Pergi ke kandungan

Laluan Shah Alam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
LRT Laluan Shah Alam
لالوان شاه عالم
Sebuah set tren 3-gerabak CRRC Zhuzhou berdekatan UiTM Shah Alam menghala ke Johan Setia
Umum
Nama lainInggeris: Shah Alam Line
Cina: 莎阿南线
Tamil: சா ஆலாம் வழித்தடம்
JenisTransit Aliran Ringan (LRT)
SistemRapid KL Rapid KL
StatusBeroperasi
LokasiLembah Klang
Stesen25 (20 beroperasi, 5 dalam pembinaan)
Nombor laluan11 (biru langit)
Laman sesawanglrt3.com.my
Operasi
Dibuka29 Jun 2026 (2026-06-29)
PemilikPrasarana Malaysia
PengendaliRapid Rail Sdn Bhd
Sistem pengaliranAutomatik, tanpa pemandu
CiriBertingkat, bawah tanah
DepotDepoh Johan Setia
Stok kereta apiCRRC Zhuzhou LRV
22 buah kereta api (setiap set mempunyai tiga gerabak)[1] Keluasan: 2.7 m (8 ka 10 in)
Panjang: 114.0 m (374.0 ka)
Teknikal
Panjang aliran37.8 km (23.5 bt) (termasuk terowong bawah tanah sepanjang 2.5 km (1.6 bt))[2]
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai
PengelektrikanRel ketiga, 750 VDC
Kelajuan operasi80 km/j (50 mph)
Peta laluan

KG09
SA1
Bandar Utama
SA2
Kayu Ara Parking
SA3
BU 11
SA4
Tropicana
SA5
Damansara Idaman Parking
SA6
Subang
SA7
KJ27
Glenmarie
Parking
SA8
Temasya
SA9
Kerjaya
SA10
Stadium Shah Alam Parking
Fasa 2
Fasa 1
SA12
Dato' Menteri
SA13
Raja Muda
SA14
UiTM Shah Alam
SA15
Seksyen 7 Shah Alam
SA16
Bukit Raja Selatan
SA17
Bandar Baru Klang Parking
SA18
Pasar Klang Parking
SA19
Jalan Meru
SA20
Jambatan Kota Parking
KD14
Klang Parking
SA21
Hospital Tengku Ampuan Rahimah
SA22
Seri Andalas Parking
SA23
Klang Jaya
SA24
Bandar Bukit Tinggi Parking
SA25
Bandar Botanik
SA26
Johan Setia Parking

Stesen pertukaran

kawasan berbayar bersepadu
perjalanan tambang tunggal
kawasan berbayar tidak bersepadu
perjalanan tambang berbilang

LRT Laluan Shah Alam atau LRT 3 (Bahasa Inggeris: Shah Alam Line, SAL), sebelum ini dikenali sebagai LRT Laluan Bandar Utama–Johan Setia, atau hanya LRT Laluan Johan Setia merupakan sistem laluan transit aliran ringan (LRT) yang beroperasi di kawasan Lembah Klang, Malaysia. Laluan ini dimiliki oleh Prasarana Malaysia dan dikendalikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd dan telah beroperasi dan dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 29 Jun 2026[3].

Laluan ini merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang, bernombor 11, dan berwarna biru langit di peta laluan transit rasmi. Laluan ini merupakan sistem LRT yang ketiga di Lembah Klang selepas Laluan Ampang dan Sri Petaling dan Laluan Kelana Jaya dan secara khususnya memberikan perkhidmatan rel di koridor barat Lembah Klang dan menjangkau dari Bandar Utama sehingga ke Johan Setia di Klang. Laluan ini juga merupakan satu-satunya laluan daripada sistem berkenaan yang terletak sepenuhnya di luar persempadanan Kuala Lumpur.

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Jajaran laluan

[sunting | sunting sumber]
Map
Jajaran LRT Laluan Shah Alam

Keseluruhan jajaran laluan merangkumi jarak sepanjang 37.8 kilometer (23.5 bt)[2] dari Bandar Utama ke Johan Setia, melalui bandar-bandar Petaling Jaya, Shah Alam, and Klang. Laluan ini akan memberikan perkhidmatan rel untuk lebih 2 juta penduduk di koridor barat Lembah Klang.[4]

Laluan Shah Alam bermula di stesen Bandar Utama yang terletak berhampiran dengan sempadan barat laut Kuala Lumpur serta bersambung dengan MRT Laluan Kajang, dan melalui laluan trek bertingkat serta memberikan perkhidmatan kepada penduduk-penduduk di Kampung Sungai Kayu Ara, Tropicana, dan kawasan industri timur Shah Alam (HICOM-Glenmarie) di mana laluan ini juga bersambung dengan Laluan Kelana Jaya di stesen Glenmarie 2, sebelum memasuki kawasan projek pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam di Seksyen 13 Shah Alam.[perlu rujukan] Selepas stesen Stadium Shah Alam, laluan akan memasuki terowong bawah tanah sepanjang 2.5 kilometer (1.6 bt)[2] sebelum keluar ke trek bertingkat di pusat bandar Shah Alam (Seksyen 14) yang juga dikhidmat oleh stesen Dato' Menteri. Selepas itu, laluan akan sambung menghala ke arah barat selari dengan Lebuhraya Persekutuan sambil berkhidmat di stesen UiTM Shah Alam bagi penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Seksyen 16 sebelum memasuki ke pusat komersial Seksyen 7. Kemudian, laluan akan memasuki sempadan daerah Klang di mana ia akan melalui kawasan-kawasan Bandar Baru Klang, Kawasan 17, pusat bandar Klang, Taman Sri Andalas dan Bandar Bukit Tinggi sebelum berakhir di Johan Setia.[perlu rujukan]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]
Paparan Peta Laluan Dinamik yang menunjukkan tren menghala arah utara ke Klang Jaya

