Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lapangan Terbangan Antarabangsa Wuhan Tianhe

武汉天河国际机场
WUH-panorama.jpg
Rumusan
LokasiWuhan, China
Ketinggian AMSL34.14M m / 112.00787401574803 kaki
KoordinatLatitud N30* 47.1000', Bujur E114* 12.6000'


Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe (IATA: WUH, ICAO: ZHHH) adalah lapangan terbang di Wuhan, ibu kota wilayah Hubei, Republik Rakyat China. Ia dibuka pada 15 April 1995, menggantikan Lapangan Terbang Hankou Wangjiadun dan Lapangan Terbang Nanhu yang lama sebagai lapangan terbang utama Wuhan.[1] Lapangan terbang ini terletak di Daerah Huangpi di pinggir bandar Wuhan, sekitar 26 km (16 mi) di sebelah utara pusat bandar Wuhan.

Sejak 2019, penumpang dari 53 negara seperti negara EU, Jepun, Korea Selatan, Rusia, AS, ketika transit ke negara ketiga, boleh memasuki China dari lapangan terbang ini tanpa visa China sehingga 144 jam.[2][3]

Sejak 23 Januari 2020, lapangan terbang telah ditutup sebagai tindak balas terhadap penyebaran COVID-19.[4] Ini adalah sebahagian daripada kuarantin Hubei 2020, dalam tindak balas terhadap pandemik tersebut. Lapangan terbang dibuka semula pada 8 April 2020 berikutan pembasmian kuman berskala besar.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "1995年4月15日武汉天河机场投入营运" (dalam bahasa Inggeris). 荆楚网. 17 April 2008. Dicapai pada 30 Jun 2011.
  2. ^ "2019年1月1日起武汉将实施外国人144小时过境免签" (dalam bahasa Cina). Hubei Daily. Dicapai pada 23 Februari 2019.
  3. ^ "厦门青岛武汉成都昆明五个城市将实施外国人144小时过境免签政策" (dalam bahasa Cina). Pentadbiran Imigresen Kebangsaan China. Dicapai pada 23 Februari 2019.
  4. ^ Fifield, Anna (22 Januari 2020). "City at center of coronavirus outbreak suspends travel to contain spreading illness". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Januari 2020.
  5. ^ "Wuhan airport geared up for reopening on April 8" (dalam bahasa Inggeris). China Daily. Dicapai pada 6 April 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]