Langshan Australia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Langshan Australia
Sepasang bantam Langshan Australia
Status pemuliharaanBiasa
Nama lainLangshan Moden Australia
Negara asalAustralia
Kegunaantelur, hiasan
Ciri-ciri
BeratJantan: 3.2 kg
 Betina: 2.7 kg
Warna kulitputih
Warna telurperang
Jenis balungtunggal/sisir
Klasifikasi
Ayam
Gallus gallus domesticus

Langshan Australia adalah satu baka ayam daripada Australia yang diterbitkan dari Croad Langshan dan diterima oleh Standard Unggas Australia sebagai satu baka yang diakui. Meskipun Langshan Australia tidak begitu dikenali di luar Australia akan tetapi ia adalah satu baka yang popular. Baka ini boleh didapati dalam kedua-dua saiz bantam dan standard.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Langshan Australia mempunyai ciri-ciri tubuh bertubuh kecil, postur tegak, kaki panjang, balung sisir merah bersaiz pertengahan, dan bulur berwarna hitam, biru atau putih. Secara idealnya, kuku luar pada setiap kaki seharusnya berbulu. Ayam hitam mesti memiliki bulu hitam berkilat dengan kilauan hijau, sementara ayam biru mesti berbulu kelabu-biru, walaubagaimanapun ayam jantan kadang kala mempunyai warna biru gelap pada ekor atau di belakang leher. Langshan Australia putih mempunyai seluruh bulu berwarna putih.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Langshan Australia mula dibiakkan pada awal kurun ke-20 melalui pembiakkan terpilih ke atas Croad Langshan, Orpington, Langshan China Wakfer dan Langshan Moden. Tidak banyak diketahui akan sejarah baka ini, tetapi menjelang tahun 1950 ia adalah satu baka popular di banyak kawasan Australia. Baka ini telah diterima oleh Standard Unggas Australia pada tahun 1998 apabila Standard Unggas Australia Edisi Pertama diterbitkan. Versi bantam dibiakkan tidak lama selepas saiz standard dibiakkan oleh para penternak di New South Wales dengan menggunakan stok kecil dari Langshan Australia saiz standard.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-20. Dicapai pada 2021-07-04. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "ph" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Poultry breeds of Australia