Pada asalnya, sejumlah 26 stesen dirancang untuk keseluruhan jajaran Laluan Shah Alam, dengan jarak kira-kira 2 kilometer antara setiap stesen. Satu stesen akan menjadi stesen bawah tanah iaitu Persiaran Hishamuddin, namun telah dibatalkan dan telah dijadikan stesen kawalan pengudaraan terowong. Selebih 25 stesen adalah stesen yang bertingkat. Susulan pemotongan kos projek[5], sebanyak 20 stesen bertingkat akan dibina untuk fasa pengoperasian awal dengan lima stesen dirizabkan dan akan dibina pada masa akan datang[6]. Pada 29 Jun 2026, 20 stesen tersebut telah dibuka untuk pengoperasian awam[3], dan 5 stesen rizab akan mula dibina menjelang hujung tahun dan dijangka beroperasi pada tahun 2031.[7]

Reka bentuk stesen

[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk stesen-stesen di laluan ini diinspirasikan dengan konsep "tanjak" atau "tengkolok" yang membawa simbol warisan dan kemegahan budaya Malaysia yang menggabungkan unsur-unsur tradisional dan moden yang meraikan kekayaan budaya negara serta mewujudkan identiti dan karakter yang unik.[8]

Daripada 20 stesen, tiga daripadanya mempunyai reka bentuk khas yang tersendiri, iaitu stesen Bandar Utama yang mempunyai ruang platform yang sedikit berbentuk trapezium, sama seperti stesen Hospital Kuala Lumpur pada MRT Laluan Putrajaya,[perlu rujukan] stesen Stadium Shah Alam yang berdekorasikan tema kesukanan,[perlu rujukan] serta stesen Dato' Menteri yang luarnya berwarna biru yang lebih gelap bertujuan untuk menyerupai tema Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).[9][perlu rujukan]

Kesemua stesen dilengkapi dengan mesin tiket, pintu palang masuk automatik, sistem paparan maklumat digital dan fizikal, serta eskalator, lif, surau, tandas, dan platform yang mesra pengguna Orang Kurang Upaya (OKU).[10] Pada masa sama, sebanyak 2,227 tempat letak kenderaan persendirian di 6 stesen disediakan bagi tujuan pandu dan rantau di bawah kawalan Prasarana. Pengguna akan dicaj sebanyak RM 5.00 sekali masuk sehari bagi pengguna LRT dan perlu menggunakan kad yang sama sewaktu memasuki kawasan parkir berbayar dan menaiki tren.[11][12] (bilangan dan caj ini tidak termasuk tempat letak kenderaan di stesen-stesen sambungan dan tempat letak kenderaan di bawah pihak ketiga)

Laluan ini bersambung dengan laluan-laluan Rapid KL sedia ada di stesen Bandar Utama untuk 9 MRT Laluan Kajang dan stesen Glenmarie 2 untuk 5 LRT Laluan Kelana Jaya.[13] Walaupun tidak disenaraikan sebagai pertukaran atau sambungan di peta transit rasmi, stesen Jambatan Kota adalah sekitar 700 meter jarak berjalan kaki ke stesen Klang untuk KTM Komuter Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang.[perlu rujukan]

Senarai stesen

[sunting | sunting sumber]
Kod Stesen Gambar Jenis Platform Pandu dan Rantau Catatan Lokasi
 SA01 
 KG09 
Bandar Utama Pulau ✓ Terminal timur.

Stesen sambungan ke  KG09  Stesen Bandar Utama MRT Laluan Kajang.

Petaling Jaya
 SA02  Kayu Ara ✓
(350)
 SA03  BU 11
(Bandar Utama 11)
—
 SA04  Tropicana — — Stesen ditangguh
 SA05  Damansara Idaman Sisi ✓
(150)
 SA06  Subang —
 SA07 
 KJ27 
Glenmarie 2 — Stesen sambungan ke  KJ27  Stesen Glenmarie LRT Laluan Kelana Jaya. Shah Alam
 SA08  Temasya — — Stesen ditangguh
 SA09  Kerjaya Sisi —
 SA10  Stadium Shah Alam Pulau —
 SA11  Persiaran Hishamuddin — — — Satu-satunya stesen bawah tanah berdasarkan pelan asal. Dibatalkan.
 SA12  Dato' Menteri Sisi —
 SA13  Raja Muda — — Stesen ditangguh
 SA14  UiTM Shah Alam Pulau —
 SA15  Seksyen 7 Shah Alam Sisi —
 SA16  Bukit Raja Selatan — — Stesen ditangguh
 SA17  Bandar Baru Klang Pulau — Klang
 SA18  Pasar Klang Sisi ✓
(58)
 SA19  Jalan Meru —
 SA20  Jambatan Kota ✓ 700-meter jalan kaki ke  KD29  Stesen Klang KTM Komuter Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang.
 SA21  Taman Selatan Pulau —
 SA22  Seri Andalas Sisi ✓
(550)
 SA23  Klang Jaya Pulau —
 SA24  Bandar Bukit Tinggi ✓
(600)
 SA25  Bandar Botanik — — Stesen ditangguh
 SA26  Johan Setia Pulau ✓
(519)
Terminal barat.

