Lanchang
Lanchang ialah sebuah pekan kecil di Daerah Temerloh, Pahang, Malaysia, yang terletak 32 km (19.9 batu) dari pekan Temerloh dan mempunyai jumlah penduduk seramai 38,473 orang, dengan kepadatan 41,000 km2, berdasarkan keputusan banci Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020.
Lanchang mempunyai beberapa aktiviti pertanian dan banyak projek Felda iaitu ladang getah dan kelapa sawit. Aktiviti-aktiviti ini berkembang maju hari ini, kerana ia mempunyai kepadatan penduduk yang rendah, namun masih mempunyai banyak tanah yang tersedia untuk pertanian.
Perwakilan
[sunting | sunting sumber]Sejak pilihan raya umum ke-15 pada tahun 2022, (N31 Lanchang) telah diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang, YB Tuan Hassan Omar dari (PAS). Sebelum itu, Lanchang juga dikenali sebagai (N27 Lanchang) telah diwakili oleh (BN) selama 8 penggal, dipegang secara berturut-turut oleh V. V. Aboo (MIC) dari tahun 1986 hingga 1990, Bahari Yahaya (UMNO) dari tahun 1990 hingga 1999, dan bermula era Mohd Sharkar Shamsudin (UMNO) dari tahun 1999 hingga 2022 bertukar kepada (N31 Lanchang).[1][2]
Senarai Perkampungan
[sunting | sunting sumber]Kampung Melayu Tradisional
1. Kampung Sungai Kepong
2. Kampung Bongsu
3. Kampung Paya Siput
4. Kampung Rantau Panjang
5. Kampung Sementeh
6. Kampung Kenangan
7. Kampung Insaf
8. Kampung Indah
9. Kampung Nasai
10. Kampung Punjung
11. Kampung Dala
12. Kampung Jeragan
13. Kampung Kuala Kaung
14. Kampung Sempadan
15. Kampung Lanar
16. Kampung Mempateh
17. Kampung Tedung
18. Kampung Lubuk Kawah
19. Kampung Paya Laman
20. Kampung Teris
21. Kampung Jergoh
22. Kampung Chempaka
23. Kampung Bolok Hilir
24. Kampung Sokmik
25. Kampung Bolok Hulu
Taman Perumahan
26. Taman Desa Jaya Permai
27. Taman Desa Bongsu
28. Taman Setia
29. Taman Tengku Ampuan Afzan
30. Taman Lanchang Indah
31. Taman Dato Bahaman
32. Taman Lanchang Height
33. Taman Murni
34. Taman RTK Paya Laman
35. Taman Lanchang Permai
Penempatan Felda
36. Felda Bukit Damar
37. Felda Lakum
Kampung Orang Asli
38. Kampung Licin
39. Kampung Sungai Leleh
40. Kampung Bukit Ngeri
41. Kampung Bukit Gabang
42. Kampung Selimbar
43. Kampung Beh
44. Kampung Sungai Enggang
Kuarters Estet
45. Lanchang Estate
46. Sungai Kawang Estate
Kuarters Perumahan
47. Felcra Paya Laman
48. Perhilitan Bukit Rengit
49. Perhilitan Kuala Gandah
Tapak Kampung Bersejarah
50. Kampung Paya Besar (Kawasan Kampung Sungai Kepong)
51. Kampung Wan Peh (Kawasan Kampung Paya Siput)
52. Kampung Rewok (Kawasan Kampung Paya Siput)
53. Kampung Renting (Kawasan Kampung Rantau Panjang)
54. Kampung Seberang Linggam (Kawasan Kampung Rantau Panjang)
55. Kampung Putat Hulu (Kawasan Kampung Rantau Panjang)
56. Kampung Putat Hilir (Kawasan Kampung Rantau Panjang)
57. Kampung Lubuk Langkap (Kawasan Kampung Rantau Panjang)
58. Kampung Wau (Kawasan Kampung Rantau Panjang)
59. Kampung Lancang Kuning (Kawasan Kampung Orang Asli Licin)
60. Kampung Orang Asli Pandau (Kawasan Kampung Orang Asli Sungai Leleh)
