Laluan Khyber

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Laluan pergunungan ini menghubungkan Landi Kotal ke Lembah Peshawar.

Laluan Khyber (Bahasa Pashto: د خیبر درہ) ialah laluan pergunungan di Barat Laut Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan. Tempat ini menghubungkan bandar Landi Kotal ke Lembah Peshawar di Jamrud dengan menjejaki sebahagian daripada gunung Spin Ghar. Tempat ini merupakan bahagian penting di Jalan Sutera, dan sudah lama mempunyai kepentingan kebudayaan, ekonomi dan geopolitik yang ketara terhadap perdagangan Eurasia. Sejak dahulu lagi, tempat ini merupakan laluan perdangangan penting di antara Asia Tengah dan sub-benua India dan merupakan kawasan sempit ketenteraan yang strategik untuk beberapa wilayah yang menguasainya.

Sebelum era Kushan, Laluan Pergunungan Khyber tidak digunakan secara meluas sebagai laluan perdagangan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tarn, William Woodthorpe (2010). The Greeks in Bactria and India. Cambridge University Press. ISBN 9781108009416. Dicapai 28 March 2017.