Laluan Persekutuan Malaysia 257

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laluan Persekutuan 257
Jalan Lencongan Barat, Lencongan Barat
Jalan Lencongan Barat 2.jpg
Penghujung selatan FT257
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda dan THB Maintenance Sdn Bhd
Panjang12.00 km[1][2] (7.46 mi)
Simpang utama
Jalan lingkaran mengelilingi Sungai Petani
Hujung utara E1 FT1 / E1 di Bandar Aman Jaya
Persimpangan utama
Hujung selatan E1 FT1 / E1 di Kampung Padang Temusu
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Laluan/Jalan Persekutuan Malaysia 257 (Jalan Lencongan Barat, Jalan Lencong Barat atau Lencongan Barat) ialah salah satu jalan persekutuan yang terdapat di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[3] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala dan syarikat THB Maintenance Sdn Bhd. Jalan Lencongan Barat FT257 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 12 kilometer (7.5 bt),[1] mengelilingi Bandar Sungai Petani serta menghubungkan Bandar Aman Jaya di utara dengan Kampung Padang Temusu di selatan dengan melalui kawasan Kampung Sungai Pasir, Kampung Telok, Kampung Haji Din, Kampung Sungai Jagong, Kampung Sungai Layar Hujung, Kampung Pulau Tiga, Bandar Laguna Merbok Taman Nilam, serta Taman Intan.[4][5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jalan Lencongan Barat FT257 dibina untuk mengurangkan kesesakan di Pusat Bandar Sungai Petani di Jalan Butterworth–Alor Setar FT1 (Jalan Badlishah). Sebelum ia diwartakan sebagai jalan persekutuan, ia merupakan sebahagian daripada Sistem Jalan Negeri Malaysia tanpa seberang kod laluan yang ditetapkan.[3] Semasa pembinaan, Jalan Lencongan Barat FT257 kebanyakanya melalui kawasan perkampungan berbanding dengan Jalan Lencongan Timur FT255, di mana ia melalui kawasan perumahan yang sedang membangun.[4] Pada tahun 2011, Jalan Lencongan Barat telah diwartakan sebagai jalan persekutuan dengan kod yang sama iaitu FT257.[6] Mulai Ogos 2017, syarikat THB Maintenance Sdn Bhd. akan menyenggara jalan persekutuan ini, ia juga termasuk jalan persekutuan yang lain di negeri Kedah, Pulau Pinang serta Perlis. THB Maintenance Sdn Bhd. telah dipertanggungjawabkan sebagai konsesi ini yang di mana berlaku selama 10 tahun bermula 17 Ogos 2017 sehingga 16 Ogos 2027.[7]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jambatan Sungai Petani
Menghampiri persimpangan K167.

Dari penghujung selatan, Jalan Lencongan Barat FT257 bermula di Kampung Padang Temusu, bersimpang empat dengan dua jalan iaitu Jalan Butterworth–Alor Setar FT1 dan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara E1 berdekatan dengan Pasar Raya TF Value Mart Sungai Petani (sebelum ini Giant Hypermarket Sungai Petani).[8] Kilometer sifar bermula di sini.[9] Ia akan melintasi sungai kecil bernama Sungai Pasir, di kilometer 0.50.[10] Jalan ini akan membengkok ke utara, dan seterusnya akan bersimpang tiga dengan Jalan Sungai Pasir–Batu Lintang K160.[11] Ia akan bersilang dengan Jalan Lebuh Delima dan Jalan Lorong 1 di Taman Nilam. Kira-kira 2.8 kilometer (1.7 bt) dari hujung selatan, Jalan Lencongan Barat FT257 akan dikelilingi sawah padi. Di Taman Intan Seksyen 3.00–3.40, FT257 akan melintasi Sungai Petani;[12][13] jambatan ini juga dikenali sebagai Jambatan Jalan Lencongan Barat.[5]

Apabila di Kampung Telok, berdekatan dengan Seksyen 4.30, ia akan bersimpang empat dengan Jalan Penghulu Him–Sungai Layar Hujung K651. Bermula di sini, Jalan Lencongan Barat akan melalui kawasan perkampungan dan sawah padi. Ia akan bersimpang empat terhad, kira-kira 5.6 kilometer (3.5 bt) dari hujung selatan di Kampung Sungai Jagong dengan Jalan Sungai Layar–Sungai Jagung K657. Persimpangan ini hanya dibolehkan pengguna dari selatan untuk masuk dan susur keluar dari K657 ke arah selatan sahaja. Hal ini disebakan kerana terdapat pembahagi jalan kekal di situ. Ia juga terjadi di seksyen 7.30 FT257 di Kampung Sungai Layar Hujung; bersilang dengan Jalan K651. Jalan Lencongan Barat akan membengkok tajam ke arah timur laut selepas melepasi persimpangan K651.[5]