Cadangan dan Pembukaan Tender

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan Pelan Pembangunan Rel Bandar (URDP), Shah Alam dan sebahagian daripada Klang telah diklasifikasikan sebagai kawasan penting yang mengalami jurang perhubungan rel (rail network gap) kerana kawasan berkenaan tidak mempunyai perkhidmatan rel yang menyeluruh. Tambahan pula, peningkatan permintaan persekitaran di kawasan-kawasan tersebut telah menyebabkan sistem KTM yang sedia ada semakin terbeban[14]. Bagi meringankan beban tersebut dan meluaskan lagi perhubungan transit Lembah Klang, beberapa idea telah diketengahkan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat[14] dan Kerajaan Negeri Selangor[15] yang mengandungi jajaran dan laluan baharu bagi perkhidmatan bas dan rel.

Pada tahun 2013, Prasarana Malaysia Berhad telah melaksanakan kajian bagi menentukan kesesuaian mewujudkan sistem Transit Aliran Deras (LRT) ketiga[16] (kemudiannya diberi gelaran LRT 3). Cadangan asal membawa petunjuk bahawa laluan ini bermula di Subang Jaya atau Kelana Jaya dan berakhir di Pelabuhan Klang[16][17], tetapi laporan akhir kajian yang dikeluarkan setahun kemudian memutuskan Bandar Utama, Damansara sebagai titik permulaan laluan ini dan idea titik pengakhiran di Pelabuhan Klang tidak disusuli[18]. Laporan itu turut meletakkan panjang laluan ini, iaitu sebanyak 36 km (22 bt) dan bakal memakan kos sebanyak RM9 billion[18] yang kemudiannya diumumkan dalam peruntukan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri Malaysia Keenam, Dato’ Sri Najib Tun Razak[19]. Terdapat juga cadangan menambah laluan bercabang ke Setia Alam[20]. Semasa tempoh semakan pertama, sebuah pertubuhan peniaga di Little India, Klang telah menyuarakan kebimbangan terhadap cadangan jajaran yang melalui Jalan Tengku Kelana kerana jajaran tersebut bakal mengganggu aktiviti perniagaan sekitar dan mangakibatkan keretakan pada bangunan sekitar disebabkan getaran daripada pembinaan dan pergerakan kereta api[21].

Pada tahun 2015, laporan cadangan projek laluan ini telah diluluskan oleh SPAD dan pengumpulan pendapat daripada pihak berkepentingan telah dilaksanakan sehingga Mac[22]. Pada bulan Mei, pelan jajaran laluan ini telah dibentangkan kepada umum bagi tujuan pemeriksaan awam selama tiga bulan[23]. Cadangan jajaran tersebut dilihat melalui Jalan Meru, Klang yang menggantikan pelan asal melalui Jalan Tengku Kelana dan disokong oleh pertubuhan peniaga Klang[24]. Akan tetapi, cadangan jajaran tersebut masih ditolak di beberapa kawasan, terutama di Damansara Utama[25] dan Taman Muhibbah[26]. Disebabkan itu, Prasarana dilaporkan akan mengubah bahagian jajaran terlibat[27]. Selepas tamat tempoh pemeriksaan awam, Prasarana telah melantik syarikat usaha sama antara Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) dan George Kent (M) Bhd sebagai rakan pelaksana projek (PDP) laluan ini pada September[28].

Pada tahun 2016, Prasarana telah mula menawarkan tender-tender projek secara terbuka dan untuk syarikat bumiputera sahaja[29]. Pada masa yang sama, proses pemperolehan lot tanah turut berlangsung[30]. Prasarana dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga telah bersetuju memindahkan Stesen KTM Klang supaya terletak 150m daripada Stesen LRT Klang yang akan datang[31]. Pada 24 Ogos 2016, projek laluan ini dilancarkan secara rasmi[32] dan dijadualkan dibuka pada 31 Ogos 2020 serta bakal mengaplikasikan teknologi 'U-Trough' semasa pembinaan[33]. Meskipun begitu, masih terdapat tender yang berkaitan stok gerabak mengalami kekurangan pemohon tender akibat kelemahan mata wang ringgit yang membuatkan beberapa pemohon menarik diri[34].

Pemberian Tender

[sunting | sunting sumber]

Tahun 2017 menyaksikan pemberian tender-tender projek laluan ini kepada beberapa syarikat yang layak. Antara syarikat yang ditawarkan tender ialah WCT Holdings Bhd yang diberikan kontrak pembinaan Depoh Johan Setia dan kerja-kerja berkaitan pembinaan projek yang bernilai RM189 juta[35], manakala Konsortium CRRC Zhuzhou Locomotive Co Ltd, Siemens Ltd China, dan Tegap Dinamik Sdn Bhd diberikan kontrak stok kereta api enam gerabak sebanyak 42 buah bernilai RM1.56 bilion[36]. Sejumlah RM2.5 bilion pula telah diserahkan kepada syarikat-syarikat tempatan[37]. Syarikat lain yang ditawarkan kontrak termasuk Sunway Construction Group, Gabungan AQRS dan Mudajaya Group[38]. Fasa pembinaan turut dimulakan pada waktu sama pengumuman penawaran tender dilaksanakan[35].