61. Kampung Padang Lalang (Kawasan Kampung Indah)
62. Kampung Kuala Senut (Kawasan Kampung Dala)
63. Kampung Danau Perayun (Kawasan Kampung Dala)
64. Kampung Danau Jeragan (Kawasan Kampung Jeragan)
65. Kampung Padang Kambing (Kawasan Kampung Kuala Kaung)
66. Kampung Paluh (Kawasan Kampung Kuala Kaung)
67. Kampung Cukang Paku (Kawasan Kampung Kuala Kaung)
68. Kampung Teluk (Kawasan Kampung Kuala Kaung)
69. Kampung Lubuk Cawan (Kawasan Kampung Sempadan)
70. Kampung Lubuk Petai (Kawasan Kampung Sempadan)
71. Kampung Gong (Kawasan Kampung Sempadan)
72. Kampung Orang Asli Paya Kak (Kawasan Kampung Sempadan)
73. Kampung Pasir Bayam (Kawasan Kampung Sempadan)
74. Kampung Pongsun (Kawasan Cina Kampung Sempadan)
75. Kampung Baru (Nama Lama Kampung Sempadan)
76. Kampung Betong (Kawasan Kampung Mempateh)
77. Kampung Lubuk Terua (Kawasan Kampung Mempateh)
78. Kampung Senggarat (Kawasan Kampung Mempateh)
79. Kampung Padang Perkasa (Kawasan Kampung Mempateh)
80. Kampung Charok Dollah (Kawasan Kampung Mempateh)
81. Kampung Paya Kuala (Kawasan Kampung Mempateh)
82. Kampung Mempateh Tengah (Kawasan Kampung Mempateh)
83. Kampung Luar (Kawasan Kampung Lubuk Kawah)
84. Kampung Kuala Dai (Kawasan Kampung Lubuk Kawah)
85. Kampung Cheriau (Kawasan Kampung Paya Laman)
86. Kampung Tengah (Kawasan Kampung Teris)
87. Kampung Kuala Sokmik (Kawasan Kampung Teris)
88. Kampung Kemuning (Kawasan Kampung Teris)
89. Kampung Batu Tagar (Kawasan Kampung Chempaka)
90. Kampung Sendayan (Kawasan Kampung Chempaka)
91. Kampung Cherok Kelawar (Kawasan Kampung Chempaka)
92. Kampung Sangka Gajah (Kawasan Kampung Bolok Hilir)
93. Kampung Sungai Nangka (Kawasan Kampung Bolok Hilir)
94. Kampung Ulu Irong (Kawasan Kampung Bolok Hilir)
95. Kampung Orang Asli Gahun (Kawasan Kampung Bolok Hulu)
96. Kampung Juru (Kawasan Kampung Orang Asli Bukit Gabang)
97. Kampung Batu Asah (Kawasan Felda Bukit Damar)
98. Kampung Gong (Kawasan Felda Bukit Damar)
99. Kampung Orang Asli Tekal (Kawasan Hutan Simpan Kekal Lakum)
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Di Lanchang mempunyai perkampungan paling tua yang dapat dijejaki bernama Kampung Kemuning sejak sekitar tahun 1630 bersamaan 119 tahun lalu setelah penaklukan penjajah Portugis terhadap Kota Melaka pada tahun 1511 yang lampau. Kampung-kampung di Lanchang yang wujud hari ini hampir kesemuanya datang dari Kampung Kemuning tersebut yang mempunyai keluarga dari keturunan Tun Teh.
Sejarah nama lain bagi Lanchang ialah Semantan, yang dipercayai berasal daripada perkataan Seman Tahan iaitu seseorang dari Brunei yang tinggal menetap di salah satu anak sungai Sungai Pahang yang kini dikenali sebagai Sungai Semantan. Namanya Osman, dan dia mempunyai ilmu tentang alam dan mahir dalam seni mempertahankan diri. Disebabkan itu, dia dikenali sebagai Seman Tahan, kerana ketahanannya ketika berlawan, dan dia sangat terkenal di kalangan penduduk di sekitar sungai yang kemudiannya memanggilnya secara ringkas atau dikenali sebagai Semantan.
