Laluan 7 (Metro Montreal)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laluan 7 / Laluan Putih
لالوان 7 / لالوان ڤوتيه
Umum
Nama asalLigne 7
Ligne blanche
JenisAlihan laju
Sistem Metro Montreal
StatusDibatalkan
LokasiMontreal
 Quebec
 Kanada
Nombor laluan7
Teknikal
Tolok landasan1,435 milimeter (4 ka 8.5 in) (tolok piawai)
PengelektrikanRel ketiga, 750 V DC pada bar panduan di kedua-dua sisi landasan

Laluan 7 atau juga dikenali sebagai Laluan Putih (Perancis: Ligne blanche) ialah laluan kereta api yang dicadangkan untuk Metro Montreal pada tahun 1983, di mana ia tidak berjaya melepasi peringkat perancangan. Untuk hampir sedekad, laluan ini dipaparkan pada peta rangkaian metro yang rasmi, di mana ia ditunjukkan dalam peta dalam garisan putih. Oleh itu, ia menerima nama gelaran tidak rasmi iaitu "Laluan Putih" atau juga "Laluan Pie-IX".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dicadangkan buat pertama kali oleh Biro Pengangkutan Montreal (BTM) pada September 1983, projek asal laluan ini adalah untuk laluan utara–selatan, di mana ia akan mempunyai 10 buah stesen dari Pie-IX sehingga ke Léger. Kemudiannya, pada awal tahun 1984, Komuniti Bandar Montreal (CUM) secara rasminya mencadangkan supaya laluan 7 mempunyai 12 stesen (dari Pie-IX ke Maurice-Duplessis/Langelier).

Pada 1990-an, berlaku defisit yang besar dalam kewangan dan kemelesetan ekonomi di seluruh Kanada. Ini menyebabkan projek laluan 7 terpaksa dihentikan kerana kekurangan sumber pembiayaan untuk projek tersebut.