Skala Projek Dikecilkan

[sunting | sunting sumber]

Selepas peralihan kepada kerajaan pimpinan Pakatan Harapan pasca Pilihan Raya Umum Ke-14, mereka bergiat untuk meneliti semula setiap projek yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini, termasuklah projek laluan ini. Setelah beberapa kajian menyeluruh, didapati projek laluan ini melalui beberapa penukaran reka bentuk seperti menukar platform stesen daripada platform sisi kepada platform pulau, pemanjangan setiap stesen dan depoh serta menggunakan kereta api enam gerabak berbanding empat gerabak sebelum ini hingga mengakibatkan peningkatan kos sebanyak RM22 bilion kepada RM31 bilion[39]. Menteri Kewangan pada masa itu, Lim Guan Eng, telah memutuskan bahawa hanya 22 buah tren tiga gerabak akan digunakan, selain pengecilan saiz kesemua stesen serta pembatalan terowong 2km dan enam stesen[5]. Walaupun kos projek laluan ini dikurangkan kepada hampir separuh daripada kos asal[39], tindakan tersebut membawa reaksi yang pelbagai daripada penduduk berdekatan jajaran laluan ini[5][40].

Selain pengurangan kos, sistem rakan pelaksana projek (PDP) telah digantikan kepada sistem kontrak harga tetap dan syarikat usaha sama sebelum ini masih kekal memegang kontrak utama projek laluan ini[41].

Kesulitan Sewaktu Fasa Pembinaan

[sunting | sunting sumber]

Selepas setahun projek laluan ini dihentikan sementara, kerja-kerja pembinaan disambung semula pada pertengahan tahun 2019 dengan sasaran tarikh siap pada 28 Februari 2024[41]. Pelan asal bagi akhir tahun 2020 ialah fasa pembinaan siap pada 40 peratus[42], namun Perintah Kawalan Pergerakan sekali lagi menangguhkan projek laluan ini. Kebenaran meneruskan projek laluan ini diberikan sebulan kemudian[43], tetapi pelbagai masalah lain turut timbul sepanjang pembinaan laluan ini seperti keruntuhan struktur sebuah jalan berdekatan kawasan pembinaan pada Julai[44], penahanan dana kontrak sebanyak RM700 juta pada Disember[45] dan keruntuhan perancah pada Julai 2021 yang mengakibatkan kematian seorang pekerja serta kecederaan empat yang lain[46].

Penamaan Rasmi dan Perkembangan Susulan

[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Jun 2021, tiga set kereta api telah tiba di negara bagi proses pemasangan di kilang stok pemasangan yang terletak di Batu Gajah, Perak[1]. Pada 5 Ogos, nama 'LRT Laluan Shah Alam' berserta nombor dan warna laluan telah diumumkan sebagai nama rasmi buat laluan ini oleh Rapid KL[47]. Pada September, George Kent Bhd bersetuju menjual 50 peratus saham (atau lima juta saham biasa)syarikat usaha sama projek laluan ini, iaitu MRCBGK Sdn Bhd kepada MRCB Bhd dengan tawaran harga RM53 juta. Hal ini bertujuan mengelakkan pendedahan kepada sebarang liabiliti pada masa akan datang[48]. Setahun kemudian, sekumpulan penduduk mengadakan demonstrasi menuntut bayaran tertunggak sebanyak RM25 juta daripada sebuah syarikat China yang memegang pakej GS05 and GS06 dalam projek laluan ini[49]. Pada Oktober 2022, kerjasama antara Prasarana dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijalin bagi membekalkan tenaga elektrik bervoltan tinggi ke tiga stesen suis utama laluan ini[50].

Pada Mei 2023, MRCB telah mencapai kata sepakat dengan SJK(T) Ladang Midlands berkenaan penggunaan padang sekolah tersebut sebagai tapak menyimpan peralatan pembinaan. Sebagai pampasan terhadap sekolah berkenaan, MRCB akan membaiki semula padang dan pagar yang dimusnahkan selepas tamat pembinaan serta menyumbangkan RM100,000 kepada pembangunan pelajar sekolah itu[51].

Pengembalian kepada Pelan Asal

[sunting | sunting sumber]

Pembentukan Kerajaan Perpaduan sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 membawa harapan baharu buat laluan ini. Semasa pembentangan Belanjawan Madani Kedua yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh, Dato' Seri Anwar Ibrahim, RM4.7 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf laluan ini, termasuk mengembalikan lima stesen yang dibatalkan sebelum ini. Stesen yang terlibat ialah Stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja, dan Bandar Botanik, di mana stesen-stesen tersebut akan melalui tempoh skop reka bentuk selama setahun dan dijangka bermula pembinaan pada suku keempat tahun 2025[6]. Peruntukan tambahan RM600 juta juga diumumkan untuk penyediaan perkhidmatan batuan pertama dan akhir laluan ini dengan perolehan 150 unit bas dan pembinaan tiga depoh bas[52].

Pada Julai 2024, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan bahawa projek laluan ini dijangka dibuka pada Ogos 2025[53] (pengumuman susulan ditangguhkan kepada 30 September 2025[3]), iaitu empat bulan lewat berbanding pelan asal Mac 2025 yang diumumkan pada Julai 2023[54]. Hal ini demikian kerana banyak kerja-kerja tertangguh semasa Pandemik COVID-19 sedang melanda[53].

