Pergi ke kandungan

Laluan 10 (Kereta Api Bawah Tanah Beijing)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laluan 10
Rajah laluan 10 di stesen Jiandemen, China
Umum
Nama lainM10 (pelan)
JenisTransit aliran deras
SistemKereta Api Bawah Tanah Beijing
StatusBeroperasi
LokasiDaerah Haidian, Chaoyang, dan Fengtai, Beijing
Stesen45
Penumpang harian1,931,000 (waktu puncak, 2018)[1]
2,076,500 (waktu puncak, 2014)[2]
Operasi
Dibuka19 Julai 2008; 15 tahun yang lalu (2008-07-19)
PengendaliBeijing Mass Transit Railway Operation Corp., Ltd
CiriBawah tanah
DepotWanliu, Wulu, Songjiazhuang
Stok kereta apiEnam gerabak jenis B (DKZ15, DKZ34, DKZ46)
Teknikal
Panjang aliran57.024 km (35.4 bt)[3][4]
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Pengelektrikan750 V AT rel ketiga
Kelajuan operasi80 km/j (50 mph)

Laluan 10 dalam perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing (Cina ringkas: 北京地铁10号线pinyin: běijīng dìtiě shíhào xiàn) merupakan sebuah laluan kereta api bawah tanah jenis transit aliran deras di kawasan metropolitan Beijing, China. Laluan 10 bertindakan sebagai laluan gelung (loop line) dengan panjangnya mencecah 57.024 km (35.4 bt),[3] bakal melewati petempatan-petempatan manusia di sekitar Daerah Haidian, Daerah Chaoyang, dan Daerah Fengtai, China. Secara keseluruhannya, Laluan 10 mempunyai 45 stesen kereta api dengan 24 stesen pertukaran.[5]

Rancangan

[sunting | sunting sumber]

Mengikut pelan, rangkaian sistem pengangkutan Kereta Api Bawah Tanah Beijing sepatutnya hanya mempunyai satu sahaja laluan gelung (loop line) iaitu Laluan 2.[6] Ekonomi Beijing yang berkembang dengan pesat di samping kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi di Beijing menyebabkan Laluan 2 dibina berdasarkan permintaan; namun kapitisi muatan yang telah dirancang melebihinya. Maka, pada tahun 2001 dan 2002, Akademi Perancangan dan Reka Bentuk Bandar China (Cina: 中国城市规划设计研究院; pinyin: Zhōngguó Chéngshì Guīhuà Shèjì yán Jiùyuàn) telah melakarkan dua garisan trek kereta api yang berbentuk huruf "L" yang dinamakan Laluan 10 dan 11. Kedua-dua laluan ini membentuk gelungan kedua dalam rangkaian Kereta Api Bawah Tanah Beijing demi mengurangkan tekanan di Laluan 2.[7]

Stesen Haidian Huangzhuang, stesen kereta api dalam Fasa 1 Laluan 10.

Pembinaan bagi Fasa 1 Laluan 10 dimulakan pada 27 Disember 2003 bagi persedian Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing.[8] Fasa 1 bagi Laluan 10 dalam perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing mula dibuka kepada orang ramai pada 19 Julai 2008 menjelang pembukaan rasmi Sukan Olimpik Musim Panas dengan panjangnya mencecah 24.680 km (15.335 bt).[9] Fasa 1 bagi Laluan 10 mempunyai 22 stesen bermula dari setsen Bagou ke stesen Jingsong; yang terdiri daripada bahagian utara dan timur gelungan dalam bentuk segi empat tepat yang dimana membentuk huruf "L" yang terbalik.

Pembinaan bagi Fasa 2 Laluan 10 pula bermula pada 28 Disember 2007. Pelan asal bagi Laluan 11 tidak dimasukkan ke dalam reka bentuk rangkaian kereta api yang akhir namun sebaliknya ia diserpakan dan menjadi gabungan dalam Laluan 10.[10] Pada 30 Disember 2012, bahagian pertama Fasa 2, yang terdiri daripada bahagian selatan dan barat gelungan telah dibuka kepada awam. Dengan pembukaan Fasa 1 dan Fasa 2 Laluan 10 telah menjadi bentuk huruf "C".[11] Fasa 2 Laluan 10 terbahagi kepada dua seksyen iaitu seksyen Xiju–Bagou (ikut arah jam) dan Jingsong–Shoujingmao (Capital Univ. of Economics & Business) (lawan arah jam). Seksyen Xiju ke Bagou mempunyai 9 stesen; melibatkan stesen dari Xiju ke Bagou melewati stesen Liuliqiao, Gongzhufen dan Cishousi dengan panjangnya 13.843 km (8.602 bt).[3][11] Manakala, seksyen Jingsong ke Shoujingmao pula mempunyai 11 stesen; melibatkan stesen dari Jingsong ke Shoujingmao melewati stesen Songjiazhuang dan Caoqiao dengan panjangnya mencecah 15.932 km (9.900 bt).[3][11]