Kedatangan ramai penduduk ke kawasan Semantan telah menjadikan kawasan penempatan itu berkembang melangkaui kawasan Kuala Semantan, atau yang kini dikenali sebagai Temerloh, yang hanya merangkumi muara sungai, iaitu kawasan di sekitar pertemuan Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Oleh itu, penempatan ini telah berkembang pesat menjadi sebuah pekan kecil dan diberi nama baharu, Lanchang. Lanchang kini merupakan salah satu mukim atau zon yang ekonominya telah berkembang sejak pengenalan penanaman getah. Ia telah menjadi tanaman utama bersama padi menjelang tahun 1909.
Lanchang sangat terkenal di seluruh dunia kerana ia merupakan salah satu tempat kelahiran pejuang kemerdekaan yang berjuang menentang penjajahan asing yang dipimpin oleh Dato' Bahaman, atau lebih dikenali sebagai Orang Kaya Semantan yang berjuang pada masa lalu untuk menghalau Residen British yang telah bertapak dan ingin campur tangan dalam pentadbiran pemerintah dan urusan di Negeri Pahang atas dasar penjajahan dan imperialisme yang meluas pada abad ke-19, pada zaman itu penjajah British juga membina sebuah pos pemerhatian di kawasan Kampung Batu Tagar dan sebuah balai polis di kawasan Kampung Mempateh Tengah berdekatan dengan tebing sungai Semantan yang akhirnya diserang dan dibakar oleh Mat Kilau dan pengikutnya. Pada abad ke-20, terdapat juga seorang lagi yang dianggap sebagai pejuang revolusi nasionalis oleh masyarakat di Mukim Semantan atau Zon Lanchang pada awal abad ke-20, iaitu Abu Samah Mohd Kassim yang juga merupakan tokoh besar yang merupakan cicit kepada Dato' Bahaman yang turut mengikuti jejak langkah nenek moyangnya untuk mencapai kemerdekaan dengan menghalau penjajahan dari tanah air tercinta ini. Menurut sumber lisan daripada penduduk tempatan, dikatakan telah berlaku semasa kemuncak era komunis yang mana balai polis kedua yang dibina selepas balai polis pertama dibakar oleh Mat Kilau dan pengikutnya telah dibina semula dan terletak di kawasan Kampung Mempateh juga, tetapi di lokasi yang berbeza, tepatnya di sebuah perigi cina lama (juga dikenali sebagai perigi British) yang turut dibakar oleh sekumpulan komunis, dan akhirnya balai polis ketiga dibina di kawasan Kampung Insaf berhampiran Pekan Lanchang.
Jalan Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Laluan Tradisional
Pada era pra-kemerdekaan, penduduk di Lanchang sering menggunakan laluan sungai sebagai jalan utama. Disebelah hulu Sungai Semantan dikatakan bersambung dengan kawasan Bentong, manakala disebelah hilir Sungai Semantan pula dikatakan boleh mengalir terus ke kawasan Kuala Semantan (Temerloh), di mana Kuala Semantan sebagai hub menghubungkan diantara kawasan Hulu Sungai Pahang dan Hilir Sungai Pahang.
Laluan Moden
Lanchang dilayani oleh Lebuhraya Pantai Timur dan Laluan Persekutuan Malaysia 2 yang lebih lama, kedua-duanya menghubungkan bandar ini dengan Kuala Lumpur serta ibu negeri Kuantan. Lanchang juga mempunyai jalan alternatif ke beberapa daerah seperti laluan ke daerah Bentong, Raub, Maran, Bera dan Jerantut.
Perekonomian
[sunting | sunting sumber]Perekonomian Tradisional
Lanchang telah lama menjadi kawasan yang terkenal dengan penanaman padi serta penanaman tanaman kontan.
