Laluan Kelana Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 5 
Laluan Kelana Jaya
لالوان کلان جاي
150701 Rapid KL - Kelana Jaya Line ART Mark II train.jpg
Kereta api Innovia ART 200 2 koc di stesen LRT Kelana Jaya
Umum
Nama lain Aliran Kelana Jaya
Jenis Transit aliran ringan (LRT)
Sistem Rapid KL
Status Beroperasi
Lokasi Lembah Klang
Terminal  KJ1  Gombak
 KJ24  Kelana Jaya
Stesen 24 (tambahan 13 lagi sedang dibina)
Perkhidmatan GombakKuala LumpurPetaling Jaya
Nombor aliran  5  (merah jambu)
Laman sesawang myrapid.com.my/rail/routes
Operasi
Dibuka 1 September 1998
Pemilik Prasarana Malaysia Berhad
Pengendali Rel RapidKL
Ciri/sifat Atas jejambat, bawah tanah dan permukaan
Depot Subang
Stok kereta api Set kereta api 2 dan 4 koc Bombardier Innovia Metro
Teknikal
Panjang aliran 29 km (18 bt)
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) pada tolok piawai
Landasan elektrik Landasan ketiga terbuka
Kelajuan operasi 60 km/j (37 bsj)
Laluan Kelana Jaya
KJ1 Gombak Parking kereta
KJ2 Taman Melati
KJ3 Wangsa Maju
KJ4 Sri Rampai
KJ5 Setiawangsa Parking kereta
KJ6 Jelatek Parking kereta
KJ7 Dato' Keramat
KJ8 Damai
KJ9 Ampang Park   12  
KJ10 KLCC
KJ11 Kampung Baru
MR8 Bukit Nanas   8  
KJ12 Dang Wangi
KJ13 Masjid Jamek   3   4  
KJ16 Pasar Seni   9  
Kuala Lumpur KTM ETS
  8  
KJ15 KL Sentral Parking kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur klia2 KTM ETS
  2   2  
KJ16 Bangsar   6   7  
KJ17 Abdullah Hukum   12  
KL Eco City   12  
KJ18 Kerinchi
KJ19 Universiti
KJ20 Taman Jaya Parking kereta
KJ21 Asia Jaya Parking kereta
KJ22 Taman Paramount Parking kereta
KJ23 Taman Bahagia Parking kereta
KJ24 Kelana Jaya Parking kereta
Putra Damai
Lembah Subang
Lembah Subang Depot
Kelana Indah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
Subang Jaya   2  
SS15
SS18
USJ7
USJ8
USJ14
USJ21
Subang Alam
Alam Megah
Putra Height   4  

Laluan Kelana Jaya (berwarna mawar pada peta transit Kuala Lumpur) ialah salah satu dari dua buah laluan transit ringan di Sistem Transit Kuala Lumpur yang dikendali oleh rangkaian Rel RapidKL, di samping Laluan Ampang.