Di Seksyen 7.60 di kawasan kampung yang sama, ia akan bersimpang empat dengan Jalan Semeling–Sungai Petani K167. Jalan diteruskan melalui Kampung Pulau Tiga, kemudian membengkok ke arah timur. Akan bersilang dengan Lebuh Laguna Merbok 1 dan Lebuh Laguna Merbok 5 di Bandar Laguna Merbok, masing-masing di Seksyen 10.10 dan 10.60. Sebelum berakhirnya jajaran Jalan Persekutuan 257, ia akan melintasi landasan kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Jalan Lencongan Barat berakhir dengan simpang empat dengan jalan yang sama di permulaanya iaitu Seksyen 801.00 FT1 dan E1.[14] Kebanyakan simpang tiga atau empat di sepanjang FT257 dilengkapi dengan prasarana lampu isyarat. Jalan ini dikelaskan sebagai jalan raya kembar dengan dua lorong setiap arah.[5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[5]DestinasiCatatan
Kampung Padang Temusu0.0 E1 FT1 / E1Kuala Lumpur, Tikam Batu, ButterworthHujung selatan FT257
Kampung Sungai Pasir0.8 K160Kampung Batu Lintang, Kampung Baru Sungai Pasir, Kampung Telok Wang
Taman Nilam2.3Lorong 1 / Lebuh Delima – Taman Nilam Sari, Taman Delima, Kampung Bakar Bata
Taman Intan–Kampung Telok3.0–3.4Jambatan Jalan Lencongan Barat (Sungai Petani)
Kampung Telok4.4K651 K651Kampung Penghulu Him, Kampung Bakar Kapor, Taman Dahlia
Kampung Sungai Jagung5.7K657 K657Kampung Haji Din, Kampung Sungai LayarSusur masuk dari selatan ke K657 barat, susur keluar dari K657 ke utara sahaja, berlaku untuk FT257 dari utara.
Kampung Sungai Layar Hujung5.7K651 K651Kampung Sungai Jagong, Sungai PetaniSusur masuk dari selatan ke K651 barat, susur keluar dari K651 ke utara sahaja, berlaku untuk FT257 dari utara.
7.6K167 K167Bandar Semeling, Bedong, Taman Eko Rimba Tupah
Bandar Laguna Merbok11.1Lebuh Laguna Merbok 1 – Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok
11.6Lebuh Laguna Merbok 5 – Hospital Pantai Laguna Merbok
Bandar Aman Jaya12.0 E1 FT1 / E1Kuala Lumpur, Alor Setar, Sungai LalangHujung utara FT257
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Sik" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan – Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Barat) (Pindaan) (No. 11) 2011 [P.U. (A) 2011]" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 12 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 28 Disember 2019. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  3. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  5. ^ a b c d e "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  6. ^ Statistik Jalan (Edisi 2018) (PDF). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 14 November 2018. m/s. 31. ISSN 1985-9619.
  7. ^ "Perjanjian Penswastaan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Negeri Kedah, Pulau Pinang Dan Perlis". Kementerian Kerja Raya Malaysia. 16 Ogos 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-19. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  8. ^ @THBM_HQ (13 Mac 2018). "120318 - di @JKRKMS, FT257 Jalan Lencong Barat sek 0.00" (Twit). Dicapai pada 16 Januari 2022 – melalui Twitter.
  9. ^ @THBM_HQ (4 Ogos 2020). "03082020 - di @JKRKMS, FT257 Jalan Lencong Barat sek 0.00" (Twit). Dicapai pada 16 Januari 2022 – melalui Twitter.
  10. ^ @THBM_HQ (22 Oktober 2020). "21102020 - di @JKRKMS, FT257 Jalan Lencong Barat sek 0.50" (Twit). Dicapai pada 16 Januari 2022 – melalui Twitter.
  11. ^ @THBM_HQ (20 November 2020). "19112020 - di @JKRKMS, FT257 Jalan Lencong Barat sek 1.00" (Twit). Dicapai pada 16 Januari 2022 – melalui Twitter.
  12. ^ @THBM_HQ (4 Februari 2018). "030418 - di @JKRKMS, FT257 Jalan Lencong Barat sek 3.20" (Twit). Dicapai pada 16 Januari 2022 – melalui Twitter.
  13. ^ @THBM_HQ (17 Oktober 2021). "16102021 - di @JKRKMS, FT257 Jalan Lencong Barat sek 3.00–3.40" (Twit). Dicapai pada 16 Januari 2022 – melalui Twitter.
  14. ^ @THBM_HQ (3 April 2018). "Selamat Datang ke #SungaiPetani, ini Seksyen 12.00 FT257 Jalan Lencongan Barat" (Twit). Dicapai pada 16 Januari 2022 – melalui Twitter.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]