Pergi ke kandungan

Lapangan Terbang Antarabangsa Salgado Filho

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lapangan Terbang Antarabangsa Salgado Filho

Aeroporto Internacional Salgado Filho
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
LokasiPorto Alegre, Brazil
Ketinggian AMSL3.35 m / 11 kaki
Koordinat29°59′40″S 51°10′17″W / 29.99444°S 51.17139°W / -29.99444; -51.17139
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
11/29 2,280 7,481 Asfalt

Lapangan Terbang Antarabangsa Salgado Filho (IATA: POAICAO: SBPA) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Porto Alegre, Brazil.

Lapangan Terbang Antarabangsa Salgado Filho terletak pada kedudukan latitud S29* 59.6333', longitud W51* 10.2667' pada ketinggian 3.35 meter dari aras laut..


Syarikat penerbangan TAM dan syarikat penerbangan Gol Transportes Aéreos di Salgado Filho
Daftar masuk.

Lapangan Terbang Antarabangsa Salgado Filho (IATA: POAICAO: SBPA) merupakan lapangan terbang di Porto Alegre, Brazil. Ia dinamakan sempena Senator dan Menteri Tentera Udara Brazil pertama Joaquim Pedro Salgado Filho (1888–1950), yang terbunuh pada 20 Jun 1950 dalam satu kejadian dengan kapal terbang yang berlepas dari Porto Alegre.

Pada 2011 lapangan terbang ini dinilai ke- 8th dari segi mengangkut penumpang, dan yang ke- 10th dari segi operi kapal terbang di Brazil, meletakkannya antara lapangan terbang peling sibuk di Brazil.[1] It is operated by Infraero.

Salgado Filho pada asalnya dikenali sebagai Lapangan terbang São João, sempena bandar di mana ia terletak. Pada permulaannya ia merupakan kelab penerbangan, di mana penerbangan pertama mendarat pada 31 May 1923.

Pada tahun 1932, Varig mula menggunakan lapangan terbang São João sebagai pengkalan operasinya bang menggantikan kemudahan kapal terbangnya yang bertukar dari kapal terbang laut kepada kapal terbang darat. Bagaimanapun, hanya pada tahun 1940 terminal penumpangnya dirasmikan.[2]

Pada 12 Oktober 1951, lapangan terbang São João dinamakan semula sebagai Lapangan terbang Salgado Filho, sempena Senator dan Menteri yang meninggal setahun lali dalam kemalangan membabitkan kapal terbang SAVAG - Sociedade Anônima Viação Aérea Gaúcha yang berlepas dari Porto Alegre.

Pada tahun 1953 terminal lama dimasukkan sebagai kemudahan penyelenggaraan bagi Varig dan terminal penumpang yang baru dibuka.[3] Terminal baru ini dikenali sebagai Terminal Penumpang 2. Ia mengalami pengubahsuaian utama dan pembesaran antara tahun 1969 dan 1971 tetapi masih tidak mampu menangani peningkatan trafik, mendorong kepada satu lagi kemudahan baru dibina. Ia dinamakan Terminal Penumpang 1 dan dirasmikan pada 11 September 2001. Terminal 2 digunakan oleh penerbangan umum dan perkhidmatan barangan.

Bagaimanapun, bagi menangani peningkatan trafik penumpang di lapangan terbang tersebut, pada 8 September 2010 keputusan dilakukan bagi mengubahsuai Terminal 2 dan kembali menggunakannya sebagai kegunaan penumpang.[4] Ia mula beroperasi pada 4 Disember 2010.[5]

Luas keseluruhan Lapangan terbang Salgado Filho adalah sekitar 3,805,810.04 m² dengan 142,750 m² kawasan tanjakan. Terminal 1 seluas 37,600 m² dan 16 pintu dengan laluanjet jetway. Terminal 2 seluas 15,540 m². Di hadapan terminal 1 terdapat tempat meletak kereta dengan 1,440 tempat. Terminal 1 merupakan kemudahan pertama di Amerika Latin dengan kompleks membeli belah.

Satu dari dua pusat Penyelenggaraan dan Kejuruteraan TAP di Brazil terletak di Lapangan terbang Antarabangsa Salgado Filho.


  1. ^ "Estatísticas" (dalam bahasa Portuguese). Infraero. Dicapai pada February 20, 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Beting, Gianfranco; Beting, Joelmir (2009). Varig: Eterna Pioneira (dalam bahasa Portuguese). Porto Alegre and São Paulo: EDIPUCRS and Beting Books. m/s. 35. ISBN 978-85-7430-901-9.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Beting, Gianfranco; Beting, Joelmir (2009). Varig: Eterna Pioneira (dalam bahasa Portuguese). Porto Alegre and São Paulo: EDIPUCRS and Beting Books. m/s. 66. ISBN 978-85-7430-901-9.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Reformulação do antigo terminal do Aeroporto Salgado Filho é antecipada" (dalam bahasa Portuguese). Zero Hora. September 8, 2010. Dicapai pada September 15, 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Andrade, Artur Luiz (December 1, 2010). "Webjet utiliza terminal 2 do Salgado Filho (RS)" (dalam bahasa Portuguese). Panrotas. Dicapai pada December 1, 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]