Lapan Prinsip Yong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aksara 永, yǒng, "selama-lamanya", "abadi"
Turutan lejang yang dianimasikan (left)
dan dalam peningkatan warna dari hitam ke merah (right)
Lejang yang dinomborkan
Tempat terdapat berbilang nombor di dalam satu kawasan, lejang-lejang
bertindih sekejap dan bersambung dari nombor sebelumnya ke seterusnya.
The eight strokes
Lejang-lejang bersama dan berpisah
Nombor turutan dan arah lejang berwarna merah
Lapan Prinsip Yong
Bahasa Cina: 永字八法

Lapan prinsip Yong (Bahasa Cina: 永字八法pinyin: Yǒngzì Bā Fǎ; Jepun: 永字八法/えいじはっぽう, eiji happō; Korea: 영자팔법, Yeongjapalbeop; Vietnam: Vĩnh Tự Bát Pháp/Tám Phương Pháp viết Chữ Vĩnh) menjelaskan cara menulis lapan lejang yang lazim dalam skrip regular yang kesemuanya dijumpai dalam satu aksara, (pinyin: yǒng, "selama-lamanya", "abadi"). Dipercayai secara tradisi bahawa latihan yang kerap terhadap prinsip-prinsip ini bagi ahli kaligfrafi permulaan dapat memastikan kecantikan penulisan seseorang.

Lapan Prinsip itu dipengaruhi oleh Tujuh Kuasa terdahulu (七勢) oleh Lady Wei Shuo (衛鑠) dari Jin Timur. Penerbitan terhadap Lapan Prinsip termasuklah:

  • Pujian terhadap Lapan Prinsip "Yong" (永字八法頌) oleh Liu Zongyuan (柳宗元) dari Dinasti Tang.
  • Penjelasan terhadap Lapan Prinsip "Yong" (永字八法解) oleh Li Puguang (李溥光) dari Dinasti Yuan. Lǐ memberikan nama metafora dua aksara.

Jadual penggunaan nama[sunting | sunting sumber]

Senarai prinsip-prinsip Yǒngzì (mengikut turutan lejang)
Lejang Nama[perlu rujukan]
(pinyin, trad./simp.)
Nama lejang CJK Nama oleh Lǐ Gambaran tambahan
1 , (/) "Sisi" Diǎn, (/) "Titik" Guài Shí, (怪石) "Batu aneh" Dash kecil, titik.
2 , () "Kekang" Héng, () "Melintang" Yù Àn, (玉案) "Meja jed" Lejang ke kanan.
3 , (), "Busur silang";

, () "Usaha"
Shù, ( "Tegak";

Tiěchǔ, (鐵杵/铁杵) "Tongkat besi"[perlu rujukan]
Tiězhù, (鐵柱/铁柱) "Tiang besi" Lejang ke bawah.
4 , () "Lompat" Gōu, () "Cangkuk" Xièzhuǎ, (蟹爪) "Sepit ketam" Ditambahkan kepada lejang lain, hanya ke bawah atau ke kiri dengan tiba-tiba.
5 , () "Cemeti" , () "Naik";

Tiāo, () "Angkat"[perlu rujukan]
Hǔyá, (虎牙) "Taring harimau" Kibas ke atas dan ke kanan.
6 Lüè, () "Lalu dengan perlahan" Wān, (/) "Bengkok, lengkung" Xījiǎo, (犀角) "Tanduk badak sumbu" Lengkung kurus yang runcing, biasanya mengcekung kiri (mencembung ke luar kanan) dan dengan laju seolah-olah menyiring.
7 Zhuó, () "Patuk" Piě, () "Lempar, condong";

Duǎn Piě (短撇) "Condong yang pendek"[perlu rujukan]
Niǎo Zhuó, (鳥啄)/(鸟啄) "Patukan burung" Jatuh ke kiri (dengan lengkung yang kecil).
8 Zhé, () "Kerat" , () "Tekan dengan kuat";

, () "Ombak"[perlu rujukan]
Jīndāo, (金刀) "Dao (parang) emas" Jatuh ke kanan (membuncit di bawah), tempat titik hujungnya "tajam seperti parang" (dengan itu dinamakan "Kerat").

Note: Xié 斜 kadang kala ditambah kepada lejang 永. Ia adalah cekung Shù jatuh ke kanan, selalunya diakhiri dengan Gōu, yang dapat dilihat pada imej ini.

Lejang-lejang CJK[sunting | sunting sumber]

Di samping lapan lejang yang lazim dalam 永 ini, terdapat juga sekurang-kurangnya dua dozen lejang gabungan yang terlibat dalam komposisi lejang CJK dan menerusi pemasukan aksara CJK itu sendiri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]