Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا سناي Lapangan Terbang Sultan Ismail لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا إسماعيل | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | |||||||||||
![]() | |||||||||||
Rumusan | |||||||||||
Jenis lapangan terbang | Awam | ||||||||||
Hak milik | Kerajaan Malaysia | ||||||||||
Pengendali | Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd | ||||||||||
Destinasi | Kulai, Johor, Malaysia | ||||||||||
Lokasi | Senai | ||||||||||
Ketinggian AMSL | 135 kaki / 41 m | ||||||||||
Koordinat | 01°38′28″N 103°40′10″E / 1.64111°N 103.66944°E | ||||||||||
Laman sesawang | http://www.senaiairport.com/ | ||||||||||
Peta | |||||||||||
Landasan | |||||||||||
| |||||||||||
Statistik (2016) | |||||||||||
| |||||||||||
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (IATA: JHB, ICAO: WMKJ) ataupun Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail ialah sebuah lapangan terbang terbaru terletak di Senai, Daerah Kulai, Johor, Malaysia. Ianya berhampiran dengan Johor Bahru. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di negeri Johor dan dapat memberi perkhidmatan, khususnya kepada penduduk-penduduk selatan Johor. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga merupakan lapangan terbang kelima tersibuk di Malaysia.
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga merupakan salah satu hub AirAsia. Kini, lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai Sdn Bhd, operator lapangan terbang pertama yang bebas di Malaysia selepas pemisahannya daripada Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad pada tahun 2003.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Lapangan terbang ini pada asalnya dibuka pada tahun 1974 dan memberi perkhidmatan khususnya kepada penduduk Johor dan selatan Johor. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai digunakan sebagai hab bagi AirAsia.
Sekarang, lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Sdn.Bhd (Senai Airport Terminal Services), selepas mengambil alih operasi lapangan terbang daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 2003.
Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai[sunting | sunting sumber]
Pada hari ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai masih sudah menjadi status sebagai lapangan terbang antarabangsa. Dengan projek pembangunan Johor Selatan iaituIskandar Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berpeluang untuk menjadi salah satu hab pengangkutan yang utama di Malaysia dan mampu untuk menaik taraf lapangan terbang ini sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Terletak secara strategiknya di Iskandar Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan menjadi salah satu hab penerbangan utama di Malaysia pada masa akan datang. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bercadang untuk meningkatkan pelaburan sebanyak RM 1 bilion selepas beberapa tahun lagi untuk menaik taraf pesawat di lapangan terbang dan kemudahan kargo seperti pusat kargo yang baru dan meningkatkan ruang bagi perniagaan runcit lapangan terbang.
Senai Airport City ataupun Bandar Logistik Lapangan Terbang Senai merupakan pembangunan yang dijalankan berdekatan dengan lapangan terbang ini. Senai Airport City ataupun dikenali sebagai Aeropolis yang memerlukan berbilion riggit akan ditapakkan bersebelahan dengan Bangunan Terminal Utama yang mempunyai keluasan sebanyak 1,133 hektar dan akan menyediakan tiga buah komponen iaitu pusat perdagangan lapangan terbang, pusat logistik penerbangan kargo dan Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Senai (Senai High Technology Industrial Park). Komponen pertama akan merangkumi 323 hektar manakala kedua-dua komponen yang lain merangkumi luas sebanyak 405 hektar bagi setiap komponen.
Pada 26 Mei 2008, Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang atau Senai Airport Terminal Services akan membina satu pusat membeli-belah yang dikenali sebagai Aero Mall yang memerlukan sebanyak MYR 70 juta. Aero Mall ini dibuka secara rasmi pada Julai 2010. Aero Mall merupakan pusat membeli-belah yang pertama di Malaysia yang terletak di dalam terminal lapangan terbang.
Penerbangan dan destinasi[sunting | sunting sumber]
Pengangkutan Penumpang[sunting | sunting sumber]
Pengangkutan Kargo[sunting | sunting sumber]
Penerbangan | Destinasi | Terminal |
---|---|---|
MAS Kargo | Kuala Lumpur, Tokyo-Narita | |
Qatar Airways | Doha | |
Transmile Air Services | Kuala Lumpur |
Pengangkutan[sunting | sunting sumber]
Bas[sunting | sunting sumber]
Perkhidmatan bas ke kawasan-kawasan utama seperti pusat bandar raya, JB Sentral dan Larkin Sentral juga disediakan.
Perkhidmatan | Destinasi | Nota | |
---|---|---|---|
Causeway Link Trunk Services | |||
Airport Shuttle[31] | Kotaraya | – | |
333[32] | Larkin Bus & Taxi Terminal | – | |
Sky Shuttle[33] | Malaysia CIQ Complex | For AirAsia's customer only | |
Maju Bus Trunk Services | |||
207 | Larkin Bus & Taxi Terminal | – | |
GML Line Bus Trunk Services | |||
G1 | Larkin Bus & Taxi Terminal | – |
Teksi[sunting | sunting sumber]
Perkhidmatan teksi turut disediakan di lapangan terbang ini. Perkhidmatan teksi ini dapat menyediakan untuk ke destinasi di sekitar metropolitan Johor Bahru seperti pusat bandar raya, Bandar Senai, Skudai, Pusat Bandar Kulaijaya, JB Sentral, Nusajaya dan sebagainya.
