Langgar lari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Contoh insiden langgar lari,Chicago, 2018. Perlanggaran berlaku pada detik 0:28.

Dalam undang-undang jalan raya, langgar lari ialah perbuatan menyebabkan perlanggaran lalu lintas dan tidak berhenti selepas itu. Ia dianggap sebagai jenayah tambahan dalam kebanyakan bidang kuasa.

Kewajipan tambahan[sunting | sunting sumber]

Dalam banyak bidang kuasa, mungkin terdapat kewajipan tambahan untuk bertukar maklumat tentang tanggungjawab kewangan seseorang (termasuk mana-mana insurans yang berkenaan) atau untuk memanggil perkhidmatan kecemasan jika diperlukan. Terdapat juga keperluan untuk meninggalkan nota yang mengandungi maklumat yang berkaitan jika pemilik hartanah tidak hadir.[perlu rujukan]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Undang-undang langgar lari adalah antara undang-undang jalan raya yang terawal digubal selepas penciptaan kenderaan bermotor; ini timbul daripada kesukaran yang dihadapi mangsa perlanggaran lalu lintas pada zaman-zaman awal dalam mengenal pasti pelaku dan membawa mereka ke muka pengadilan. Selain daripada keupayaan jelas sebuah kereta untuk melarikan diri dari tempat kejadian dengan cepat (jika masih boleh dipandu), jalan raya yang tidak berturap boleh jadi berdebu, dan kenderaan pada masa itu tidak mempunyai plat lesen, dan dengan itu pemandu memakai cermin mata besar dan habuk yang secara berkesan menjadikan mereka tidak dapat dikecam.[1]

Hukuman lazim[sunting | sunting sumber]

Hukuman lazim langgar lari termasuktermasuk penggantungan atau pembatalan lesen memandu; pembatalan seumur hidup lesen memandu adalah mungkin dalam bidang kuasa tertentu. Ia sering dianggap sebagai kesalahan jenayah, yang boleh dihukum dengan denda dan hukuman penjara. Syarikat insurans sering menaikkan kos insurans atau membatalkan polisi pemandu yang terlibat dalam kesalahan ini.

Percubaan dalam memahami keadaan mental pemandu langgar lari bermula sejurus selepas kesalahan itu dikodkan, dalam kertas bertajuk "The Feebleminded Motorist" (1942) [2] dan telah diterokai semula dalam artikel bertajuk "The Psychology of Hit and Run" (2008).[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Edward C. Fisher, Vehicle Traffic Law (Evanston, IL: Traffic Institute, Northwestern University, 1961): 289.
  2. ^ Selling, Lowell S. (May 1942). "The Feebleminded Motorist". The American Journal of Psychiatry. 98 (6): 834–838. doi:10.1176/ajp.98.6.834.
  3. ^ Dalby, J. Thomas; Nesca, Marc (September 2008). "The Psychology of Hit and Run". Law Enforcement Executive Forum. 8 (5): 51–56. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2013. Dicapai pada 28 April 2010.