Laluan Kelana Jaya asalnya dikenali sebagai atau PUTRA LRT ("PUTRA" ialah singkatan bagi Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd, syarikat yang membina sistem ini). Beriutan penstrukturan semula pemilikan dan pengurusan, aliran ini kini dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara (SPNB) dan dikendali oleh RapidKL.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • 15 Februari 1994 – Projek Usahasama Transit Ringan Automatik (Putra LRT) diperbadankan.
  • 1 September 1998 – Skesyen 1 dari Depoh Subang ke Pasar Seni mula beroperasi.
  • 1 Jun 1999 – Seluruh sistem Putra LRT beroperasi sempena pembukaan Seksyen 2 dari Pasar Seni ke Terminal Putra yang merangkumi landasan bawah tanah pertama di Malaysia.
  • 1 September 2002 – Pengurusan Putra LRT diserahkan kepada [[Syarikat Prasarana Negara] (SPNB) dan dinamakan Putraline mengikut fasa pertama penstrukturan semula sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur. SPNB turut mengambil alih Star LRT dan menamakannya Starline.
  • November 2004 – Aspek-aspek pengendalian kedua-dua sistem LRT diserahkan kepada syarikat milik kerajaan Rapid KL yang baru diasaskan mengikut fasa kedua proses penstrukturan semula, sementara aset masih dimiliki oleh SPNB.
  • Julai 2005 –Nama ditukar dari Putraline ke Aliran Kelana Jaya.
  • 24 Julai 2006 – Kegagalan komputer sandar berfungsi menyebabkan sistem tergendala pada waktu sibuk petang. Para penumpang terkandas dalam tren sampai ada yang memaksa pintu terbuka untuk keluar.
  • 29 Ogos 2006 – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan aliran ini akan dipanjangkan dari Lembah Subang ke Subang Jaya dan USJ.
  • 6 Oktober 2006 – "Masalah teknikal" menyebabkan sebuah tren terkandas sepanjang landasan berhampiran stesen Damai pada jam 7 pagi, mengakibatkan perkhidmatan sepanjang bahagian Masjid Jamek-Terminal PUTRA tergendala sehingga pulih pada 5 petang.
  • 13 Oktober 2006 – SPNB menandatangani perjanjian bersama Konsortium Bombardier-Hartasuma Consortium (BHC) untuk membeli 22 set tren empat gerabak untuk Aliran Kelana Jaya beserta pilihan membeli 13 lagi set untuk RM1.2 bilion. Tren-tren tersebut dijangka sampai pada tahun 2008.
  • 12 Disember 2006 – Apabila menghampiri stesen Pasar Seni pada waktu kesibukan, sebuah tren terhenti tiba-tiba seolah-olah terhentak sesuatu. Tiada kecederaan dilaporkan.
  • 8 Oktober 2007 – SPNB membeli 13 lagi set tren Advanced Rapid Transit (ART) MK II (52 gerabak) dengan harga 71 juta untuk Aliran Kelana Jaya. Penghantaran set tren berkenaan dijangka pada tahun 2010.[1]
  • 27 Julai 2009 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan 35 tren empat gerabak baru akan beroperasi mulai akhir tahun 2012.[2] (Pada Julai 2009, laluan ini masih dijalani oleh tren dua gerabak walaupun dijanjikan tren empat gerabak pada tahun 2008).
  • September 2009 – SPNB memulakan pameran usaha memanjangkan Aliran Kelana Jaya (dan Aliran Ampang) di lokasi terpilih selama tiga bulan untuk tujuan mendapatkan maklumbalas awam.[3][4]
  • 24 Disember 2010 – Stesen LRT Sri Rampai akhirnya dibuka kepada umum, setelah pembinaannya terbengkalai selama 11 tahun semenjak seluruh aliran ini disiapkan.
  • 22 Julai 2015 – Dua set tren Advanced Rapid Transit (ART) MK II empat gerabak terbakar, satu berhampiran stesen Setiawangsa menuju ke stesen Gombak pada jam 8:12 pagi, manakala satu lagi berhampiran stesen Universiti menuju ke stesen Kerinchi pada jam 12:15 tengahari, masing–masing berpunca daripada kegagalan brek. Tiada kecederaan dilaporkan.

Sistem[sunting | sunting sumber]

Landasan dan stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen KLCC adalah salah satu dari lima buah stesen bawah tanah sepanjang Laluan Kelana Jaya. Stesen bawah tanah ini dilengkapi pintu skrin platform untuk tujuan keselamatan.
Stesen Universiti pada waktu malam.

Laluan Kelana Jaya terdiri daripada sebatang laluan tunggal yang didirikan dari Kelana Jaya hingga ke Gombak yang berkhidmat di kawasan Petaling Jaya di selatan; kawasan barat daya dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur di tengah; dan beberapa kawasan perumahan berkepadatan rendah di utara Kuala Lumpur. Laluan sepanjang 29 km ini ialah sistem alihan laju tanpa pemandu automatik sepenuhnya ketiga terpanjang di dunia, di belakang SkyTrain di Vancouver, Kanada (49.5 km) dan Lille Metro VAL di Lille, Perancis (32 km).

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya diatur mengikut arah utara-selatan. Terdapat 24 buah stesen kesemuanya, 16 daripadanya ternaik, dan 5 lagi di antara Pasar Seni dan Ampang Park di bawah tanah.

Begitu juga dengan Laluan Ampang, stesen-stesen ini bergayakan pelbagai reka bina. Kebanyakan stesen struktur ternaik dibina mengikut empat gaya utama yang menampilkan rekabentuk bumbung berbeza untuk bahagian-bahagian laluan yang tertentu. Stesen KL Sentral pula menampakkan reka bina yang lebih sejajar dengan seluruh bangunan Stesen Sentral. Stesen bawah tanah pula berupa susun atur ruang legar dan vestibul yang unik, serta dilengkapi pintu tabir platform lantai ke siling untuk mengelakkan pencerobohan antara platform dan landasan. 13 stesen (termasuk dua stesen terminal dan kelima-lima stesen bawah tanah) berplatform tengah (island), sementara 11 yang lain pula dilengkapi dua platform sisi (side) setiap satu. Stesen-stesen yang berplatform tengah memudahkan pertukaran antara tren arah utara dan tren arah selatan tanpa perlu berjalan naik/turun ke aras ruang legar.