Tren[sunting | sunting sumber]
Buat masa sekarang, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai tidak mempunyai jaringan dan perkhidmatan kereta api untuk ke pusat bandar raya Johor Bahru. Terletak secara strategiknya di Iskandar Malaysia, iaitu Zon Ekonomi Utama E: Senai-Skudai, Iskandar Malaysia akan merancang sebuah tren untuk ke pusat bandar yang dikenali sebagai Shuttle Express, yang serupa dengan KLIA Ekspres tetapi pada skala yang kecil. Tren ini akan menghubungkan Lapangan Terabang Antarabangsa Senai ke Bangunan Sultan Iskandar@JB Sentral melalui Skudai dan Larkin Sentral. Di bawah perancangan masa hadapan, satu laluan KTM baru dan stesen kereta api yang baru akan berempat di lapangan terbang ini untuk meningkatkan lagi pengangkutan ke lapangan terbang.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Maklumat lapangan terbang mengenai WMKJ di Data Aero Dunia. Sumber: DAFIF.
- ^ Maklumat lapangan terbang mengenai JHB di Great Circle Mapper. Sumber: DAFIF.
- ^ https://www.theedgemarkets.com/article/airasia-start-jbalor-setar-jbipoh-flights-oct-1
- ^ https://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/280535/airasia-increases-johor-bahru-bangkok-flights-from-oct-2018/
- ^ https://www.airasia.com/my/ms/press-releases/airasia-adds-new-route-from-johor-bahru-guangzhou.page
- ^ https://www.traveldailymedia.com/airasia-adds-international-routes-from-johor/
- ^ https://www.feedme.com.my/airasia-launches-ipoh-johor-bahru-route-more-connections-to-perak-soon/
- ^ https://www.johornow.com/english/airasia-jb-jakarta-direct-flight-january-2017/
- ^ https://www.breakingtravelnews.com/news/article/btn20060105115924331/
- ^ https://explorasa.my/2014/03/pengalaman-pertama-menaiki-airasia-dari-kl-ke-johor-bahru/
- ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2019/04/475744/airasia-adds-437-extra-flights-hari-raya
- ^ https://www.senaiairport.com/corporate/media/airport-announcements/airasia-resume-johor-bahru-%E2%80%93-tawau-connectivity
- ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2019/04/475744/airasia-adds-437-extra-flights-hari-raya
- ^ https://www.breakingtravelnews.com/news/article/btn20060105115924331/
- ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2019/04/475744/airasia-adds-437-extra-flights-hari-raya
- ^ https://www.senaiairport.com/corporate/media/airport-announcements/airasia-resume-johor-bahru-%E2%80%93-tawau-connectivity
- ^ https://www.fireflyz.com.my/firefly-opens-kota-bharu-johor-bahru-connections
- ^ https://www.fireflyz.com.my/firefly-johor-bahru-today-live-entertainment-senai-airport
- ^ https://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/285931/indonesia-airasia-expands-malaysia-network-in-4q19/
- ^ https://travel.detik.com/travel-news/d-2067254/airasia-buka-rute-baru-surabaya-johor-bahru
- ^ https://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/275323/jin-air-expands-malaysia-service-in-1q18/
- ^ https://web.archive.org/web/20160906230331/http://www.malaysiaairlines.com/content/dam/malaysia-airlines/mas/PDF/bookandplan/timetable/MH%20August%202016.pdf
- ^ https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-airlines-starts-hajj-charter
- ^ https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-airlines-starts-hajj-charter
- ^ https://www.malindoair.com/news-events/2019/04/03/MALINDO-AIR-COMMENCES-FIRST-FLIGHT-FROM-JOHOR-BAHRU-TO-GUANGZHOU-CHINA
- ^ https://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/279358/malindo-air-schedules-additional-charter-routes-to-china-in-july-2018/
- ^ https://www.anna.aero/2014/10/22/malindo-air-adds-two-new-routes-from-ipoh/
- ^ https://www.anna.aero/2016/05/17/malindo-air-jets-off-johor-bahru/
- ^ https://www.webintravel.com/malindo-air-takes-battle-domestic-skies-subang-firefly-unfazed/
- ^ https://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/276686/thai-airasia-adds-bangkok-johor-bahru-from-feb-2018/
- ^ "Malaysia online express bus ticketing in Johor Bahru and Singapore|causewaylink express". Causewaylink.com.my. Dicapai pada 2012-07-26.
- ^ "Malaysia online express bus ticketing in Johor Bahru and Singapore|causewaylink express". Causewaylink.com.my. Dicapai pada 2012-07-26.
- ^ "Malaysia online express bus ticketing in Johor Bahru and Singapore|causewaylink express". Causewaylink.com.my. Dicapai pada 2012-07-26.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai |