan.
  • " Luar macam setinggan, dalam macam kondo " ayat yang dilontarkan Wahid itu pastinya diingati kerana merujuk pada trend masyarakat Melayu yang tidak mempunyai kediaman tanah sendiri sebaliknya menumpang atas tanah orang tetapi mempunyai citarasa mewah.
  • Dalam filem ini juga ada mesej membanteras lanun cetak rompak dengan Saiful Apek memainkan salinan cetak rompak cerita lagi lagi senario di dalam filem lagi lagi senario!! dimana dia skip ke babak dimana ada dia dan lanun cetak rompak di dalam tv!
  • Ini juga kali pertama kumpulan Senario membuat kemunculan di dalam filem mereka sendiri. Dimana mereka singgah ke warung Azlee dan Wahid Senario berjumpa semula dengan Lin ( wardina safiyyah ) rakan sekolahnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]