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya direka khas untuk menampung keperluan orang kurang upaya, termasuk lif dan lif kerusi roda di samping tangga bergerak dan tangga biasa di setiap stesen, di samping juga sela antara platform dan tren kurang dari 5 cm untuk membolehkan warga kurang upaya memasuki dan keluar dari tren. Antara yang lain:

  • Landasan tidak berbalast, agar menggeserkan pergerakan landasan dan tren.
  • Tren dilengkapi ampaian getah langsung, agar mengurangkan pergerakan badan tren.
  • Tren tidak melangkau stesen.
  • Stesen dibina dengan platform lurus.
  • Lima stesen bawah tanah (antara stesen Ampang Park dan Masjid Jamek) dilengkapi pintu skrin platform untuk tujuan keselamatan penumpang.

Stesen-stesen ini adalah satu-satunya sistem transit aliran ringan di Lembah Kelang direkabentuk untuk menyediakan kemudahan khas untuk pengguna kurang upaya.

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya juga dilengkapi kamera keselamatan litar tertutup terhad untuk menjaga keselamatan.

Demi menampung 13 stesen baru menjelang tahun 2017, kod stesen dinama semula dari KJ1 hingga KJ37, iaitu stesen terminus Kelana Jaya dan Gombak masing-masing diberi kod KJ14 dan KJ 37.

Senarai stesen[sunting | sunting sumber]

Nombor Stesen Platform Pertukaran Nota
 KJ1  Gombak Tengah, terminal Sebelum ini dikenali sebagai Terminal PUTRA
 KJ2  Taman Melati Sisi
 KJ3  Wangsa Maju Tengah
 KJ4  Sri Rampai Sisi Dibuka pada 24 Disember 2010 selepas ditutup ketika mula operasi
 KJ5  Setiawangsa Tengah
 KJ6  Jelatek Sisi
 KJ7  Dato' Keramat
 KJ8  Damai Tengah
 KJ9  Ampang Park  11  Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya ( SSP16 ) Bawah tanah
 KJ10  KLCC
(Pusat Bandaraya Kuala Lumpur)
Hab bas RapidKL Bawah tanah
 KJ11  Kampung Baru Bawah tanah
 KJ12  Dang Wangi Berjalan 200 meter untuk ke  8  Laluan Monorel ( MR8  Bukit Nanas) Bawah tanah
 KJ13  Masjid Jamek  3   4  Laluan Ampang ( ST5 ) Bawah tanah
 KJ14  Pasar Seni
 KJ15  KL Sentral Sisi
 KJ16  Bank Rakyat–Bangsar
 KJ17  Abdullah Hukum
 KJ18  Kerinchi
 KJ19  KL GATEWAY–Universiti Tengah Hab bas RapidKL
 KJ20  Taman Jaya Sisi
 KJ21  Asia Jaya Tengah
 KJ22  Taman Paramount Sisi
 KJ23  Taman Bahagia
 KJ24  Kelana Jaya Terminal Hab bas RapidKL

manakala stesen yang akan dibina dan siap menjelang 2017 adalah seperti berikut;

Nombor Stesen Nama Jenis platform Pertukaran/Nota
 KJ25  Lembah Subang Sisi Dibina di atas Depoh Subang
 KJ26  Ara Damansara Tengah
 KJ27  Glenmarie Tengah
 KJ28  Subang Jaya Tengah Pertukaran ke KTM Komuter
 KJ29  SS15 Tengah
 KJ30  SS18 Tengah
 KJ31  USJ 7 Tengah Pertukaran ke Laluan BRT Sunway
 KJ32  Taipan Sisi
 KJ33  Wawasan Sisi
 KJ34  USJ 21 Sisi
 KJ35  Alam Megah Tengah
 KJ36  Subang Alam Tengah
 KJ37  PH21  Putra Heights Tengah Pertukaran ke Laluan Ampang

Stok kereta api[sunting | sunting sumber]

Laluan ini menggunakan tren berteknologi Bombardier Advanced Rapid Transit (Mark II) yang menggunakan motor linear.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rangkaian Transit Rapid KL