Lang Buana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lang Buana
Lang buana 01.jpg
Pengarah Mamat Khalid
Penerbit Johari Amat
Lazizah Ahmad
Penulis Mamat Khalid
Dibintangi oleh Kumpulan Senario
Kuswadinata
Shamsul Ghau Ghau
Pengedar Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Mula ditayangkan
4 Disember 2003
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Rujukan Filemkita

Filem Senario Lang Buana yang dibintangi Kumpulan Senario mula ditayangkan pada 4 Disember 2003. Filem ini menggunakan lebih 2,000 pelakon tambahan yang terdiri daripada penduduk tempatan. Teknik CGI (imejan berkomputer) dapat dilihat pada tebuan tanah yang berterbangan, orang mati yang bergerak dan kepala terapung-apung dengan membabitkan kos kira-kira RM200,000. Filem ini hanya satu-satunya filem yang tidak menampilkan Yassin Senario. Walau bagaimana pun, filem ini menampilkan bekas anggota Senario, iaitu Shamsul Ghau Ghau, di mana sebelum ini beliau pernah berlakon dalam filem Senario The Movie.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini membawa penonton ke era zaman lampau iaitu sebelum abad ke-19 tetapi kisah yang dipaparkan berkaitan dengan masyarakat Malaysia hari ini. Ia mengisahkan tiga orang pemuda - Gunung, Daik dan Bercabang - yang melarikan diri daripada menjadi hamba abdi kepada Orang Kaya Seri Bentan. Mereka bertiga berhenti di sebuah kota bernama Lang Buana di pinggir sebuah sungai. Setibanya di kota itu, mereka disambut meriah kerana disangka putera raja yang dapat menyelamatkan kota itu daripada serangan Sang Nira. Terperangkap oleh keadaan, ketiga-tiga pemuda berkenaan terpaksa menyamar menjadi putera raja dan merangka taktik peperangan bagi memperkuatkan benteng pertahanan Lang Buana.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. Azlee Jaafar (Bercabang)
  2. Wahid (Daik)
  3. Mazlan Pet Pet (Kiambang)
  4. Saiful Apek (Gunung)
  5. Kuswadinata (Datuk Merewang)
  6. Shamsul Ghau Ghau (Orang Kaya Seri Bentan)
  7. Tengku Sariwani (Kesuma)
  8. Adza Tutyrianti (Cik Pah)
  9. Tan Sue Len (Xin Xin)
  10. Loloq (Tauke Wong Pak Eu)
  11. S. Amin Shahab (Diponingrat Pemanahan Berapoeke Kiyemau)
  12. M. Rajoli
  13. Hasnul Rahmat

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Filem terakhir dimana Saiful Apek tampil sebagai anggota Senario. selepas filem ini dia bergerak solo dan dalam filem berikutnya Senario Xx dia dan Yassin membuat kemunculan semula tetapi bukan sebagai ahli kumpulan senario
  • Azlee mempunyai 2 watak dia sebagai bercabang dan baginda Sultan.
  • Filem ini bukan sekadar lawak jenaka seperti filem senario sebelumnya. ianya lebih pada kritikan Masyarakat melayu yang berpecah akibat faktor taksub politik dan kepentingan masing-masing. Juga mengangkat faktor terlalu tamak pada kuasa dan ingin mengukuhkan pengaruh sampai ada pembesar yang mendapatkan bantuan kuasa asing yang bakal merugikan bangsa sendiri.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
    1. Anugerah Khas Juri 1 - Poster terbaik
    2. Anugerah Khas Juri 2 - Filem yang berunsur kesetianegaraan dan perpaduan kaum