Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Malacca International Airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
马六甲国际机场
மெலகா சர்வதேச விமான நிலையம்
New Malacca Airport.jpg
NewMKZplan.JPG
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
Hak milikKhazanah Nasional
PengendaliMalaysia Airports
DestinasiBandaraya Melaka, Melaka, Malaysia
LokasiBatu Berendam, Melaka, Malaysia
Zon masaMST (UTC+08:00)
Ketinggian AMSL40 kaki / 12 m
Koordinat02°15′47″N 102°15′09″E / 2.26306°N 102.25250°E / 2.26306; 102.25250Koordinat: 02°15′47″N 102°15′09″E / 2.26306°N 102.25250°E / 2.26306; 102.25250
Peta
MKZ yang terletak di Semenanjung Malaysia
MKZ
MKZ
Lokasi Lapangan Terbang di Batu Berendam, Melaka, Malaysia
MKZ yang terletak di Malaysia
MKZ
MKZ
MKZ (Malaysia)
MKZ yang terletak di Asia Tenggara
MKZ
MKZ
MKZ (Asia Tenggara)
MKZ yang terletak di Asia
MKZ
MKZ
MKZ (Asia)
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
03/21 2,135 7,005 Asfalt
Statistik (2020)
Penumpang29,424 ( 78.3%)
Pengangkutan udara (tan)
Pergerakan Pesawat37,998 ( 27.0%)
Rujukan: laman sesawang rasmi[1]
Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) Malaysia[2]

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (IATA: MKZ, ICAO: WMKM) (dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Batu Berendam) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di Batu Berendam, Melaka, Malaysia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka terletak pada kedudukan Latitud N02* 15.7760', Longitud E102* 15.1417' pada ketinggian 10.67 meter dari aras laut.

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka merupakan satu lapangan terbang kecil yang kini hanya boleh diguna oleh pesawat jenis turboprop. Lapangan terbang ini terletak di Batu Berendam iaitu kira-kira 8 km dari pusat bandaraya di Melaka. LTAM mula beroperasi semula pada akhir tahun 2009 setelah kerja-kerja kerja-kerja penambahan panjang landasan daripada 1,300 meter kepada 2,135 meter dengan kos keseluruhan berjumlah RM131.5 juta dijalankan.

Lapangan terbang ini kini telah berusia lebih 51 tahun. Ciri-ciri sejarahnya tercipta dengan keberangkatan pulang Tuanku Abdul Rahman dari London yang membawa pulang perkhabaran baik untuk Malaysia iaitu tarikh kemerdekaan Malaysia yang pertama iaitu 31 Ogos 1957.

Dengan kepesatan Melaka khasnya dan Malaysia amnya, kini lapangan terbang bersejarah ini sedang melalui pengubahsuaian menyeluruh. Projek pengubahsuaian bermula pada 16 April 2007. Kerja-kerja menaiktaraf lapangan terbang ini telah diperlakukan dan dijangka siap pada tahun 2009. Setelah siap sepenuhnya nanti lapangan terbang ini akan menerima pendaratan pesawat jenis Boeing 737 dan Airbus 320.

Projek pengubahsuaian sedang rancak dijalankan oleh kontraktor bumiputera yang menerajui sebagai kontraktor utama iaitu syarikat UNI-Integrated Sdn Bhd, Melaka. Projek ini diawasi oleh syarikat KLIACs iaitu anak syarikat KLIA. Lapangan terbang ini akan dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Lapangan Terbang Batu Berendam dalam proses hampir siap naiktarafnya. Jika siap kelak penerbangan terus dari Melaka ke Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu. Selain itu projek landasan berkembar elektrik dari Tampin ke Melaka yang dicadangkan turut melalui lapangan terbang ini.

Majlis minihandover lapangan terbang ini dijangka dilakukan pada pertengahan Mei 2009. Iaitu diantara syarikat UNI-Integrated kepada KLIACs, dan KLIACs pula kepada MAB. Selepas ini lapangan terbang Batu Berendam akan dikenali sebagai 'LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA MELAKA' (Melaka International Airport-MIA).