Kelewatan pengoperasian dan pemulihan pembinaan stesen rizab

[sunting | sunting sumber]

Tarikh siap untuk keseluruhan laluan yang dirancang pada asalnya pada tahun 2024 seperti yang diumumkan pada tahun 2018 telah tertangguh melebihi dua tahun yang disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021 akibat pandemik COVID-19 serta pengujian dan pentauliahan operasi secara menyeluruh. Tangguhan yang pertama keseluruhan laluan diumumkan pada Julai 2023 di mana Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke menyatakan laluan ini akan dibuka pada 1 Mac 2025.[55]

Semasa pembentangan Bajet 2024 yang diadakan pada 13 Oktober 2023, Menteri Kewangan Malaysia, Anwar Ibrahim mengumumkan integrasi semula lima stesen yang telah jatuh ke status rizab (Tropicana, Temasya, Raja Muda, Bukit Raja Selatan, Bandar Botanik) untuk dibina bersama keseluruhan laluan dengan pengecualian satu-satunya stesen bawah tanah, iaitu Persiaran Hishamuddin, yang kekal dibatalkan.[56]

Pada Julai 2024, pembukaan operasi laluan telah ditangguhkan ke kuarter ketiga 2025.[57][58] Pada Februari 2025, pembukaan operasi laluan telah disahkan pada 30 September 2025, dengan kerja-kerja fizikal menghampiri kemajuan persiapan 98.16%. Pembinaan dijangkakan untuk disiapkan pada 31 Julai dan kemudiannya diserahkan kepada pihak Prasarana. Percubaan akan dijalankan dari pertengahan April sehingga akhir Jun 2025.[59][60][61] Jumlah kos keseluruhan projek telah ditetapkan pada RM21.93 bilion.[62] Pada Ogos 2025, pembukaan laluan telah ditangguhkan lagi untuk kali ke-empat iaitu dijangka pada hujung 2025, berikutan pengujian lanjutan yang perlu dijalankan seperti ujian fault-free run (FFR) di mana tren perlu dijalankan tanpa sebarang kerosakan dalam suatu set jarak yang ditetapkan, masih giat dijalankan.[63][64]

Penangguhan juga telah diumumkan secara tidak langsung oleh pihak Prasarana melalui catatan media sosial bahawa kesemua tren masih menjalankan aktiviti pengujian dan pentauliahan 24 jam sehingga 31 Oktober 2025,[65] disusuli memo dalaman oleh pihak Prasarana, di mana CEO mengharapkan pembukaan laluan pada Disember 2025.[66] Pada awal Disember, Loke telah mengumumkan secara rasminya bahawa terdapat beberapa "penangguhan kecil", namun beliau menegaskan bahawa beliau yakin bahawa laluan tersebut akan beroperasi menjelang 31 Disember 2025.[64] Walau bagaimanapun, laluan tersebut ditangguhkan sekali lagi ke 2026 disebabkan oleh gangguan perisian dalam sistem isyarat dan ketidakupayaan laluan untuk menyelesaikan ujian fault-free run (FFR) yang diperlukan.[67]

Pada Februari 2026, Loke telah mengesahkan bahawa Laluan Shah Alam akan memulakan operasi awam selewat-lewatnya pada Jun 2026. Walaupun Prasarana telah menetapkan garis masa konservatif untuk pembukaan operasi bulan Jun, Loke menyatakan keyakinan beliau bahawa laluan itu boleh siap seawal April 2026, namun pembukaan pada tarikh ini tidak tercapai.[68]

Pada 15 Jun 2026, Loke mengumumkan di Mesyuarat Agung Tahunan ke-62 Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia bahawa pengoperasian laluan dijangka bermula sebelum akhir bulan tersebut, dengan tarikh rasmi akan diumumkan dalam masa dua minggu, serta menyatakan operasi pengujian telah berjalan dengan lancar dan sistem laluan telah pun bersedia untuk perkhidmatan penumpang awam.[69] Pada 22 Jun 2026, Loke secara rasminya mengumumkan di cawangan baharu Jabatan Pengangkutan Jalan di Bandar Tasik Selatan bahawa LRT Laluan Shah Alam akan memulakan operasi perkhidmatan penumpang awam penuh pada hari Isnin, 29 Jun 2026, dengan majlis peluncuran akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad, 28 Jun 2026.[70]

Sekitar waktu majlis peluncuran laluan, ketua operasi Prasarana, Mohd Ariffin Idris serta Loke menyatakan bahawa stesen-stesen rizab sebelum itu akan mula dibina pada hujung tahun dan dijangka beroperasi pada tahun 2031.[7][71] Perdana Menteri Anwar juga memaklumkan bahawa tambang percuma (termasuk tren, bas pengantara, dan parkir) selama satu bulan sehingga 31 Julai 2026.[72] Pada 31 Julai 2026, Rapid KL mengumumkan kadar tambang percuma dilanjutkan sehingga 14 Ogos 2026.[73]

Titah Sultan Selangor Mengenai Projek LRT3

[sunting | sunting sumber]

Merujuk kepada kontroversi sosio-politik dan pengangkutan awam di Malaysia susulan kenyataan kritikan terbuka yang dizahirkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.[74][75][76] Teguran tersebut ditujukan khusus kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dan bekas pegawai khasnya, Tony Pua, semasa upacara perasmian pembukaan Laluan LRT Shah Alam (LRT3) pada Julai 2026.[74][75][76] Baginda mengkritik keputusan pentadbiran Kementerian Kewangan pada tahun 2018 yang mengecilkan skop, kapasiti, dan kos projek tersebut sehingga didakwa menjejaskan keselesaan jangka panjang pengguna.[74][75][76]

Projek LRT3 mula dilancarkan pada tahun 2015 di bawah pentadbiran Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak, bertujuan mengurangkan kesesakan trafik koridor barat Lembah Klang yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia, Klang.[74][75][76] Susulan peralihan kuasa Persekutuan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Mei 2018, Kementerian Kewangan di bawah pimpinan Lim Guan Eng telah menstrukturkan semula projek tersebut. Atas alasan langkah penjimatan fiskal dan mengurangkan beban hutang negara, kos asal projek bernilai RM31.65 bilion telah dikurangkan sebanyak 47 peratus kepada RM16.63 bilion.[74][75][76]Pengecilan kos ini melibatkan beberapa perubahan teknikal yang drastik, antaranya pengurangan jumlah set tren daripada 42 buah tren enam gerabak kepada 22 buah tren tiga gerabak, pengecilan saiz fizikal stesen, serta penggantungan pembinaan lima stesen utama di sepanjang laluan berkenaan.[74][75][76]