Perekonomian Moden
Lanchang hari ini telah berubah dari segi ekonomi, di mana penanaman padi telah digantikan dengan ladang kelapa sawit dan getah.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Sekolah Rendah
(Sekolah Kebangsaan)
1. Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang
2. Sekolah Kebangsaan Lanchang
3. Sekolah Kebangsaan Kuala Kaung
4. Sekolah Kebangsaan Lubuk Terua
5. Sekolah Kebangsaan Bolok
6. Sekolah Kebangsaan Bukit Damar
7. Sekolah Kebangsaan Lakum
(Sekolah Vernakular)
8. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lanchang
9. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Kawang
10. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Lanchang
Sekolah Menengah
(Sekolah Kebangsaan)
11. Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman
12. Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang
13. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Damar
Bukit, Lata, Danau & Gua
[sunting | sunting sumber]1. Bukit Woh (Kawasan Kampung Paya Siput)
2. Lata Woh (Kawasan Kampung Paya Siput)
3. Bukit Klompang (Kawasan Kampung Rantau Panjang)
4. Danau Licin (Kawasan Kampung Orang Asli Licin)
5. Danau Chermang (Kawasan Kampung Sementeh)
6. Danau Putus Nasai (Kawasan Kampung Insaf)
7. Bukit Punjung (Kawasan Kampung Punjung)
8. Bukit Che Timah (Kawasan Kampung Mempateh)
9. Bukit Bujei (Kawasan Kampung Lubuk Kawah)
10. Bukit Pulai (Kawasan Kampung Paya Laman)
11. Bukit Penangkap (Kawasan Kampung Teris)
12. Lata Nering (Kawasan Kampung Jergoh)
13. Gua Lalat (Kawasan Kampung Bolok Hilir)
14. Bukit Kalung Gantai (Kawasan Kampung Bolok Hilir)
15. Bukit Rengit (Kawasan Kampung Bolok Hulu)
16. Lata Tujuh (Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tengku Hassanal)
17. Bukit Selimbar (Kawasan Felda Bukit Damar)
18. Gua Tapah (Kawasan Hutan Simpan Kekal Krau)
19. Gunung Tapah (Kawasan Hutan Simpan Kekal Krau)
20. Bukit Jekas (Kawasan Hutan Simpan Kekal Krau)
21. Bukit Pot (Kawasan Hutan Simpan Kekal Krau)
Tarikan Pelancongan
[sunting | sunting sumber]Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah
Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah terletak di Kampung Orang Asli Sungai Enggang, di Kampung Bolok Hulu. Ini dianggap sebagai tarikan utama bandar ini.
Seperti namanya, ia merupakan tempat perlindungan gajah Asia (Elephas maximus), yang disenaraikan sebagai terancam, kerana menurut UNEP hanya terdapat kira-kira 1,000 ekor gajah Asia liar yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu. Fasa pembangunan pesat di Malaysia memberi kesan kepada gajah. Tanah dan hutan yang tidak digunakan menjadi komoditi yang sangat dicari. Apabila pembangunan pertanian menceroboh dengan pantas ke kawasan-kawasan ini, kawasan mencari makan semula jadi dan nenek moyang gajah semakin mengecil. Akibatnya, sebahagian daripada gajah ini mula mencari makan di kawasan ladang dan ladang baharu.
Satu usaha oleh Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara ialah penubuhan unit translokasi gajah pada tahun 1974 untuk mengesan, menangkap dan kemudian melepaskan gajah-gajah ini ke kawasan simpanan hutan yang lebih besar dan lebih selamat di seluruh Semenanjung.
Taman Tanah Rusa
Taman ini merupakan tempat perlindungan haiwan yang mempunyai kawasan yang dikhaskan untuk pelbagai jenis spesies rusa dan haiwan lain. Terdapat juga bahagian yang dikhaskan untuk herba.
Pusat Pemuliharaan Harimau Malaya
Pusat Pemuliharaan Harimau Malaya (MTCC), yang dibina di atas tanah seluas 80 hektar di Lanchang, merupakan satu-satunya pusat pemuliharaan harimau Malaya di negara ini.
MTCC mula beroperasi pada 1 Februari 2022, yang bertujuan untuk meningkatkan pembiakan harimau dan melepaskan haiwan tersebut sebelum ia dilepaskan ke habitat semula jadi mereka.
Kewujudan Pusat Pemuliharaan Harimau Malaya yang menelan belanja RM42.25 juta bertujuan untuk mengatasi masalah kepupusan spesies haiwan yang semakin kritikal.
