Pergi ke kandungan

Lapangan Terbang Layang-Layang

Koordinat: 7°22′20″U 113°50′30″T / 7.37222°U 113.84167°T / 7.37222; 113.84167
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lapangan Terbang Layang-Layang
Swallow Reef Airport
Maklumat umum
JenisDwi-penggunaan
PengendaliKementerian Pertahanan Malaysia
LokasiPulau Layang-Layang, Sabah, Malaysia
Koordinat7°22′20″U 113°50′30″T / 7.37222°U 113.84167°T / 7.37222; 113.84167
Ciri-ciri
Ketinggian AMSL3 m / 10 ka
Landasan terbang
Arah Panjang Permukaan
meter kaki
1,367 4,485 Konkrit
Peta
Map
LAC yang terletak di Malaysia Timur
LAC
LAC
LAC yang terletak di Malaysia
LAC
LAC
LAC (Malaysia)
LAC yang terletak di Laut China Selatan
LAC
LAC
LAC (Laut China Selatan)
LAC yang terletak di Asia Tenggara
LAC
LAC
LAC (Asia Tenggara)
LAC yang terletak di Asia
LAC
LAC
LAC (Asia)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lapangan Terbang Layang-Layang merupakan satu-satunya lapangan terbang jenis STOL yang terletak di Pulau Layang-Layang, dalam Gugusan Semarang Peninjau di Laut Cina Selatan. Ia terletak kira-kira 300 km ke utara Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Lapangan terbang ini menjadi stesen kawalan Tentera Laut Diraja Malaysia dimana sini Stesen Lima terletak. Disini juga terdapat resort penyelam bertaraf 3 bintang yang dilengkapi dengan fasiliti kajian marin, singkatan MARSAL (Marine Research Station Pulau Layang-Layang).[1]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Struktur asal lapangan terbang berukuran panjang 1,064 meter, tetapi kini telah dipanjangkan kepada 1,367 meter selepas kerja-kerja pembesaran lapangan siap pada tahun 2003. Lapangan terbang ini dibina antara tahun 1991 hingga 1995 dibiyai oleh Kerajaan Malaysia sebagai suatu rangka pelan lanjutan industri pelancongan Malaysia. Kini lapangan terbang ini dibawah seliaan Malaysia walaupun terdapat pertikaian pemilikan wilayah-wilayah Kepulauan Spratly.[2]

Lapangan terbang ini dikategorikan sebagai dwi-penggunaan iaitu untuk tujuan pertahanan dan lapangan terbang awam. Asalnya Layang Layang Aerospace dioperasikan dengan penggunaan pesawat Nomad N22C dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Tentera Udara Diraja Malaysia pula mengoperasikan pesawat C130 Hercules dan pesawat peninjau maritim CN-235 dari Lapangan Terbang Labuan.[3]

Syarikat Penerbangan dan destinasi

[sunting | sunting sumber]

Penumpang

[sunting | sunting sumber]

Nota: Untuk masa kini tiada Destinasi Berjadual yang beroperasi.

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Layang-Layang dilengkapi landasan penerbangan, 2 lot parkir pesawat, stesen radar, pusat kawalan trafik udara dan menara peninjau. Landasan diperbuat dari konkrit dengan panjang 1367 m dan 28 m lebar.[4] Nombor pengklasifasian landasan adalah 032RBXU, menunjukkan landasan adalah sederhana kukuh pembuatannya terhadap pengolahan maksimum tekanan tayar pesawat.[5][6]

Lapangan terbang ini adalah dwiguna, berkhidmat untuk kedua-dua pesawat tentera dan awam. Layang Layang Aerospace mengendalikan pesawat Nomad N22C ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Tentera Udara Diraja Malaysia mengendalikan pesawat pengangkut C130 Hercules dan pesawat peronda maritim CN-235 ke dan dari Lapangan Terbang Labuan.[7]

Penerbangan Terkini

[sunting | sunting sumber]

Pada masa ini MASwings mengendalikan penerbangan sewa bermusim ke lapangan terbang semasa musim kemarau menggunakan ATR72-500.[8][9]

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

untuk masa kini Perkhidmatan yang menyediakan Hantar Jemput Penumpang, Lapangan Terbang Pulau Layang-Layang, ialah Teksi milik Persendirian (milik Pihak Penginapan).

  1. ^ See Pulau Layang-Layang for more information.
  2. ^ See Swallow Reef for more information.
  3. ^ See Swallow Reef for more information.
  4. ^ "Konflikdanmiliter". Dicapai pada 15 March 2015.
  5. ^ "AirportsWorldwide". Dicapai pada 15 March 2015.
  6. ^ See Swallow Reef for more information.
  7. ^ name=article
  8. ^ name=article
  9. ^ "How to get to Layang-Layang".