Laksa Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laksa Sarawak
Laksa Sarawak.
Jenis sajianHidangan Utama, Sarapan Pagi
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauSarawak, Borneo
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaMi, Santan, Udang, Cebisan Ayam, Hirisan Telur, Asam Jawa, Bawang putih, Lengkuas, Serai, Sambal Belacan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Laksa Sarawak merupakan sebuah juadah yang berasal dari Negeri Sarawak,Malaysia. Bahan utamanya adalah sambal laksa yang diperbuat daripada pelbagai ramuan.[1] Laksa Sarawak tidak berada dalam kategori yang sama dengan laksa lain yang ada di Malaysia kerana Laksa Sarawak menggunakan air rebusan udang dan ayam. Tidak seperti laksa lain yang menggunakan air rebusan ikan. Ia mempunyai sup asas mengandungi sambal belacan yang memberikannya warna seakan kemerahan yang turut dicampur dengan santan, asam jawa, bawang putih, lengkuas, dan serai. Di atasnya pula ditabur dengan cebisan telur goreng, hirisan ayam, udang, dan daun ketumbar. Limau nipis juga ditambah mengikut selera individu.

Bahan-bahan seperti tauge, hirisan tauhu goreng atau makanan laut yang lain juga ditambah mengikut kehendak walaupun bahan-bahan tersebut bukanlah ramuan laksa yang tradisional.[2]

Laksa Sarawak juga turut mudah didapati di negeri-negeri jiran seperti Sabah dan Brunei Darussalam. Hasilnya mungkin menyebabkan sesetengah untuk mempercayai bahawa terdapat resipi laksa yang berbeza dari Sabah dan Brunei, yang sebenarnya serupa dengan laksa Sarawak.

Variasi[sunting | sunting sumber]

Antara variasi laksa Sarawak ialah:

  1. Laksa Sarawak Biasa: Disajikan bersama udang bersaiz kecil
  2. Laksa Sarawak Special: Disajikan bersama udang bersaiz besar
  3. Laksa Ambal: Disajikan bersama ambal bagi menggantikan udang[3]
  4. Laksa Sarawak Segera: Laksa Sarawak versi segera seperti MAGGI® Royale™ Sarawak Sambal Laksa, Lee Fah Sarawak White Laksa, Masto Sarawak Laksa, Boneo Spice Instant Sarawak Laksa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "3 hungry tummies: The Secret Of Sarawak Laksa Paste Revealed - My 500th Post". 3hungrytummies.blogspot.my. Dicapai pada 2016-03-31.
  2. ^ "Best Sarawak Laksa in Kuching". The Malaysian Insider. 29 April 2015.
  3. ^ "Pencetus Ambal Laksa". Zan's Sarawak Laksa.