Pergi ke kandungan

Laksamana Armada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laksamana Armada ialah pangkat pegawai berbendera tertinggi dalam tentera laut di banyak negara, biasanya setaraf dengan Fil Marsyal, Marsyal Tentera Udara dan bersamaan dengan pangkat lima bintang lain walaupun kadang kala menjadi pangkat kehormat atau simbolik. Ia selalunya diberikan ketika waktu perang atau sebagai penghargaan atas kerjaya yang sangat cemerlang. Jika pada waktu aman ia biasanya tiada peranan operasi aktif, lebih kepada simbolik. Dalam negara beraja, kadang kala diberikan kepada ahli kanan kerabat diraja (contoh: Raja Charles III dan Putera Philip dari United Kingdom). Pangkat Laksamana Armada lazimnya lebih senior daripada pangkat Laksamana.

Ia juga merupakan istilah umum bagi laksamana kanan yang mengetuai sekumpulan besar kapal, yang terdiri daripada sebuah armada, atau dalam beberapa kes, sekumpulan armada. Jika ia merupakan satu pangkat rasmi, namanya boleh berbeza-beza mengikut negara. Selain "Fleet Admiral" dan "Admiral of the Fleet", nama-nama pangkat lain termasuk "Admiral of the Navy" dan "Grand Admiral".

Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

Tentera Laut Diraja Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Laksamana Armada ialah pangkat tertinggi dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Buat masa ini ia hanya dipegang oleh Yang Di-Pertuan Agong atau Sultan yang pernah menjadi Yang Di-Pertuan Agong. Ia setara dengan pangkat Fil Marsyal TDM ataupun Marsyal TUDM dan bertaraf lima bintang.

Lencana pangkat

[sunting | sunting sumber]

Lencana Laksamana Armada TLDM mengandungi mahkota, lima bintang berbucu lima dan dua tangkai bunga padi (kalungan bunga padi) berserta sauh. Ia disusun di atas epolet dengan dua tangkai padi berserta sauh diletakkan hampir dengan bahu manakala mahkota berada hampir dengan leher dan lima bintang berbucu lima dalam formasi segilima pula diletakkan di tengah-tengah epolet. Pada pakaian musim sejuk, di pergelangan tangan pula dipakai satu baris lebar dan diikuti empat baris sederhana di atasnya.

Pangkat setaraf dari negara lain

[sunting | sunting sumber]

Artikel-artikel berikut mengandungi maklumat khusus mengenai pangkat ini seperti yang digunakan di negara masing-masing:


Terdapat kekaburan dalam menterjemah istilah Perancis amiral ke dalam Bahasa Inggeris (sama ada sebagai admiral of the fleet atau admiral). Gelaran Perancis amiral de la flotte, yang lebih tinggi daripada laksamana penuh, dicipta pada tahun 1939 untuk François Darlan, satu-satunya individu dalam sejarah Perancis yang pernah memegang gelaran tersebut. Amiral de la flotte menjadi pangkat rasmi pada tahun 1942, ketika Darlan menjadi panglima tertinggi angkatan tentera Rejim Vichy. Pangkat Amiral de la flotte masih disebut dalam undang-undang Perancis pada tahun 1957.[1]

Walaupun pangkat Fleet Admiral/Admiral of the Fleet digunakan di beberapa negara anggota NATO, kedudukannya berbeza-beza bergantung kepada negara.

Kod NATO Negara[2] English equivalent
UK AS
OF-10 Croatia, Portugal Admiral of the Fleet Fleet admiral
OF-8 Poland Vice Admiral Vice Admiral

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Le Hunsec, Mathieu (2012-03-15). "L'amiral, cet inconnu". Revue historique des armées (dalam bahasa Perancis) (266): 91–107. ISSN 0035-3299.
  2. ^ NATO (2021). STANAG 2116 NATO (ed. 7th). Brussels, Belgium: NATO Standardization Agency. m/s. B-1–B-3.
  3. ^ "Postos da Marinha". faa.ao (dalam bahasa Portugis). Angolan Navy. Dicapai pada 27 June 2021.
  4. ^ "Badges of rank" (PDF). defence.gov.au. Department of Defence (Australia). Dicapai pada 31 May 2021.
  5. ^ "Admiralty Ranks". navy.mindef.gov.bn. Royal Brunei Navy. Dicapai pada 1 September 2021.
  6. ^ "Oznake činova". osrh.hr (dalam bahasa Croatia). Republic of Croatia Armed Forces. 1 April 2019. Dicapai pada 26 May 2021.
  7. ^ "Ranks & Insignia". Join Indian Navy. Dicapai pada 12 April 2021.
  8. ^ "Pangkat". mafhq.mil.my. Malaysian Armed Forces. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2020. Dicapai pada 4 June 2021.
  9. ^ Smaldone, Joseph P. (1992). "National Security". Dalam Metz, Helen Chapin (penyunting). Nigeria: a country study. Area Handbook (ed. 5th). Washington, D.C.: Library of Congress. m/s. 296–297. LCCN 92009026. Dicapai pada 21 October 2021.
  10. ^ "Badges of Rank". nzdf.mil.nz. New Zealand Defence Force. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 July 2020. Dicapai pada 11 June 2021.
  11. ^ "Sposób noszenia odznak stopni wojskowych na umundurowaniu Marynarki Wojennej" (PDF). wojsko-polskie.pl (dalam bahasa Poland). Armed Forces Support Inspectorate. Dicapai pada 7 June 2021.
  12. ^ "Os Postos". marinha.pt (dalam bahasa Portugis). Dicapai pada 26 February 2021.
  13. ^ Приказ Министра обороны Российской Федерации от 09.10.2020 № 525 (Зарегистрирован 16.11.2020 № 60927) (dalam bahasa Rusia). publication.pravo.gov.ru/. 17 November 2020. m/s. 320–323. Dicapai pada 15 September 2021.
  14. ^ "Navy Commander calls on Admiral of the Fleet, Wasantha Karannagoda". news.navy.lk. Sri Lanka Navy. 10 August 2020. Dicapai pada 16 December 2022.
  15. ^ "TÜRKMENISTANYŇ KANUNY Harby borçlulyk we harby gulluk hakynda (Türkmenistanyň Mejlisiniň Maglumatlary 2010 ý., № 3, 58-nji madda) (Türkmenistanyň 01.10.2011 ý. № 234-IV Kanuny esasynda girizilen üýtgetmeler we goşmaçalar bilen)" [LAW OF TURKMENISTAN On military service and military service (Information of the Mejlis of Turkmenistan, 2010, No. 3, Article 58) (as amended by the Law of Turkmenistan of October 1, 2011 No. 234-IV)] (PDF). milligosun.gov.tm (dalam bahasa Turkmen). Ministry of Defense (Turkmenistan). m/s. 28–29. Dicapai pada 2 June 2021.
  16. ^ "Shaping your career". royalnavy.mod.uk. Royal Navy. Dicapai pada 24 September 2021.
  17. ^ "U.S. Military Rank Insignia". defense.gov. Department of Defense. Dicapai pada 13 January 2022.
  • Francis E. McMurtrie and Raymond V.B. Blackman (editors), Jane's Fighting Ships 1949-50. New York: The McGraw-Hill Book Company, Inc., 1949.