Pada istiadat perasmian pembukaan laluan LRT3 pada Julai 2026, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kekecewaan baginda secara terbuka terhadap tindakan Lim Guan Eng dan Tony Pua.[74][75][76] Baginda menyifatkan kedua-dua individu tersebut gagal memahami fungsi sebenar pengangkutan awam untuk masyarakat.[74][75][76] Dalam titah baginda, Sultan Selangor menegaskan bahawa LRT3 bukanlah sebuah projek "mega" untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya merupakan utiliti asas yang kritikal untuk mengurangkan beban harian penduduk Klang dan Shah Alam.[74][75][76]Baginda turut mengkritik tindakan mengurangkan bilangan gerabak dan mengecilkan saiz stesen yang menyebabkan kapasiti pengangkutan menjadi terhad, sekali gus mengurangkan keselesaan pengguna berbanding pelan reka bentuk asal.[74][75][76] Dalam titah yang sama, Baginda merakamkan penghargaan kepada Najib Razak kerana memulakan projek tersebut pada 2015, serta memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kemudiannya meluluskan peruntukan tambahan untuk mengembalikan semula pembinaan lima stesen yang digantung sebelum ini.[74][75][76]

Titah teguran Sultan Selangor itu menarik perhatian meluas media massa dan penganalisis politik tanah air.[74][75][76] Pemerhati politik menyifatkan teguran yang menamakan tokoh politik secara spesifik dalam majlis rasmi infrastruktur sebagai satu perkara yang jarang berlaku.[74][75][76] Pihak penyokong menyifatkan titah baginda sebagai pembelaan terhadap hak kebajikan pengangkutan rakyat Selangor.[74][75][76]

