Laksamana Armada (Amerika Syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laksamana Armada
Fleet Admiral

Bendera
Laksamana Armada


Lencana kolar, jalur lengan dan
papan bahu Laksamana Armada.

Negara
Amerika Syarikat
Cabang perkhidmatan  Tentera Laut Amerika Syarikat
Singkatan FADM
Kumpulan pangkat Pegawai berbendera
Pangkat Lima bintang
Diperkenalkan 14 Disember 1944
Kod
NATO
OF-10
Pangkat tinggi seterusnya Admiral of the Navy
Pangkat rendah seterusnya Laksamana
Persamaan pangkat

Laksamana Armada (Fleet Admiral singkatan FADM)[1] adalah pegawai berbendera yang berpangkat lima bintang dalam Tentera Laut Amerika Syarikat. Pangkat Laksamana Armada betul-betul berada di atas Laksamana dan setaraf dengan Jeneral Angkatan Darat dan Jeneral Angkatan Udara. Walaupun ia adalah pangkat semasa dan disahkan, tidak ada pegawai Tentera Laut A.S. pada masa ini memegangnya, dengan laksamana armada Tentera Laut A.S. terakhir adalah Chester Nimitz, yang meninggal dunia pada tahun 1966.

Pangkat laksamana tertinggi peringkat awal[sunting | sunting sumber]

Tentera Laut Amerika Syarikat tidak membuat pangkat laksamana sehinggalah Perang Saudara Amerika, dan kemudian hanya sangat teragak-agak. David Farragut adalah laksamana pertama dalam Tentera Laut A.S. dan memakai berbagai insignia lengan yang rumit untuk menunjukkan pangkat dan kedudukannya. Farragut telah digantikan oleh David Dixon Porter; selepas kematian kedua-dua orang ini Tentera Laut Amerika Syarikat tidak mempunyai pangkat yang lebih tinggi daripada laksamana muda. Pangkat Admiral of the Navy kemudian diwujudkan pada tahun 1903 untuk George Dewey sebagai mengiktiraf kemenangannya dalam Pertempuran Teluk Manila semasa Perang Amerika Syarikat–Sepanyol.

George Dewey memiliki kuasa laksamana armada moden manakala tiga posisi laksamana tetap juga wujud dalam Tentera Laut A.S. bagi Armada Atlantik, Pasifik, dan Asia. Dewey meninggal dunia sebelum penglibatan A.S. dalam Perang Dunia I (16 Januari 1917) dan, semasa konflik tersebut, Tentera Laut memperluaskan jawatan laksamananya yang langsung membenarkan kedudukan tambahan hingga ke "laksamana empat bintang" yang hanya dirujuk sebagai "laksamana". Sepanjang tahun 1920an dan 30an, pangkat tertinggi dalam Tentera Laut A.S. adalah laksamana, dengan pangkat khas Admiral of the Navy kepunyaan Dewey dihentikan. Pada tahun 1944 Jabatan Tentera Laut mengisytiharkan pangkat Dewey menjadi senior kepada pangkat lima bintang laksamana armada yang baru diwujudkan.

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Pangkat sebenar Laksamana Armada telah dizahirkan pada tahun 1944 agar dapat memberi pegawai tentera Amerika Syarikat berpangkat setanding dengan pegawai lima bintang negara Bersekutu lain. Pangkat Laksamana Armada Amerika Syarikat telah dizahirkan oleh satu Akta Kongres untuk empat pegawai bagi kadar sementara dibawah Undang-Undang Awam 78-482 pada 14 Disember 1944.[2] Pangkat ini dijadikan kekal bagi empat pemegang individu oleh Undang-Undang Awam 79-333 pada 22 Mac 1946, tetapi undang-undang tersebut tidak membuat syarat untuk menubuhkan pangkat itu secara tetap.[3] Walaupun Kongres meluluskan kenaikkan pangkat Omar Bradley ke Jeneral Angkatan Darat lima bintang pada 1950 sewaktu berkhidmat sebagai Pengerusi Ketua Turus Bersama agar pangkat beliau setanding dengan Jeneral Angkatan Darat Douglas MacArthur, iaitu panglima kancah perang di Korea, tidak ada undang-undang baru yang membenarkan penggunaan pangkat laksamana armada sejak tahun 1946.

Ia telah disandang semasa dan selepas Perang Dunia II oleh pegawai-pegawai yang berikut:

Masa bagi tiga pelantikan pertama telah dirancang dengan teliti, seperti turutan senioriti yang jelas dan kesetaraan antara perkhidmatan telah ditubuhkan dengan Jeneral Angkatan Darat dinaikkan pada masa yang sama. Jeneral Marshall telah dinaikkan pangkat ke Jeneral Angkatan Darat pada 16 Disember 1944; Jeneral MacArthur telah dinaikkan pangkat pada 18 Disember 1944; Jeneral Eisenhower telah dinaikkan pangkat pada 20 Disember 1944, dan Jeneral Arnold telah dinaikkan pangkat pada 21 Disember 1944. Beliau kemudian akan dinaikkan pangkat ke Jeneral Angkatan Udara pada 7 Mei 1949 selepas Tentera Udara ditubuhkan menjadi perkhidmatan berasingan sebagai sebahagian daripada Akta Pertahanan Negara 1947.

Lencana bagi laksamana armada mengandungi lima bintang perak dalam susunan segilima. Dipakai pada pergelangan tangan pakaian seragam khidmat ialah satu baris emas lebar berukuran dua inci dan diikuti empat baris emas sederhana berukuran setengah inci di atasnya. Satu bintang emas kecil pecah lima, satu pancaran dibawah, dipakai di atas baris yang atas sekali bukanlah sebahagian daripada pangkat tetapi menunjukkan si pemakai sebagai seorang pegawai barisan.