Dalam pada itu, projek Pemanjangan Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Fasa II telah dilakukan. Jarak pemanjangan ini bermula dari 1,800 meter sedia ada sekarang hingga ke 2,315 meter.

Terminal Baharu[sunting | sunting sumber]

Pembinaan terminal baru dimulakan pada 1 April 2006. Landasan itu dinaik taraf daripada 1,372 m × 37 m (4,501 ka × 121 ka), ke 2,045 m × 45 m (6,709 ka × 148 ka) dan kini 2,135 m × 45 m (7,005 ka × 148 ka), membenarkan pesawat Boeing 737 dan Airbus A320 berlepas. Kompleks terminal telah digantikan dengan terminal yang baharu 7,000 m2 (75,000 ka2) dilengkapi dengan kemudahan bertaraf antarabangsa. menara kawalan telah diganti dan dilengkapi dengan peranti aeronautik canggih. Kedua-dua hujung landasan kini mengandungi kemudahan untuk memandu pendaratan malam dan lebih menjamin keselamatan dalam keadaan cuaca buruk.

Pada Mei 2009, terminal baharu itu dibuka secara rasmi. Terminal baharu itu boleh mengendalikan 1.5 juta penumpang setiap tahun berbanding 30,000 terminal lama. Lapangan terbang itu telah dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Februari 2010. Dalam lawatannya, beliau secara rasmi menukar nama lapangan terbang itu Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

Layout Terminal[sunting | sunting sumber]

Lapangan terbang Antarabangsa Melaka mempunyai terminal satu tingkat, dengan susunan 'terus melalui'. Penumpang domestik boleh berjalan terus ke pengambilan bagasi. Penumpang antarabangsa diarahkan melalui Imigresen sebelum mengambil bagasi penumpang dan melengkapkan formaliti Kastam.

dan Tiada jambatan udara (Aerobridge), yang tersedia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.[3]

Syarikat Penerbangan dan destinasi[sunting | sunting sumber]

PenerbanganDestinasi
AirAsia Pulau Pinang [4]
Batik Air Malaysia Pekanbaru, Pulau Pinang [5][6][7]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan Pengangkutan hantar jemput yang secara langsung, hanya dijalankan oleh Perkhidmatan Teksi, untuk Penumpang, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.[8]

Teksi[sunting | sunting sumber]

khusus untuk Teksi bermeter ia tidak tersedia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, dan kupon teksi dapat dibeli dari kaunter di hadapan Pintu Ketibaan, di sebelah Pintu 4.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

http://www.beritasemasa.com.my/lapangan-terbang-antarabangsa-melaka-ltam Diarkibkan 2016-04-06 di Wayback Machine
  1. ^ Malacca International Airport at Malaysia Airports Holdings Berhad
  2. ^ WMKM – MALACCA at Department of Civil Aviation Malaysia
  3. ^ https://economytraveller.com/malacca-airport-melaka-a-quick-look/
  4. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mahu-buka-semula-laluan-penerbangan-domestik-antarabangsa-di-ltam-123237
  5. ^ Lim, Davy (31 Mei 2022). "Malaysia's Malacca International Airport Resumes Operations In June With Batik Air Flights To Penang". smartaviation-apac.com. Dicapai pada 19 Jun 2022.
  6. ^ "Melaka airport to resume operations in June with flights to Penang via Batik Air". New Strait Times (Malaysia). 27 Mei 2022. Dicapai pada 19 Jun 2022.
  7. ^ "Melaka Airport to reopen in June with flights to Penang via Batik Air". Malay Mail (Malaysia). 27 Mei 2022. Dicapai pada 19 Jun 2022.
  8. ^ https://economytraveller.com/malacca-airport-melaka-a-quick-look/
  9. ^ https://economytraveller.com/malacca-airport-melaka-a-quick-look/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]