Lambang Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Berikut ialah makna tanda-tanda dalam Lambang Negeri Melaka.

Coat of arms of Malacca.svg
  • Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia.
  • Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka, pada zaman dahulu.
  • Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.
  • Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya.
  • Dua ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelanduklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.
  • "BERSATU TEGUH" ialah cogan kata negeri.