Landasan kereta api

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Landasan kereta api.

Landasan kereta api memandu kereta api tanpa memerlukan stering. Ia terdiri daripada dua batang rel keluli yang selari yang dipasang pada ranjang-ranjang landas yang terbenam pada Batu asas landasan. Rel-rel itu diikat pada ranjang landas melalui pancang rel, skru bebat, atau klip (seperti klip Pandrol).

Jenis pengikat yang digunakan bergantung sebahagiannya kepada jenis ranjang landas yang digunakan. Pancang digunakan pada ranjang landas kayu, manakala klip lebih digunakan untuk ranjang landas konkrit atau simen.

Biasanya, plat dasar (atau plat sambung, walaupun plat sambung juga merupakan palang yang digunakan untuk menyambung rel) digunakan di antara rel dan ranjang landas kayu untuk mengagih-agihkan beban rel pada kawasan ranjang landas yang lebih besar. Kekadangnya, pancang ditukul ke dalam plat dasar untuk memasang rel dengan kukuh, sedangkan pada masa yang lain, plat-plat dasar dipancang atau diskru pada ranjang landas, dan rel-rel tersebut kemudian diklipkan pada plat dasar.

Rel keluli berupaya membawa beban yang lebih berat, berbanding dengan bahan-bahan yang lain. Ranjang-ranjang landas mengagih-agihkan beban daripada rel ke atas tanah, dan juga bertindak untuk menetapkan rel-rel pada jarak (dipanggil tolok) yang tetap.

Landasan kereta api biasanya dipasang di atas dasar serpihan batu kasar yang dikenali sebagai balast. Balast menggabungkan ciri-ciri kebingkasan, dan setakat kelenturan, serta penyaliran yang baik. Rel keluli juga boleh dipasang pada papak konkrit (landasan papak). Untuk menyeberangi jambatan, landasan kereta api seringnya dipasang pada kayu-kayu rasuk bujur atau galang-galang keluli rasuk bujur.

Perincian tambahan mengenai landasan yang digunakan untuk operasi-operasi trem dan Sistem Transit Aliran Ringan, berbanding dengan landasan berat, boleh didapati di landasan trem.


Galeri gambar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]