Laila dan Majnun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Majnun di hutan

Laila dan Majnun, juga dikenali sebagai Laila dan Lelaki Gila (Bahasa Arab: مجنون ليلى‎, Majnun-Layla atau قيس وليلى, Qays dan Layla) ialah cerita cinta klasik dari Timur Tengah. Ia berdasarkan kisah benar seorang pemuda bernama Qays ibn al-Mulawwah (Bahasa Arab: قيس بن الملوح‎) dari utara semenanjung Arab semasa era dinasti Umayyah pada abad ketujuh.[1]

Terdapat dua versi cerita ini.[2] Menurut versi pertama, pemuda ini menghabiskan masanya menggembala kambing bersama sepupunya Laila semenjak kecil sehingga berputik cinta. Dalam versi kedua pula, ia merupakan cinta pandang pertama. Dalam kedua-dua versi, pemuda ini menjadi gila apabila ayah Laila melarangnya mengahwini Laila. Atas sebab ini, pemuda ini dipanggil Majnun Laila yang bermaksud menjadi gila kerana Laila. Daripada pemuda inilah dikatakan lahirnya pelbagai puisi Arab yang menggambarkan gelora cinta antara pasangan kekasih.

Budaya popular[sunting | sunting sumber]

  • Cerita ini telah menjadi tumpuan banyak filem Bollywood bermula tahun 1920-an, termasuklah Laila Majnu (1976).
  • Kisah ini dikatakan merupakan karya pertama yang difilemkan sebagai filem Melayu pertama sebagai filem Laila Majnun (1933).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sunrise (Jun/Julai 2000), Theosophical University Press: "Follow Your Heart: The Story of Layla and Majnun", oleh J. T. Coker
  2. ArtArena: "Layli and Madjnun: The Original Legend in Arabic Literature"