Gelungan Lalaun 10 telah ditutup sepenuhnya dan melengkapi suatu gelungan pada 5 Mei 2013 dengan pembukaan stesen Fengtai dan Niwa, serta stesen isian iaitu Jiaomendong.[5][9][12][13] Pada mulanya, perkhidmatan Laluan 10 hanya terdiri daripada perkhidmatan "gelungan penuh" yang memakan masa perjalanan selama 104 minit sekiranya melalui kesemua stesen, dan kereta api "gelungan separa" yang beroperasi daripada Chedaogou di barat laut ke Songjiazhuang di tenggara sebelum berpatah balik.[5] Dengan penghantaran lebih banyak gerabak kereta api, kereta api "gelungan separa" telah dimansuhkan dan semua kereta api bakal berkhidmat dengan gelungan penuh Laluan 10 dengan kekerapan 2 minit dan 15 saat.

Penumpang

[sunting | sunting sumber]

Menjelang tahun 2014, gelungan Laluan 10 yang telah siap telah membawa 1.69 juta penumpang setiap hari secara purata.[14] Menjelang tahun 2019, sebahagian besar bagi Laluan 10 beroperasi melebihi kapasiti 100%, terutamanya bahagian timur dan utara. Susulan itu, Kereta Api Bawah Tanah Beijing telah bertindak balas dengan meningkatkan jumlah kekerapan kereta api kepada setiap dua minit dan telah mengalihkan beberapa tempat duduk di kereta api untuk meningkatkan kapasiti penumpang di dalam tren.[15][16]