Pusat Geografi Semenanjung Malaysia Monumen
Lanchang juga menempatkan pusat geografi Semenanjung Malaysia (3°29′33″N 102°13′10″T), yang terletak di Kampung Paya Siput (Batu 11). Monumen ini dibina berhampiran monumen yang dibina oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia untuk menandakan sifar darjah atau dengan kata lain, Titik Tengah Semenanjung Malaysia.
Tarikan lain
Tempat menarik lain di sekitar Lanchang termasuk Bukit Rengit, Lata Woh, Bukit Woh, dan Bukit Gahun.
Kemudahan Awam
[sunting | sunting sumber]1. Masjid (Kawasan Kampung Sungai Kepong, Kampung Bongsu, Kampung Rantau Panjang, Pekan Lanchang, Kampung Dala, Kampung Kuala Kaung, Kampung Sempadan, Kampung Mempateh, Kampung Tedung, Kampung Terus, Kampung Chempaka, Kampung Bolok Hilir, Felda Bukit Damar & Felda Lakum)
2. Klinik (Kawasan Pekan Lanchang, Kampung Jeragan, Kampung Bolok Hilir, Felda Bukit Damar & Felda Lakum)
3. Balai Polis (Kawasan Pekan Lanchang & Kampung Mempateh)
4. AGROBank (Kawasan Pekan Lanchang)
5. Mesin ATM di BHPetrol (Kawasan Pekan Lanchang)
6. Stesen Minyak BHPetrol (Kawasan Pekan Lanchang & Kawasan Felda Bukit Damar)
7. Pasaraya Mempaga Segar (Kawasan Pekan Lanchang)
8. Pasaraya 99 Speedmart (Kawasan Pekan Lanchang)
9. Pasaraya 118 Freshmart (Kawasan Pekan Lanchang)
10. Perhentian Bas (Kawasan Kampung Sungai Kepong, Kampung Bongsu, Kampung Paya Siput, Kampung Rantau Panjang, Pekan Lanchang, Kampung Punjung, Kampung Dala, Kampung Jeragan, Kampung Kuala Kaung, Kampung Sempadan, Kampung Mempateh, Kampung Chempaka, Felda Bukit Damar & Felda Lakum)
11. Dewan Serbaguna (Kawasan Pekan Lanchang, Kampung Chempaka, Kampung Bolok Hilir, Felda Bukit Damar & Felda Lakum)
12. Balairaya (Kawasan Kampung Sungai Kepong, Kampung Bongsu, Kampung Rantau Panjang, Kampung Sementeh, Kampung Kenangan, Kampung Dala, Kampung Sempadan, Kampung Mempateh, Kampung Tedung, Kampung Lubuk Kawah, Kampung Paya Laman & Kampung Teris)
13. Dataran Datuk Bahaman (Kawasan Pekan Lanchang)
14. Jambatan Gantung (Kawasan Kampung Dala)
15. Jambatan (Kawasan Kampung Mempateh)
16. Loji Rawatan Air (Kawasan Kampung Lanar)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ https://ms.wikipedia.org/wiki/Lanchang_(kawasan_negeri)
- ↑ https://www.pahang.gov.my/index.php/pages/view/666?mid=47
- ↑ https://eaduan.kpdn.gov.my/storage/SENARAI%20KOD%20DAERAH%20DAN%20MUKIM%2002012018.pdf
- ↑ http://virasem.blogspot.com/2011/04/senarai-nama-kampung-orang-asli.html
- ↑ https://ms.wikipedia.org/wiki/Dato%27_Bahaman
- ↑ https://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Samah_Mohd_Kassim
- ↑ https://www.mpt.gov.my/ms/pelawat/pendidikan/sekolah
- ↑ https://www.wildlife.gov.my/pusat-konservasi-gajah-kebangsaan-kuala-gandah/
- ↑ https://www.mpt.gov.my/en/visitors/places-interest/deerland-park
- ↑ https://www.wildlife.gov.my/negeri_list/pusat-konservasi-harimau-malaya/
- ↑ https://www.mpt.gov.my/en/node/1629