Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya
لالوان سوڠاي بولوه–سردڠ–ڤوتراجاي
 12 
Rapid KL
Platform 3 stesen Kwasa Damansara yang memaparkan ruang platform dan rel.
Platform 3 bagi laluan SSP di stesen Kwasa Damansara.
Umum
Nama asalMRT Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya
JenisAlihan laju
SistemKVMRT Laluan 2
StatusDalam pembinaan
LokasiLembah Klang
TerminalKwasa Damansara
Kampung Batu (fasa 1)
Putrajaya Sentral (fasa 2)
Stesen37[1]
Nombor aliran 12  (emas)
Laman sesawangmymrt.com.my/ms/
Operasi
Dirancang dibukaFasa 1:
Julai 2021; 2 tahun lagi (2021-07)
Kwasa DamansaraKampung Batu
Fasa 2:
Julai 2022; 3 tahun lagi (2022-07)
Kampung BatuPutrajaya Sentral
PemilikMRT Corp
Sistem pengaliranAutomatik dan tanpa pemandu
DepotDepot Sungai Buloh dan Depot Serdang
Stok kereta api49 set kereta api empat gerabak Hyundai Rotem[2]
Teknikal
Panjang aliran52.2 km (32.4 mi)
Bertingkat: 38.75 km (24.08 mi)
Bawah tanah: 13.5 km (8.4 mi)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
PengelektrikanRel ketiga, 750 VDC
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP) atau lebih dikenali sebagai MRT Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya dan MRT Laluan 2, akan menjadi laluan kereta api alihan laju ke-12 serta sistem kereta api automatik dan tanpa pemandu keempat di kawasan Lembah Klang, selepas laluan-laluan Kelana Jaya, Sungai Buloh–Kajang dan Bandar Utama–Klang, ia merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang. Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan ini ditunjukkan dengan warna emas berserta petunjuk bernombor  12 .

Laluan ini merupakan salah satu daripada dua laluan kereta api yang dirancang di bawah projek Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) oleh syarikat MRT Corp. Fasa pertama projek, di antara Kwasa Damansara sehingga Kampung Batu dijangka akan memulakan perkhidmatannya pada Julai 2021. Fasa yang selebihnya dijangka akan beroperasi pada tahun 2022.

Jajaran laluan rel adalah sepanjang 52.2 kilometre (32.4 mi), di mana 13.5 kilometre (8.4 mi) terletak di bawah tanah.[3] Sejumlah 37 buah stesen, 11 daripadanya adalah di bawah tanah akan dibina.[4] Laluan ini merentang dari Kwasa Damansara di daerah Petaling hingga Putrajaya dan akan melalui kawasan penduduk yang padat seperti Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC), Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kuala Lumpur MRT, Malaysia" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Global Mass Transit. Dicapai 12 Mac 2019. [arkib]
  2. ^ "KETIBAAN GERABAK PERTAMA TREN BAGI MRT LALUAN SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA". MRT Corp. Dicapai 12 Mac 2019. [arkib]
  3. ^ Hazril Hafiz (22 Jun 2018). "MRT jajaran Sg. Buloh-Serdang-Putrajaya diteruskan, dengan syarat kos pembinaan perlu dikurangkan". paultan.org. Dicapai 12 Mac 2019. [arkib]
  4. ^ Nurhayati Abllah; Suhael Adnan (11 Julai 2018). "MRT SSP kini 30 peratus siap". Berita Harian. Dicapai 12 Mac 2019. 
  5. ^ "Fokus siapkan laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya pula - PM". Bernama. 3 Ogos 2017 – melalui Berita Harian. [arkib]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]