Stesen-stesen

[sunting | sunting sumber]
Nama stesen Pertukaran Sambungan bas
(Beijing Bus)
Masa ketibaaan Jarak
km[3][17]
Lokasi
Perumian Cina
— ↑ laluan gelung - menuju ke Huoqiying ↑ — -1.495
Bagou 巴沟* Xijiao Line, Beijing Subway  Xijiao  74 302 304 307 361 386 424 528 534 539 613 614 630 644 664 夜9 0:00 0.000 Haidian
Suzhoujie 苏州街 26 302 304 307 361 374 386 424 450 528 613 630 634 644 671 688 夜9 0:02 1.110
Haidian Huangzhuang 海淀黄庄  4  145 302 304 305 307 320 332 355 365 386 584 614 630 634 653 671 681 夜8 夜9 0:04 0.950 2.060
Zhichunli 知春里 304 323 386 549 579 630 634 653 671 夜9 0:06 0.975 3.035
Zhichunlu 知春路  13  304 311 319 386 579 601 630 653 671 夜9 专168 0:08 1.058 4.093
Xitucheng 西土城  Changping  21 94 304 375 386 478 579 601 603 653 658 671 686 693 夜9 夜14 0:10 1.101 5.194
Mudanyuan 牡丹园  19  16 21 22 47 123 135 304 331 345快 425 508 510 579 601 606 618 620 645 653 658 夜4 夜9 0:12 1.330 6.524
Jiandemen 健德门 21 55 143 315 344 345 510 601 618 620 625 653 658 695 夜2 夜9 夜38 0:14 0.973 7.497 Haidian/Fengtai
Beitucheng 北土城  8  5 21 81 82 92 113 142 380 409 515 607 620 653 694 夜6 夜9 专8 0:16 1.100 8.597 Chaoyang
Anzhenmen 安贞门 108 117 124 142 301 380 409 515 653 694 944 BRT3(快速公交3) BRT3区(快速公交3区) 夜9 夜34 专8 0:18 1.020 9.617
Huixinxijie Nankou 惠新西街南口  5  95 125 361 430 464 515 921 944 夜26 0:21 0.982 10.599
Shaoyaoju 芍药居  13  119 515 547 567 696 942快 专22 0:24 1.712 12.311
Taiyanggong 太阳宫 130 132 467 515 567 939 966 专212 0:26 1.003 13.314
Sanyuanqiao 三元桥  Capital Airport  18 95 104 132 300 300快 302 359 368 379 401 403 404 419 536 604 641 671 847 850 850快 852 915 915快 916 916快 918 935 935快 936 939 980 980快 夜18 夜30 0:28 1.759 15.073
Liangmaqiao 亮马桥 4 95 402 403 405 413 416 418 419 499 516 536 672 675 687 985 夜30 夜32 专114 0:31 1.506 16.579
Nongye Zhanlanguan (Agricultural Exhibition Center) 农业展览馆 4 95 135 300 300快 302 368 402 405 416 499 516 671 672 675 687 690 夜30 夜32 专114 专142 0:33 0.914 17.493
Tuanjiehu 团结湖 4 43 95 113 115 117 302 405 406 431 499 650 675 687 690 夜3 夜30 夜34 专5 专114 专142 0:35 0.853 18.346
Hujialou 呼家楼  6  75 113 115 126 140 350 368 405 412 650 671 687 BRT2(快速公交2) 夜6 夜30 夜34 专5 专114 0:37 1.149 19.495
Jintaixizhao 金台夕照 9 98 101 113 118 350 368 405 488 615 650 671 687 BRT2(快速公交2) 夜13 夜30 夜34 专114 0:39 0.734 20.229
Guomao 国贸  1  1 9 11 28 57 58 72 98 113 348 368 382 388 402 405 421 488 561 647 650 666 667 668 669 687 804 805快 806 807 808 809 814 816 817 818 818快 846 848 930 938快 976 夜1 夜27 夜30 专10 0:41 0.835 21.064
Shuangjing 双井  7  23 28 54 57 72 98 300 300快 312 348 368 402 637 669 687 805快 846 848 938快 976 夜7 夜29 夜30 专10 专87 专165 0:43 1.759 22.823
Jinsong 劲松 8 28 29 35 41 52 54 72 91 98 352 368 402 457 535 637 638 687 夜19 夜30 0:45 1.006 23.829
Panjiayuan 潘家园 28 34 63 300 300快 368 378 535 638 687 805快 846 848 938快 976 夜30 0:47 1.021 24.850
Shilihe 十里河  14   17  28 53 300 300快 352 368 378 439 440 513 638 649 680 687 846 848 973 975 976 985 986 995 夜30 专19 专72 0:49 1.097 25.947
Fenzhongsi 分钟寺 352 0:52 1.804 27.751 Fengtai
Chengshousi 成寿寺* 25 93 128 665 680 821 985 990 夜23 专189 专196 0:54 1.058 28.809 Chaoyang
Songjiazhuang 宋家庄*  5   Yizhuang  2 39 84 139 141 366 511 524 526 555 576 581 990 夜28 专62 专189 0:57 1.677 30.486 Fengtai
Shiliuzhuang 石榴庄 17 120 141 820 829 夜28 专76 专130 0:59 1.269 31.755
Dahongmen 大红门 54 324 343 622 687 827 BRT1(快速公交1) 专13 专34 专76 专163 1:01 1.244 32.999
Jiaomendong 角门东 14 54 70 343 501 511 687 957 专13 专34 专76 专145 专176 1:03 1.130 34.129
Jiaomenxi 角门西  4  30 51 72 144 474 501 529 646 954 夜18 专145 专209 1:06 1.254 35.383
Caoqiao 草桥  19   Daxing Airport  381 410 423 434 456 483 497 529 676 679 夜22 专179 专209 1:09 1.688 37.071
Jijiamiao 纪家庙 1:11 1.547 38.618
Shoujingmao (Capital Univ. of Economics & Business) 首经贸  Fangshan  67 351 692 912 专180 专199 1:14 1.143 39.761
Fengtai 丰台站  16  Stesen Beijing Fengtai FTP 专4 专149 1:17 1.717 41.478
Niwa 泥洼 335 349 395 459 678 845 1:19 0.954 42.432
Xiju 西局  14  83 323 458 480 483 531 830 958 969 973 夜36 1:21 0.749 43.181
Liuliqiao 六里桥  9  57 133 477 554 568 603 838 941 941快 982 专3 1:24 1.584 44.765
Lianhuaqiao 莲花桥 62 89 134 323 374 603 890 977 夜30 专3 1:28 2.392 47.157 Haidian
Gongzhufen 公主坟  1  1 32 33 40 52 62 64 68 74 76 77 89 94 134 300 300快 308 323 335 337 368 370 374 394 437 603 624 631快 698 977 977快 夜1 夜5 夜30 1:30 1.016 48.173
Xidiaoyutai 西钓鱼台 4 27 33 40 62 85 87 92 97 121 335 414 481 612 627 632 634 653 686 693 698 967 977 977快 BRT4(快速公交4) 夜13 夜16 1:33 2.386 50.559
Cishousi 慈寿寺*  6  33 40 61 73 85 481 507 632 夜3 专98 1:35 1.214 51.773
Chedaogou 车道沟* 33 40 85 87 114 334 347 360 360快 424 437 450 481 604 609 610 632 658 夜12 1:37 1.590 53.363
Changchunqiao 长春桥 33 74 355 360 365 424 425 437 539 644 664 688 921 1:39 1.205 54.568
Huoqiying 火器营 74 424 437 专75 1:41 0.961 55.529
— ↓ laluan gelung - menuju ke Bagou ↓ — 1.495 57.024

