Lagu Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lagu Rock Terbaik adalah salah satu kategori yang dipertandingkan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana berbentuk trofi mikrofon yang diberikan kepada penulis lagu dan lirik bergenre rock terbitan rakyat Malaysia yang mencapai merit dan kualiti dalam industri rakaman. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2008 bagi memastikan kelangsungan penerbitan lagu mengukut genre ekoran kemerosotan penerbitan album penuh secara bergenre. AIM dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM).

Senarai Pemenang dan Calon[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Bunkface dan Azlan & The Typewriter merupakan pemenang terbanyak bagi kategori ini dengan dua kemenangan.

2000an[sunting | sunting sumber]

Tahun Pemenang Calon-calon Lain
2008 Bila Aku Sudah Tiada dipersembahkan oleh Hujan;
Pencipta: Noh Salleh
Penulis Lirik: Noh Salleh

2009 Situasi dipersembahkan oleh Bunkface;
Pencipta: Sam Baharom
Penulis Lirik: Sam Baharom

2010an[sunting | sunting sumber]

Tahun Pemenang Calon-calon Lain
2010/11 Pelita dipersembahkan oleh A.P.I yang dianggotai oleh Monoloque, Noh Salleh, Azlan & The Typewriter & Din Hormatov;
Pencipta: Monoloque
Penulis Lirik: Monoloque

2011/12 Idola dipersembahkan oleh Azlan & the Typewriter ;
Pencipta: Azlan & Audi Mok
Penulis Lirik: Azlan

2012/13 Di Bawah Gerbang Skaea dipersembahkan oleh Amy;
Pencipta: Edrie Hashim
Penulis Lirik: Budi Hekayat
  • Tanda Tanya - Azlan & the Typewriter (Light & Bakri / Dark)
  • Panik - Bunkface (Sam Baharom)
  • Vortex - Faizal Tahir (Omar K & Audi Mok / Faizal Tahir)
  • Ulek Sayang - Hazama Azmi (Omar K / Omar K)

2013/14 Rentak Laguku dipersembahkan oleh Bunkface dan Amy;
Pencipta: Sam Baharom
Penulis Lirik: Sam Baharom
  • Amat Mudah Untuk Hanyut Dibawa Arus - Sekumpulan Orang Gila
  • Ayat Penyengat - Kumpulan Spider (Tam Mustafah)
  • Jiwa - Drama Band
  • RomanCinta - Mojo (Edry Abdul Halim)

2014/16 Mata Hati dipersembahkan oleh Azlan & the Typewriter;
Pencipta: Audi Mok, Omar K & Azlan
Penulis Lirik: Audi Mok, Omar K & Azlan

2020an[sunting | sunting sumber]

Tahun Pemenang Calon-calon Lain
2021/22 Tugu Ugut dipersembahkan oleh Sekumpulan Orang Gila
Pencipta: Raja Nazrin
Penulis Lirik: Ajim Juxta
  • Toxic - Alif Satar & The Locos (Alif Satar, Faliq Auri, Rajwan Juni, Tam Cobain, Efry Arwis)
  • Korang - Bunkface (Sam, Paan, Youk, Epul Kuat, Izzy Musa, Shahir)
  • DUIT! - Stacy (Bunga Cantik, Hang Nadim)
  • I Miss You - Bunkface (Sam, Paan, Youk, Biak)