Pergi ke kandungan

Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lagu Pop Terbaik adalah salah satu kategori yang dipertandingkan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana berbentuk trofi mikrofon yang diberikan kepada penulis lagu dan lirik bergenre pop terbitan rakyat Malaysia yang mencapai merit dan kualiti dalam industri rakaman. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2008 bagi memastikan kelangsungan penerbitan lagu mengukut genre ekoran kemerosotan penerbitan album penuh secara bergenre. AIM dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM).

Senarai Pemenang dan Calon

[sunting | sunting sumber]

Penyanyi Yuna merupakan artis yang paling banyak memenangi kategori ini dengan dua kemenangan. Manakala sebagai penggubah dan penulis lirik, Yuna disertai oleh Faizal Tahir dan Mike Chan sebagai pemenang terbanyak masing-masing dengan dua kemenangan. Penyanyi Jaclyn Victor merupakan artis yang paling banyak menerima pencalonan dengan enam.

Tahun Pemenang Calon-calon Lain
2008 Cinta Adam dan Hawa dipersembahkan oleh Misha Omar;
Pencipta: Azmeer
Penulis Lirik: Loloq

2009 Dan Sebenarnya dipersembahkan oleh Yuna Zarai;
Pencipta: Yuna Zarai
Penulis Lirik: Yuna Zarai

Tahun Pemenang Calon-calon Lain
2010/11 Sedetik Lebih dipersembahkan oleh Anuar Zain;
Pencipta: Edry Abdul Halim
Penulis Lirik: Edry Abdul Halim

2011/12 Patah Seribu dipersembahkan oleh Shila Amzah;
Pencipta: Shila Amzah
Penulis Lirik: Shila Amzah

2012/13 Lelaki dipersembahkan oleh Yuna Zarai;
Pencipta: Yuna Zarai
Penulis Lirik: Yuna Zarai
  • Sekadar Mimpi - Adira Suhaimi (Aubrey Suwito / Shathesh Raj)
  • Senafas Baru - Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  • Ikut Rentakku - Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  • Bosan - Stacy (Omar K, Kimberly Chin & Audi Mok / Omar K, Kimberly Chin & Audi Mok)

2013/14 Sesal Separuh Nyawa dipersembahkan oleh Alyah;
Pencipta: Alfie Tiga & Adil AF
Penulis Lirik: Alyah & Shah Shamshiri

2014/16 Sejati dipersembahkan oleh Faizal Tahir
Pencipta: Faizal Tahir & Mike Chan
Penulis Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan

Tahun Pemenang Calon-calon Lain
2021/22 Goodbye, Hello dipersembahkan oleh Syamel & Ernie Zakri
Pencipta: Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan
Penulis Lirik: Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan

2022/24 Jangan Mati Rasa Itu dipersembahkan oleh Aina Abdul
Pencipta: Aina Abdul
Penulis Lirik: Aina Abdul