  1. 1 2 ‪Ehsan A Marisah‬ (21 Jun 2021). "Tren pertama LRT3 selamat tiba". ‪Astro Awani. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  2. 1 2 3 Rapid KL (2026-06-19). "Panjang Laluan Shah Alam". Instagram. Dicapai pada 2026-07-01.
  3. 1 2 3 Bernama (27 Februari 2025). "LRT3 dijadual mula beroperasi pada 30 September 2025". ‪Astro Awani. Dicapai pada 5 Mac 2025.
  4. ↑ Yunus, Arfa; Sallehuddin, Qistina (2026-06-28). "Anwar launches RM16.63bil LRT3 Shah Alam Line". TheStar.
  5. 1 2 3 ‪Nur Syamila Kamarul Arefin‬ (17 Julai 2018). "Penduduk tak setuju pembatalan 5 stesen LRT3". ‪Free Malaysia Today‬‬. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  6. 1 2 Shahrizal (28 Oktober 2024). "Stesen LRT yang terbatal bakal siap tahun 2028, kata Timbalan Menteri Pengangkutan" (dalam bahasa Inggeris). ‪Business Today. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  7. 1 2 "Five LRT3 stations back on track". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2026-06-28. Dicapai pada 2026-06-28.
  8. ↑ Rapid KL (2026-06-24). "Konsep Tanjak". Instagram. Dicapai pada 2026-07-01.
  9. ↑ Mohd Anwar Mohd Radzi (2026-07-01). "Stesen Dato' Menteri lain daripada yang lain". Threads. Dicapai pada 2026-07-01.
  10. ↑ Rapid KL (2026-06-25). "Kemudahan-kemudahan di Stesen". Instagram. Dicapai pada 2026-07-01.
  11. ↑ "Park N' Ride - Rapid KL". MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-09-13.
  12. ↑ Rapid KL (2026-06-19). "Kemudahan Park N' Ride Laluan Shah Alam". Instagram. Dicapai pada 2026-07-08.
  13. ↑ Rapid KL (2026-06-20). "Laluan Shah Alam mempunyai 2 stesen sambungan". Instagram. Dicapai pada 2026-09-13.
  14. 1 2 Pelan Induk Pengangkutan Awam Kuala Lumpur/Lembah Klang Raya (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. September 2011. m/s. 12, 14, 25, 26. Dicapai pada 15 Disember 2024.
  15. ↑ Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam 2020 (Laporan). Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam. 27 Mei 2010. m/s. 6-14 hingga 6-21. Dicapai pada 15 Disember 2024.
  16. 1 2 Sharidan M. Ali (2 Mei 2013). "Sebuah lagi projek pemanjangan LRT di Lembah Klang?" (dalam bahasa Inggeris). Star Property. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2013. Dicapai pada 15 Disember 2024.
  17. ↑ "Selangor cadang idea pemanjangan LRT ke Pelabuhan Klang‬" (dalam bahasa Inggeris). The Star. 28 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2013. Dicapai pada 15 Disember 2024.
  18. 1 2 Sharidan M. Ali (12 Mei 2014). "‪Kajian LRT RM9 billion ke Klang siap, sedang menunggu persetujuan sebelum memulakan pekerjaan" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 15 Disember 2024.
  19. ↑ "Prasarana puji pelan LRT3 dan MRT2 dalam Bajet 2015‬" (dalam bahasa Inggeris). MyRapid. 28 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2015. Dicapai pada 16 Disember 2024.
  20. ↑ Chan Quan Min (17 Julai 2014). "‪‪Jajaran LRT3 lebih 35km antara Petaling Jaya dan Klang dipersetujui‬" (dalam bahasa Inggeris). Kinibiz. Dicapai pada 15 Disember 2024.
  21. ↑ ‪Edward Rajendra (11 Ogos 2014). "‪‪Pembinaan LRT bakal merosakkan struktur, kata pengerusi dewan‬" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 17 Disember 2024.
  22. ↑ Edward Rajendra (24 Februari 2015). "‪‪Prasarana ingin mendengar pendapat pihak penting terhadap cadangan projek" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 16 Disember 2024.
  23. ↑ ‪Priya Menon (12 Mei 2015). "‪‪Cadangan LRT 3 dipamerkan bagi tujuan mengumpul pendapat awam‬" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 16 Disember 2024.
  24. ↑ "‪‪Peniaga ucap terima kasih kepada Najib atas cadangan jajaran projek LRT3". Berita Harian. 20 Mei 2015. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  25. ↑ ‪Vincent Tan‬ (18 Mei 2015). "Penduduk risau akan cadangan kedudukan stesen" (dalam bahasa Inggeris). ‪The Star‬. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  26. ↑ ‪Kathleen Michael‬ (9 Julai 2015). "Penduduk Klang tidak bersetuju jajaran LRT3 melalui kawasan perumahan mereka" (dalam bahasa Inggeris). ‪The Star‬. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  27. ↑ "Prasarana bersetuju untuk mengubah jajaran LRT3" (dalam bahasa Inggeris). ‪MalaysiaKini‬. 21 Oktober 2015. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  28. ↑ "Syarikat usaha sama ‬MRCB-George Kent memenangi kontrak pengurus projek LRT Laluan 3 ‬" (dalam bahasa Inggeris). PTLM. 4 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Disember 2015. Dicapai pada 16 Disember 2024.
  29. ↑ ‪Lidiana Rosli‬ (4 Mei 2016). "Prasarana mengumumkan 96 pemohon tender layak untuk projek LRT3" (dalam bahasa Inggeris). ‪New Straits Times‬. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  30. ↑ "Prasarana akan mengumumkan senarai tender pertama untuk kerja-kerja pembinaan LRT3" (dalam bahasa Inggeris). ‪‪The Borneo Post‬. 16 Jun 2016. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  31. ↑ ‪‪Elan Perumal (18 Januari 2016). "Berisiko untuk ditutup" (dalam bahasa Inggeris). ‪The Star‬. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  32. ↑ "LRT3 Transit Aliran Ringan Bandar Utama-Klang" (dalam bahasa Inggeris). Property Connection. 1 September 2016. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  33. ↑ Clarissa Chung (9 November 2016). "Semua aspek untuk LRT3 pada 2020 sudah bersedia" (dalam bahasa Inggeris). ‪The Star‬. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  34. ↑ ‪Ganeshwaran Kana (24 Disember 2016). "Sambutan kurang memberangsangkan terhadap tender stok gerabak LRT3" (dalam bahasa Inggeris). ‪The Star‬. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  35. 1 2 ‪M. Hafidz Mahpar (5 April 2017). "WCT dapat kontrak LRT3 bernilai RM189 juta" (dalam bahasa Inggeris). ‪The Star‬. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  36. ↑ "‪Konsortium China-Jerman-Malaysia Menang Pakej kenderaan rel ringan (LRV) RM1.56 bilion: Prasarana" (dalam bahasa Inggeris). Malaysian Digest. 2 Ogos 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2017. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  37. ↑ ‪Amir Hisyam Rasid‬ (2 Ogos 2017). "Prasarana akan beri baki kontrak LRT3 bernilai RM2.5 bilion kepada syarikat tempatan" (dalam bahasa Inggeris). ‪New Straits Times‬‬. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  38. ↑ ‪Hazril Hafiz‬ (12 Oktober 2017). "LRT3: Peta bagi jajaran Bandar Utama-Klang dipamer". ‪Paultan.org‬‬. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  39. 1 2 ‪Ranjit Singh‬ (23 Julai 2018). "Laporan: Penukaran reka bentuk yang berkala penyebab kenaikan kos LRT3 sebanyak RM22 bilion" (dalam bahasa Inggeris). ‪Malay Mail. