Pergi ke kandungan

Mazlan Senario

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Lan Pet Pet)
Mazlan Senario
سيناريو مازلان
Kelahiran
Mazlan bin Ahmad

(1969-05-20) 20 Mei 1969 (umur 56)
Nama lainMazlan, Lan Pet Pet
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara, pelawak, pembantu peguam
Tahun aktif1996–kini
Terkenal keranaKumpulan Senario
Karya
Filemografi
PasanganRubithah Abu Bakar @ Che Wan (k. 2008)
Anak-anak4
IbuAsma Abdullah
BapaAhmad Mahmood
SaudaraMahadzir Ahmad (saudara kandung)

Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mazlan Senario (lahir 20 Mei 1969) ialah seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan pelawak Malaysia. Beliau ialah anggota kumpulan Senario.

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang hiburan semenjak beliau menyertai program realiti lawak Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 di tahun 1994. Selepas berjaya menduduki tempat teratas dalam sayembara tersebut, beliau telah ditawarkan untuk menyertai sitkom pentas yang disiarkan di TV3, Senario. Tidak lama kemudian, Senario telah dijadikan sebuah kumpulan lawak. Mazlan dan anggota lain kemudian telah merakamkan album yang lirik lagu-lagunya berunsurkan nasihat.

Beliau memulakan kerjaya beliau dalam bidang perfileman pada tahun 1999 melalui filem Senario The Movie arahan Aziz M. Osman bersama rakan-rakan Senario yang lain sebagai diri beliau sendiri, watak Mazlan.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau telahpun mendirikan rumah tangga bersama Ruby Che Wan pada 20 Ogos 2008. Bersama isterinya, beliau telah ke Tanah Suci untuk menunaikan Haji pada tahun 2017, bertepatan dengan pada hari ulang tahun perkahwinannya.[1]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian

(ABPBH)

Tahun Kategori Keputusan
1998 Penghibur TV Popular Menang
1999 Penghibur TV Popular Menang
2000 Penghibur TV Popular Menang
Artis Duo / Berkumpulan Popular Menang
2001 Artis Duo/Berkumpulan Popular Menang
Artis Komedi Lelaki Popular Menang
2024 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36
(Artis Komedi Popular bersama Senario)
Menang
Anugerah Lawak Warna 2014
Tahun Kategori Keputusan
2014 Komedi Sepanjang Zaman Menang

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]