Pergi ke kandungan

Allah Rahmatkan Raja Kami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Lagu Negeri Pahang)
Allah Rahmatkan Raja Kami
الله رحمتکن راج کامي
Jata Negeri Pahang

Lagu negeri Pahang
Juga dikenali sebagaiAllah Selamatkan Sultan Kami
MuzikDorothy Lilian Sworder, 1924
Diguna pakai1925
Sampel audio
Allah Selamatkan Sultan Kami (instrumental; versi terdahulu)

Allah Rahmatkan Raja Kami (Jawi: الله رحمتکن راج کامي) ialah lagu rasmi Pahang Darul Makmur negeri Malaysia yang diterima pakai secara rasmi pada tahun 1925. Lagu negeri itu berdasarkan lagu Perang Pahang yang disusun semula oleh Miss Dorothy Lilian Sworder pada Disember 1924.[1][2]

Pada tahun 1924, semasa pemerintahan Sultan Abdullah al-Mu'tassim Billah, satu pertandingan telah diatur di Pahang untuk memilih lagu untuk lagu negeri. Salah satu penyertaan telah dikemukakan oleh Cik Dorothy Lilian Sworder (1892–1982), anak perempuan Pegawai Pertanian di Pekan, yang sedang melawat ayahnya. Miss Sworder ialah seorang pemuzik berbakat dan LRAM. Gubahan beliau, yang merupakan versi penyusunan semula lagu Perang Pahang, telah dipilih dan disampaikan oleh Residen British Pahang, H.W Thompson kepada Sultan pada 1 Mei 1925. Skor muzik lagu itu dihantar ke Kuala Lumpur dan dipersembahkan buat pertama kali oleh Pancaragam Negeri semasa mesyuarat majlis Persekutuan pada tahun yang sama.[2][3]

Lagu rasmi semasa ialah versi diubah suai bagi lirik asal. Lirik lagu negeri Pahang untuk versi kedua pada baris ketiga, istilah asal Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah disemak kepada Duli Yang Maha Mulia. Begitu juga pada baris ketujuh, Ke Bawah Duli Raja Kami telah disemak kepada Duli Tuanku Raja Kami.[4]

Lirik lagu negeri Pahang diubah sekali lagi pada tahun 2025 sebanyak 3 baris diubah iaitu baris sama, Duli Paduka Baginda (ketiga) dan Duli Baginda Raja Kami (ketujuh) bersempena gelaran terkini Al-Sultan Abdullah serta baris keenam yang mengubahkan lirik Ya Allah selamatkan kepada Ya Allah rahmatkanlah.[1]

Versi pertama (asal)

[sunting | sunting sumber]

Tulisan Rumi

[sunting | sunting sumber]

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Kebawah Duli Raja kami

Tulisan Jawi

[sunting | sunting sumber]

يا ﷲ يڠ مها کواس
لنجوتکن اوسيا کباوه دولي يڠ مها مليا
ديرݢاهايو دار المعمور
امان دان بهاݢيا سنتياس
يا ﷲ سلامتکن کباوه دولي راج کامي

Versi kedua

[sunting | sunting sumber]

Tulisan Rumi

[sunting | sunting sumber]

Ya Allah yang maha kuasa

Lanjutkan usia

Duli yang maha mulia

Dirgahayu, darul makmur

Aman dan bahagia sentiasa

Ya Allah selamatkan

Duli tuanku raja kami.

Tulisan Jawi

[sunting | sunting sumber]

يا اللّٰه يڠ مها کواس
لنجوتکن اوسيا
دولي يڠ مها موليا
ديرݢاهايو دار المعمور
امان دان بهاݢيا سنتياس
يا الله سلامتکن
دولي توانکو راج کامي

Versi ketiga (terkini)

[sunting | sunting sumber]
Allah Rahmatkan Raja Kami[1]
Bahasa Melayu Tulisan Jawi

Ya Allah yang maha kuasa

Lanjutkan usia

Duli Paduka Baginda

Dirgahayu, darul makmur

Aman dan bahagia sentiasa

Ya Allah rahmatkanlah

Duli baginda raja kami.

يا اللّٰه يڠ مها کواس
لنجوتکن اوسيا
دولي ڤدوک بݢيندا
ديرݢاهايو دار المعمور
امان دان بهاݢيا سنتياس
يا اللّٰه رحمتکنله
دولي بݢيندا راج کامي

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c "Lagu Negeri Pahang". www.pahang.gov.my. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang. Dicapai pada 12 Oktober 2025.
  2. ^ a b Isa, Yaakub; Abu Baakar, Mohammad Mokhtar (1997). "Meneliti Celah-Celah Fail Arkib Negara Malaysia". Monograf Pahang dalam Sejarah. 7. Lembaga Muzium Negeri Pahang (kini Perbadanan Muzium Negeri Pahang).
  3. ^ The Keeper of Public Records (5 April 1961). "How the State Anthems of Malaya came to be written". myrepositori.pnm.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Perpustakaan Negara Malaysia (melalui sumber Persatuan Sejarah Malaysia). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 16 Januari 2023. Dicapai pada 12 Oktober 2025.
  4. ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)