Pergi ke kandungan

Lapangan Terbang Ramon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lapangan Terbang Ramon
مطار رامون
Maklumat umum
Dinamakan sempenaIlan Ramon (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
JenisAwam
PengendaliIsrael Airports Authority
BerkhidmatEilat, Israel
LokasiDaerah Selatan, Israel
Koordinat29°44′N 35°00′E / 29.73°N 35°E / 29.73; 35
Tapak sesawangiaa.gov.il
Sejarah
Dibuka21 Januari 2019
Ciri-ciri
Status penggunaanBeroperasi Sunting nilai ini di Wikidata
Landasan terbang
Arah Panjang Permukaan
meter kaki
01/19 3,600 11,811 Asfalt
Peta
Map
ETM yang terletak di Israel
ETM
ETM
Kedudukan di Israel
Catatan kaki
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lapangan Terbang Ramon (Bahasa Ibrani: נמל התעופה רמון, Arab: مطار رامون) (IATA: ETM, ICAO: LLER), dinamakan sempena Ilan dan Asaf Ramon[1] dan secara tidak rasmi juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Eilat-Ramon ialah sebuah lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Lembah Timna di selatan Israel. Lapangan Terbang Ramon ialah lapangan terbang kedua terbesar di Israel (selepas Lapangan Terbang Ben Gurion) dan telah menggantikan Lapangan Terbang Eilat dan Lapangan Terbang Ovda bagi kegunaan awam. Ia juga berfungsi sebagai lapangan terbang utama di Israel.

Lapangan terbang ini dinamakan sebagai kenangan terhadap angkasawan Israel pertama, Ilan Ramon yang maut dalam bencana kapal angkasa Columbia, dan anaknya Assaf Ramon yang meninggal dunia enam tahun kemudian ketika jet pejuang F-16-nya terhempas dalam kemalangan ketika sesi latihan.[2][3][4]

Lapangan Terbang Eilat didirikan pada 1949, ketika kebanyakan kawasan Eilat adalah kosong. Ketika bandar itu berkembang, sebahagian besarnya dibina di sekitar lapangan terbang ini. Dalam perjanjian damai antara Israel dengan Jordan, diputuskan bahawa operasi akan dipindahkan dari Lapangan Terbang Eilat ke Lapangan Terbang Aqaba. Rancangan asal ialah menamakan semula Lapangan Terbang Aqaba sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Keamanan Aqaba-Eilat.[5] Sungguhpun begitu, perjanjian itu tidak pernah dilaksanakan, dan kesepakatan antara kedua-dua negara pada Mac 1997 menetapkan bahawa penerbangan domestik akan terus menggunakan Lapangan Terbang Eilat, sementara tidak ada tindakan lebih lanjut untuk memindahkan penerbangan antarabangsa.[6]

Pada Mei 2021, Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan kumpulan ketenteraan Palestin, Hamas melancarkan peluru berpandu Ayyash 250 ke Lapangan Terbang Ramon, dan pengeboman itu berlaku beberapa jam selepas pihak berkuasa Israel memutuskan untuk menutup Lapangan Terbang Ben Gurion dan mengalihkan penerbangan ke lapangan terbang ini berikutan serangan berterusan peluru berpandu oleh pasukan Palestin ke arah Tel Aviv.[7]

  1. ^ a b "Eilat/Ilan & Assaf Ramon International Airport – Declaration and General Information". Israel Airports Authority. 9 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-10. Dicapai pada 27 Ogos 2016.
  2. ^ "Timna Airport to be Named After Ilan and Assaf Ramon". Ynet (dalam bahasa Ibrani). 18 Julai 2010. Dicapai pada 9 April 2012.
  3. ^ Timna Airport, Israel deot. Transport, dicapai pada 28/04/2012
  4. ^ Boudreaux, Richard (14 September 2009). "Israel pilot Assaf Ramon, astronaut's son, dies in F-16 crash". Los Angeles Times. Dicapai pada 1 April 2015.
  5. ^ Ben Hussein, Mohammad (July 8, 1999). "Jordan, Israel Agree to Construction of Aqaba-Eilat Airport". Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2007. Dicapai pada April 9, 2012.
  6. ^ "Eilat to Maintain Internal Flight Service". Israel Business Today. 15 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2012. Dicapai pada 9 April 2012.
  7. ^ "بعد ساعات من نقل الرحلات إليه.. القسام تقصف مطار رامون وشركات طيران دولية تلغي رحلاتها لإسرائيل". Al Jazeera (dalam bahasa Arab). 13 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2021.