Lakaran Kehidupan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Lakaran Kehidupan"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album Safa
Dikeluarkan pada3 Mei 2001
FormatKeluaran siaran radio, single CD
Dirakam pada2000
GenrePop
Panjang3:40
SyarikatSuria Records
PenulisMat SW, Siti Nurhaliza
Kronologi single Siti Nurhaliza
"Percayalah"
(2001)
"Lakaran Kehidupan"
(2001)
"Bicara Manis Menghiris Kalbu"
(2001)
Video muzik
Siti Nurhaliza - Lakaran Kehidupan (muzik video) di YouTube
Siti Nurhaliza - Lakaran Kehidupan (versi berbeza) di YouTube

"Lakaran Kehidupan" ialah single kedua Siti Nurhaliza dari album ketujuhnya, Safa. Lagu yang berentak pop rock dengan petikan synth ini digubah oleh Mat SW, dengan Siti Nurhaliza sendiri sebagai penulis liriknya.[1]

Format runut[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Masa
1. "Lakaran Kehidupan"   3:43

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua versi untuk video muzik untuk lagu Lakaran Kehidupan, versi pertama telah dipilih untuk dirakamkan dalam teknologi 3D (bersama-sama dengan muzik video lagu Sandarkan nyanyian Erra Fazira). Penggambaran video muzik ini dijalankan di Dataran Merdeka, Ayer Keroh, Melaka di mana Siti ditemani oleh band pengiring dan penarinya untuk persembahannya. Muzik video lagu ini disiarkan di TV3 di mana penonton menggunakan kaca mata 3D di mana ketika itu TV3 mengadakan kempen 3D pada 2001. Manakala dalam versi kedua menjalani penggambaran di sebuah rumah Melayu tradisional.

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta (2001) Kedudukan
carta
Muzik FM 4
Era FM 8
Muzik Muzik TV3 4

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Safa (keratan catatan). Siti Nurhaliza. Suria Records. 2001. SRCD 02-23526. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]