Pasca-Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Pesaing terdekat untuk menerima pangkat laksamana armada ialah Laksamana Raymond A. Spruance. Namun, Ahli Dewan A.S. Carl Vinson, seorang penyokong kuat Laksamana Armada Halsey, dilaporkan beberapa kali menyekat kenaikkan akhir pangkat Spruance ke laksamana armada.[perlu rujukan] Kongres kemudian membalas dengan meluluskan satu Akta Kongres, yang belum pernah berlaku pada seseorang individu, yang menyatakan bahawa Laksamana Spruance akan menerima gaji penuh seorang laksamana empat bintang disepanjang sisa hidupnya.

Laksamana Armada pertama yang meninggalkan tugas aktif ialah Ernest King yang bersara sejurus selepas tamatnya Perang Dunia II. Chester Nimitz dan William Halsey bersara dua tahun kemudian sementara William Leahy merupakan laksamana armada terakhir yang meninggalkan tugas aktif pada tahun 1949. Mengikut Undang-Undang Awam 78-482, laksamana armada pada tugas aktif menerima gaji yang sama dengan laksamana muda kanan (dua bintang) ditambah elaun peribadi sebanyak $5,000, dan apabila bersara memerima 75% dari gaji tugas aktif mereka.[4] Apabila Undang-Undang Awam 79-333 menjadikan pangkat kekal untuk Leahy, King, Nimitz, dan Halsey, ia juga menyediakan gaji penuh dan elaun apabila pegawai-pegawai tersebut bersara.[5]

Para laksamana armada Tentera Laut A.S.
Nama Dilantik Bersara Mati

William D. Leahy
Ernest J. King
Chester W. Nimitz
William F. Halsey, Jr.

15 Dis 1944
17 Dis 1944
19 Dis 1944
11 Dis 1945

Mac 1949
Disember 1945
Disember 1947
Mac 1947

20 Jul 1959 (84)
25 Jun 1956 (77)
20 Feb 1966 (80)
16 Ogs 1959 (76)

Tiga daripada empat orang laksamana armada meninggal dunia pada hujung tahun 1950an dan, menjelang tahun 1960, Chester Nimitz merupakan satu-satunya laksamana armada Tentera Laut A.S. yang masih hidup. Beliau memegang jawatan istiadat sebagai penasihat Tentera Laut kepada Sempadan Laut Barat dengan markasnya di San Francisco. Nimitz meninggal dunia pada tahun 1966 dengan tiada lagi laksamana armada dilantik selepas itu. Dasar semasa Tentera Laut Amerika Syarikat adalah bahawa laksamana armada mengekalkan pangkat di dalam peringkat kenaikkan dan boleh melantik seorang pegawai tugas aktif mengikut budi bicara Kongres Amerika Syarikat.

Pangkat atas dari laksamana armada[sunting | sunting sumber]

Semasa pangkat laksamana armada diwujudkan, pihak Tentera Laut mengisytiharkan bahawa George Dewey lebih senior dari pegawai lima bintang yang baru dilantik, tetapi tidak menyatakan yang Admiral of the Navy adalah pangkat enam bintang. Oleh kerana tidak ada senario dimana laksamana armada dan Admiral of the Navy ialah pangkat aktif yang serentak, pihak Tentera Laut menyatakan tiada kesetaraan atau hubungan senioriti antara mereka berdua. Jabatan Tentera Laut secara ringkas mempertimbangkan kemungkinan "pangkat enam bintang" semasa Perang Dunia II, terutamanya apabila Douglas MacArthur dinaikkan pangkat ke General of the Armies, dan keperluan untuk menyediakan satu pangkat yang sama dengan pegawai Tentera Laut. Namun, kerana kenaikkan pangkat MacArthur tidak pernah diluluskan, pihak Tentera Laut menggugurkan idea untuk versi baru Admiral of the Navy dengan tanpa sebarang cadangan dikeluarkan.

Satu-satunya pengiktirafan secara rasmi pangkat tentera Amerika Syarikat yang lebih senior dari laksamana armada ialah General of the Armies. Pada tahun 1981, satu lencana tidak rasmi untuk "laksamana enam bintang" telah dicipta selepas Kongres memohon penjelasan mengenai prosedur apa yang akan berlaku sekiranya pegawai Tentera Laut dinaikkan pangkat yang setara dengan General of the Armies.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ s:Public Law 78-482 Pub.L. 78-482 – To establish the grade of Fleet Admiral for the United States Navy; to establish the grade of General of the Army, and for other purposes.
  2. ^ "An Act to establish the grade of Fleet Admiral for the United States Navy; to establish the grade of General of the Army, and for other purposes". 14 December 1944. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 February 2012. Dicapai pada 2012-09-21.
  3. ^ "Public Law 333, 79th Congress". Frequently Asked Questions. Naval History & Heritage Command. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-13. Dicapai pada 2012-09-12.
  4. ^ s:Public Law 78-482 Pub.L. 78-482 – To establish the grade of fleet admiral for the United States Navy; to establish the grade of general of the Army, and for other purposes.
  5. ^ "Public Law 333, 79th Congress". Frequently Asked Questions. Naval History & Heritage Command. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-13. Dicapai pada 2012-09-12.
  6. ^ Congressional Record 1981, Cong. 97 Sess. 1 – Part 8, "Promotion of other service branches to General of the Armies of the United States".