Laxmana Do Re Mi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Laksamana Do Re Mi)
Lompat ke: pandu arah, cari
Laxmana Do Re Mi
Pengarah P. Ramlee
Lakonan P. Ramlee
A. R. Tompel
Ibrahim Din
Penyuntingan Johari Ibrahim
Pengedar Merdeka Film Productions
Mula ditayang
1972
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Laksamana Do Re Mi merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1972. Filem Laksamana Do Re Mi diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Laksamana Do Re Mi diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 1972.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Filem Laksamana Do Re Mi (atau diterbitkan sebagai Laxmana Do Re Mi) merupakan sebuah filem terakhir P. Ramlee terbitan Studio Merdeka. Ia merupakan filem hitam-putih dan diarah oleh P Ramlee sendiri.

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem ini berkisahkan cereka fantasi tentang tiga orang lelaki yang tiada kerja dan ingin mencari kerja untuk menampung hidup. Setelah dihalau dari rumah (yang didirikan secara haram di atas pokok), mereka merantau dan menyelamatkan Puteri Bunian iaitu Puteri Buluh Betung. Puteri tersebut mengurniakan tiga ganjaran untuk mereka kerana menyelamatkannya. Do mendapat tikar terbang yang akan membawa mereka ke mana sahaja yang dikehendaki. Re pula mendapat teropong sakti yang mampu melihat mana-mana tempat, mana-mana peristiwa yang berlaku pada bila-bila masa di seluruh dunia. Mi pula mendapat bangsi (atau harmonika) hikmat yang akan mendapatkan benda yang diingini setelah berniat dan meniupnya.

Mereka bertiga menuju ke negara Pasir Berdengung untuk mencari kerja sebagai pendekar. Di sana, mereka menyertai perlawanan untuk mencari pendekar. Mereka bertiga berjaya mengalahkan pendekar negara setelah memakan ubat kuat (ma'jun) lalu mereka dilantik menjadi Laksamana Negara. Mereka diminta untuk memberi bantuan kepada Negara Pasir Dua Butir yang telah diserang Menteri FaSoLa. Menteri FaSoLa merupakan bekas menteri pertahanan negara Pasir Dua Butir (memberontak terhadap negara disebabkan pinangannya kepada Puteri Punchak Mahligai ditolak baginda Sultan Pasir Dua Butir). Pengembaraan mereka berterusan untuk mencari Puteri negara itu dan mengalahkan menteri Fasola dengan alatan yang mereka ada. Pada mulanya mereka agak sukar untuk menewaskan Fasola kerana dia kebal, tetapi dengan bantuan Tuan Puteri Buluh Betung, Fasola mati dibunuh oleh Do menggunakan sebatang buluh runcing yang ditikam di tapak kakinya. Mereka bertiga menjaga Tuan Puteri Punchak Mahligai semalaman sebelum menghantar pulang ke negara Pasir Dua Butir keesokkan harinya.

Keesokannya mereka pulang ke negeri Pasir Dua Butir. Di sana Laksamana Do, Re, Mi menuntut janjinya daripada Raja negeri itu. Oleh kerana keadaan negeri itu yang belum lagi stabil, Raja telah menitahkan anaknya untuk pulang bersama-sama dengan laksamana bertiga ke negeri Pasir Berdengung untuk melaksanakan upacara perkahwinan. Sambil itu Raja juga berpesan kepada anaknya, Tarik rambut pelan-pelan. Rambut tak putus, tepung tak berserak.

Maka berangkatlah Tuan Puteri Punchak Mahligai bersama dengan laksamana bertiga pulang ke negeri Pasir Berdengung. Tiba di sana, lain pula ceritanya. Raja Pasir berdengung terpikat dengan kecantikan Tuan Puteri Punchak Mahligai. Lalu mengambilnya menjadi permaisurinya.

Masuk angin keluar asap. Itulah yang dirasai oleh laksamana bertiga. Dan sebagai Raja yang adil, Raja telah menggantikan Tuan Puteri dengan 3 orang dayang istana. Setelah melihat dayang istana itu, Laksamana Do, Re, Mi lari meninggalkan istana.

Lakukanlah sesuatu itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Ini kerana sesuatu yang baik akan datang daripada sesuatu perbuatan yang ikhlas.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Miyoto Kaino Sarawadin Kete
  • Ku Dibelenggu

Pautan luar[sunting | sunting sumber]