Laluan Bogor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Laluan Jakarta Kota–Bogor)
Laluan Bogor
لالوان بوڬور
Kereta api JR siri 205 yang bertolak dari stesen Depok, September 2019
Umum
Nama lainLaluan Jakarta Kota–Bogor
Nama asalLin Bogor
Lin Jakarta Kota–Bogor
JenisKereta api komuter
SistemKRL Commuter Line
StatusBeroperasi
LokasiJakarta dan Jawa Barat
TerminalJakarta Kota
Bogor/Nambo
Stesen26
Perkhidmatan2
Laman sesawangwww.krl.co.id
Operasi
Bermula1930; 94 tahun yang lalu (1930)
PemilikPT Kereta Api Indonesia
PengendaliPT Kereta Commuter Indonesia
CiriSearas tanah, bertingkat
DepotDepok
Bukit Duri
Teknikal
Panjang aliran
  • Jakarta Kota–Bogor: 54.8 km (34.1 bt)
  • Jakarta Kota–Nambo: 51.033 km (31.710 bt)
Tolok landasan1,067 milimeter (3 ka 6.0 in)
Pengelektrikan1,500 V DC talian atas

Laluan Bogor atau Laluan Jakarta Kota–Bogor[a] adalah salah satu laluan kereta api komuter yang dikendalikan oleh PT Kereta Commuter Indonesia. Laluan ini menghubungkan stesen Jakarta Kota di Jakarta Barat dengan stesen Bogor di Jawa Barat. Pada peta dan gambar rajah, aliran ini dipaparkan dalam warna merah, dan ia merupakan laluan tersibuk dalam sistem KA Commuter.[1]

Laluan Jakarta Kota–Bogor merupakan laluan rel dielektrikkan yang kedua dibina, selepas aliran Tanjung PriukJatinegara. Laluan dan stesen di antara Jakarta Kota dan Manggarai berkongsi dengan Laluan Cikarang (melalui Manggarai) manakala dari Manggarai hingga Bogor pula berkongsi dengan Laluan Lingkaran.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dikenali dalam bahasa Indonesia sebagai Lin Bogor atau Lin Jakarta Kota–Bogor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "KRL Commuterline to introduce 12-car trains on busy Bogor and Bekasi lines". Jakarta (dalam bahasa Inggeris). 5 Ogos 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2017. Dicapai pada 9 Disember 2015.