Set gerabak kereta api

[sunting | sunting sumber]
Model Imej Pengilang Tahun dibina Dalam Perkhidmatan Nombor Armada Depoh
DKZ15 CRRC Changchun Railway Vehicles
Beijing Subway Rolling Stock Equipment
CRRC Dalian
2007 43 W401–W443 Wanliu
Wulu
Songjiazhuang
DKZ34 2011 41 10 044–10 084
DKZ46 2013 32 10 085–10 116
  1. ^ 北京市人大代表丁树奎:地铁10号线客流压力大 建议修建复线. Nanfang. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-17. Dicapai pada 2019-01-15.
  2. ^ 2014年4月30日综合交通总体运行情况. 北京市交通信息中心 北京市交通运行监测调度中心. 2014-05-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-02. Dicapai pada 2014-05-02.
  3. ^ a b c d e "10号线线路网车站站间距信息". Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-03-02.
  4. ^ "站间公里数 北京地铁官方网站".
  5. ^ a b c Chen Lin (陈琳); Liu Yang (刘洋); Zhang Lu (张璐) (2013-05-06). 北京地铁10号线贯通全长57公里 跑一圈近2小时. Beijing Morning News.
  6. ^ "北京地铁诞生记:周总理称筹建地铁是为备战(第一部分)". 北京日报. 新华网. 2007-09-28. Diarkibkan daripada yang asal pada January 16, 2009. Dicapai pada 2009-01-23.
  7. ^ "北京城市轨道交通线网调整规划". 郭春安. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-05. Dicapai pada 2009-07-29.
  8. ^ 北京地铁10号线一期奥运前竣工 解读全部站点. 搜狐. 2007-10-08. Dicapai pada 2009-07-29.
  9. ^ a b (Chinese) 北京地铁10号线二期12月28日开工 京华时报 Nov. 4, 2008
  10. ^ "北京:地铁10号线二期12月28日开工 2013年竣工". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-03. Dicapai pada 2009-07-29.
  11. ^ a b c "4条地铁新线12月30日试运营". 北京市重大项目建设指挥部办公室. 2013-01-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-24. Dicapai pada 2013-01-20.
  12. ^ (Chinese)"北京地铁10号线拟明年5月全线"O"形贯通". 北京晨报. Dicapai pada 19 December 2012.
  13. ^ "BII Line 10 Phase II page" (dalam bahasa Cina).
  14. ^ 北京地铁10号线贯通一个月客流增近八成. chinanews. Dicapai pada 2013-06-06.
  15. ^ "北京地铁10号线拆座椅增运力,但最拥挤的还不是这条线|界面新闻". 2019-05-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-08. Dicapai pada 2022-04-14.
  16. ^ "北京地铁10号线试点拆部分座椅,网友:4号线6号线了解一下? | 北晚新视觉". www.takefoto.cn. Dicapai pada 2022-04-14.
  17. ^ "站间公里数 北京地铁官方网站".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]