Lai Tek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lai Tek atau Loi Tek menjadi Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM) sebelum Chin Peng. Beliau telah dipilih sebagai Setiausaha Agung PKM pada Sidang Pleno Besar ke-6 PKM yang diadakan pada tahun 1938. Beliau menyandang jawatan tersebut selama 10 tahun sehingga menghilangkan diri bersama dengan wang simpanan parti pada tahun 1947. Lai Tek adalah seorang Vietnam yang fasih bertutur dalam dialek Cina, bahasa Perancis dan Inggeris. Beliau dikatakan pernah menganggotai Parti Komunis Indochina serta pernah mempelajari ideologi komunisme di Russia dan Perancis. Kejayaannya memperkukuhkan PKM setelah melalui krisis dalamn pada tahun 1936, telah melonjakkan nama beliau sehingga diberi kepercayaan oleh ahli PKM untuk menyandang jawatan Setiausaha Agung PKM. [1].

Agen Perisikan[sunting | sunting sumber]

Disebalik peranan sebagai orang kuat parti Komunis, Lai Tek dikatakan pernah menjadi agen perisikan bagi pihak Perancis di Indochina. serta pihak British dan pihak Jepun di Tanah Melayu.[2].

Pihak Kempeitai dikatakan telah mengakap Lai Tek pada bulan Mac 1942 dan telah membebaskannya dengan syarat Lai Tek memberi kerjasama kepada pihak Jepun. Hasil dari kerjasama tersebut, sehingga bulan April 1943, pihak Jepun telah berjaya menangkap dan menghapuskan keseluruhan Jawatankuasa Eksekutif Pusat, PKM yang telah dibentuk sebelum perang dunia ke-2 meletus serta memecah-belahkan jaringan komunis di Singapura. Dia juga sangat bebas semasa zaman Jepun dan dbenarkan berulang-alik dengan motokar mewahnya di Tanah Melayu dan Singapura tanpa sebarang sekatan dan ancaman daripada askar-askar Jepun.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cheah Boon Kheng, 2011, m/s 84
  2. ^ Cheah Boon Kheng, 2011, m/s 84
  3. ^ Cheah Boon Kheng, 2011, m/s 85-89

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]