Laluan Putrajaya
Laluan Putrajaya | |
---|---|
![]() | |
![]() 4 gerabak Hyundai Rotem EMU semasa ujian percubaan, selalunya dipanggil sebagai "Ducky" disebabkan reka bentuknya | |
Umum | |
Nama asal | MRT Laluan Putrajaya |
Jenis | Transit aliran |
Sistem | Rapid KL |
Status | Masih dalam pembinaan 95.33% setakat 31 Oktober 2021 |
Lokasi | Lembah Klang |
Terminal | PY01 Kwasa Damansara PY13 Kampung Batu (Fasa 1) PY41 Putrajaya Sentral (Fasa 2) |
Stesen | 34[1][Nota 1] |
Perkhidmatan | Sungai Buloh – Kuala Lumpur – Serdang – Putrajaya |
Nombor laluan | 12 (Kuning) |
Laman sesawang | mymrt |
Operasi | |
Dirancang dibuka | Fasa 1: 16 Jun 2022 Kwasa Damansara – Kampung Batu Fasa 2: Januari 2023 Kampung Batu – Putrajaya Sentral |
Pemilik | MRT Corp |
Pengendali | Rapid Rail |
Sistem pengaliran | Automatik dan tanpa pemandu |
Depot | Depoh Sungai Buloh Depoh Serdang |
Stok kereta api | 49 Hyundai Rotem set kereta api 4 gerabak (bentuk lebar) |
Teknikal | |
Panjang aliran | 57.7 km (35.9 bt) bermula dari Kwasa Damansara 52.2 km (32.4 bt) Ketinggian: 38.75 km (24.08 bt) Bawah tanah: 13.5 km (8.4 bt) |
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai |
Pengelektrikan | Rel ketiga, 750 VDC |
Laluan MRT Putrajaya atau MRT 2, sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (Laluan SSP), akan menjadi laluan kereta api transit aliran ke-12 serta sistem kereta api automatik dan tanpa pemandu keempat di kawasan Lembah Klang, selepas laluan-laluan Kelana Jaya, Sungai Buloh–Kajang dan Bandar Utama–Klang, ia merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang. Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan ini ditunjukkan dengan warna emas berserta petunjuk bernombor 12.
Laluan ini merupakan salah satu daripada dua laluan kereta api yang dirancang di bawah projek Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) oleh syarikat MRT Corp. Fasa pertama projek, di antara Kwasa Damansara sehingga Kampung Batu dijangka akan memulakan perkhidmatannya pada Mac 2022. Fasa yang selebihnya dijangka akan beroperasi pada Januari 2023.
Jajaran laluan rel adalah sepanjang 52.2 kilometer (32.4 bt), di mana 13.5 kilometer (8.4 bt) terletak di bawah tanah.[2] Sejumlah 37 buah stesen, 11 daripadanya adalah di bawah tanah akan dibina.[3] Laluan ini merentang dari Kwasa Damansara di daerah Petaling hingga Putrajaya dan akan melalui kawasan penduduk yang padat seperti Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC), Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.[4]
Nota[sunting | sunting sumber]
- ^ Tidak termasuk stesen tambahan dari Laluan Kajang dan stesen yang dibatalkan Bandar Malaysia
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "PUTRAJAYA LINE STATIONS". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2021. Dicapai pada 1 January 2021.
- ^ Hazril Hafiz (22 Jun 2018). "MRT jajaran Sg. Buloh-Serdang-Putrajaya diteruskan, dengan syarat kos pembinaan perlu dikurangkan". paultan.org. Dicapai pada 12 Mac 2019.[arkib]
- ^ Nurhayati Abllah; Suhael Adnan (11 Julai 2018). "MRT SSP kini 30 peratus siap". Berita Harian. Dicapai pada 12 Mac 2019.
- ^ "Fokus siapkan laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya pula - PM". Bernama. 3 Ogos 2017 – melalui Berita Harian.[arkib]