Lagu Negeri Pulau Pinang
![]() Jata Negeri Pulau Pinang. | |
Lagu Kebangsaan Negeri ![]() | |
Lirik | James W. Boyle |
---|---|
Muzik | James W. Boyle |
Diguna pakai | 1972 |
Sampel audio | |
| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Untuk Negeri Kita [1] merupakan lagu negeri bagi negeri Pulau Pinang. Lagu ini dikarang sepenuhnya oleh James W. Boyle (1922-1971).
Perihal[sunting | sunting sumber]
"Untuk Negeri Kita" (Tulisan Jawi: اونتوق نڬري كيت, pronounced [untuʔ nəgəri kita]; "For Our State") ialah Lagu Rasmi Pulau Pinang, Malaysia. Ia ditulis oleh komposer kelahiran Pulau Pinang dan pemuzik jazz James W. Boyle.[2] Lagu itu kemudiannya dimainkan buat kali pertama pada 22 Disember 1972, semasa sambutan hari jadi Gabenor Pulau Pinang, Tun Syed Sheh Hassan Barakbah.
Pada asalnya dimainkan pada tempo yang lebih perlahan, lagu negeri Pulau Pinang telah diubah suai pada tahun 1993 kepada rentak semasanya yang lebih pantas.[3] Tindakan khusus ini, yang diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, Koh Tsu Koon, dikatakan mencerminkan semangat dan dinamisme rakyat Pulau Pinang terhadap kemajuan negeri ini.
Lirik[sunting | sunting sumber]
Versi Terkini[sunting | sunting sumber]
Untuk Negeri Kita [4] | |||
---|---|---|---|
Bahasa Melayu [5][6] | Tulisan Jawi | transkripsi IPA [a] | Bahasa Inggeris |
،سلامت توهن كورنياكن ،سلامت ڤولاو ڤينڠ ،نڬريكو يڠ موليا ،كوتاعت دان ستيا ،امن دان بهاڬيا ،ماجوله، جايله ،نڬريكو يڠ كوچينتا ،برساتو دان برسام ،اونتوق نڬري كيت |
[səlamat tuhan kurniakan] |
May God safety grant, |
Diguna Pakai[sunting | sunting sumber]
Pada permulaan semua majlis rasmi yang diadakan di dalam negeri Pulau Pinang, lagu negeri Pulau Pinang mesti dimainkan selepas lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku. Lagu negeri mesti dinyanyikan mengikut lirik Melayu rasmi. bendera Pulau Pinang turut dinaikkan serentak dengan nyanyian lagu negeri. Setiap orang yang hadir mesti berdiri memberi perhatian semasa menyanyikan lagu negeri.
Selain itu, lagu negeri dinyanyikan seminggu sekali di semua sekolah kebangsaan di seluruh Pulau Pinang.
Lihat Juga[sunting | sunting sumber]
Nota[sunting | sunting sumber]
- ^ See Help:IPA/Malay.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ Wong Chun Wai (4 January 2014). "Penang's Kelawi Road where the Eurasians set words to music". The Star. Dicapai pada 4 January 2017.
- ^ Goh, Beng-Lan (2002). Modern Dreams: An Inquiry Into Power, Cultural Production, and the Cityscape in Contemporary Urban Penang, Malaysia. SEAP Publications. ISBN 9780877277309.
- ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ a b c d e f g h i j Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Negeri Pulau Pinang - Untuk Negeri Kita". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ a b c d e f g h i j My Penang. "Lagu Negeri Pulau Pinang - Untuk Negeri Kita". mypenang.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
|
---|---|
Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Timur Malaysia (Malaysia Borneo) | ![]() ![]() |
Wilayah Persekutuan | ![]() ![]() ![]() |
lihat juga:
![]() |