Lampu pencahayaan siang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Proton Prevé dengan lampu pencahayaan siang jenis LED di bahagian bawah lampu kepala.

Lampu pencahayaan siang (DRL) merupakan peranti pencahayaan kenderaan di bahagian hadapan kenderaan bermotor, dipasang secara berpasangan, dihidupkan secara automatik apabila kenderaan bergerak ke hadapan, menghasilkan cahaya putih, kuning, atau jingga untuk membolehkan kenderaan lebih jelas kelihatan pada waktu siang.

Implementasi[sunting | sunting sumber]

Operaso voltan penuh lwn. voltan dikurangkan (DRL) bagi lampu kepala suluhan rendah pada kereta Volkswagen pasaran Eropah.

Bergantung kepada peraturan serta peralatan kenderaan, fungsi lampu pencahayaan siang mungkin boleh diimplementasikan dengan lampu khusus yang berfungsi, dengan mengendalikan lampu kepala suluhan rendah atau lampu kabus pada intensiti penuh atau dikurangkan, dengan mengendalikan lampu kepala suluhan tinggi pada intensiti dikurangkan, atau dengan pengendalian berterusan lampu isyarat membelok hadapan. Jika dibandingkan dengan mana-mana mod operasi lampu kepala untuk dijadikan sebagai lampu pencahayaan siang, DRL khusus yang berfungsi memaksimakan faedah berpotensi dari segi prestasi keselamatan serta mengurangkan penggunaan bahan api, silau, serta kelemahan lain yang berpotensi.[1]

DRL LED pada Audi R8

Untuk mencegah pemandu daripada menggunakan DRL semasa lampu kepala suluhan rendah diperlukan, sesetengah kawasan memerlukan lampu isyarat pada papan pemuka untuk dimatikan semasa DRL dihidupkan.[petikan diperlukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]