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  40. ↑ "Malaysia: Reaksi pelbagai terhadap pembatalan enam stesen LRT3" (dalam bahasa Inggeris). ‪Nation Thailand‬. 15 Julai 2018. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  41. 1 2 ‪Mahanum Abdul Aziz‬ (22 Februari 2019). "Projek LRT3 dalam landasan siap 2024". ‪Berita Harian‬. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  42. ↑ ‪Justin Lim‬ (11 Februari 2020). "MRCB-George Kent sasar LRT3 siap 40% menjelang akhir tahun 2020" (dalam bahasa Inggeris). ‪The Edge Markets‬. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  43. ↑ ‪Shazni Ong‬ (29 April 2020). "Kebenaran diberikan buat pihak pemaju meneruskan projek mega" (dalam bahasa Inggeris). ‪The Malaysian Reserve. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  44. ↑ "Jalan Klang-Banting ditutup kerana hakisan dan pemendapan tanah" (dalam bahasa Inggeris). The Sun. 20 Julai 2020. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  45. ↑ "‬Kontraktor LRT3 berhutang RM700 juta dari Prasarana,‪ minta pertolongan PM" (dalam bahasa Inggeris). The Vibes. 31 Disember 2020. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  46. ↑ "Seorang maut manakala empat lagi cedera kecelakaan di kawasan pembinaan LRT3,‪ minta pertolongan PM‬" (dalam bahasa Inggeris). ‪New Straits Times. 29 Julai 2021. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  47. ↑ ‪Danny Tan‬ (5 Ogos 2021). "LRT3 kini ada nama, LRT Laluan Shah Alam" (dalam bahasa Inggeris). ‪Paultan.org‬. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  48. ↑ "George Kent terima tawaran tunai RM53 juta daripada MRCB bagi pegangan dalam usaha sama". ‪Astro Awani. 28 September 2021. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  49. ↑ "Subkontraktor, pembekal projek LRT3 buat demonstrasi tuntut bayaran tertunggak". ‪Berita Harian. 14 September 2022. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  50. ↑ "TNB, Prasarana meterai kerjasama strategik bagi pembekalan tenaga elektrik bervoltan tinggi LRT Laluan Shah Alam" (dalam bahasa Inggeris). ‪Selangor Journal. 2 Oktober 2022. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  51. ↑ ‪Azian Aziz‬ (25 Mei 2023). "PIBG, pihak pemaju LRT3 capai kata sepakat dalam isu menggunakan tapak sekolah" (dalam bahasa Inggeris). ‪Selangor Journal. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  52. ↑ ‪Muhaamad Hafis Nawawi‬ (13 Oktober 2023). "Naik taraf stesen LRT3 beri manfaat kepada 2 juta pengguna - Prasarana". ‪Harian Metro. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  53. 1 2 ‪Mohd Zaky Zainuddin‬ (29 Julai 2024). "Operasi LRT Laluan Shah Alam dijadual bermula Ogos tahun depan". ‪Berita Harian‬. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  54. ↑ ‪Nizam Zain‬ (4 Julai 2023). "LRT3 mula beroperasi 1 Mac 2025". ‪Malaysia Gazette‬‬. Dicapai pada 19 Disember 2024.
  55. ↑ "LRT3 TO START OPERATION IN MARCH 2025 - ANTHONY LOKE". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). 2023-04-07. Dicapai pada 2023-07-05.
  56. ↑ Abdul Rahman, Sharil (13 October 2023). "Budget 2024: 5 previously provisional stations along the LRT Shah Alam Line will be built". SoyaCincau (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 October 2023.
  57. ↑ Tan, Danny. "LRT3 Shah Alam Line to start operations in Q3 2025 – delay from March target, physical work 95% complete". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 July 2024.
  58. ↑ "LRT3 to begin taking passengers by 3Q next year, says Loke". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 July 2024.
  59. ↑ Mohamed Radhi, Nor Ain; Hakim, Luqman (27 Feb 2025). "LRT3 to begin operations on Sept 30". New Straits Times. Dicapai pada 27 Feb 2025.
  60. ↑ Gimino, Gerard; Tan, Tarrence; Jia Wen, Ho (27 Feb 2025). "LRT3 line to begin operations on Sept 30". The Star. Dicapai pada 27 Feb 2025.
  61. ↑ Azli Yusof (1 Mar 2025). "LRT3... bila beroperasi? Saya kongsikan jawaban Menteri". Facebook (Video). Dicapai pada 1 Mar 2025.
  62. ↑ "Billions saved as LRT3 nears completion". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 August 2025.
  63. ↑ Lim, Anthony. "LRT3 Shah Alam Line delay confirmed, project will only begin operations at the end of the year – Loke". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 August 2025.
  64. 1 2 Mahari, Hakim (26 August 2025). "LRT3 expected to begin operations by year end". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 August 2025.
  65. ↑ Lye, Gerard (4 August 2025). "LRT3 Shah Alam Line opening could be delayed until Oct 31 due to testing and commissioning activities - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 August 2025.
  66. ↑ "Prasarana racing to roll out Shah Alam LRT". The Star (dalam bahasa Inggeris). 26 August 2025. Dicapai pada 26 August 2025.
  67. ↑ Syafiqah Salim; Intan Farhana Zainul (5 December 2025). "LRT3 ops likely delayed again amid setbacks during testing, sources say". The Edge Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 December 2025.
  68. ↑ Lai, Allison (5 February 2026). "LRT3 Shah Alam Line expected to begin operations by June, says Loke". TheStar (dalam bahasa Inggeris).{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  69. ↑ Yusry, Muhammad (15 June 2026). "Anthony Loke: LRT3 launch date to be announced within the next two weeks". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris).{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  70. ↑ Lee, Benjamin (2026-06-22). "LRT3 Shah Alam Line to begin service on June 29". TheStar.
  71. ↑ "Seven more train sets to be procured for LRT Shah Alam Line, says Loke". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2026-06-28. Dicapai pada 2026-06-29.
  72. ↑ "LRT3 Shah Alam Line launched by PM – 20 stations open to public 6am tomorrow, free rides till July 31". Paulton.org (dalam bahasa Inggeris). 2026-06-28. Dicapai pada 2026-06-29.
  73. ↑ MyRapid KL (2026-07-31). "PERKHIDMATAN PERCUMA LALUAN SHAH ALAM DILANJUTKAN SEHINGGA 14 OGOS 2026". X (formerly Twitter). Dicapai pada 2026-07-31.
  74. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 "Selangor Sultan thanks Anwar and Najib for LRT3, hits out at Guan Eng and Tony Pua". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2026-07-01. Dicapai pada 2026-07-03.
  75. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Mail, Malay (2026-07-01). "Selangor Sultan credits Najib for LRT3, says project restored under Anwar, faults Lim Guan Eng over project cuts". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-07-03.
  76. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 YAKKUB, MOHD YUNUS (2026-07-01). "Jangan dakwa kejayaan LRT3 hasil usaha satu pihak - Sultan Selangor". Kosmo Digital. Dicapai pada 2026-07-03.