Lapisan Payar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lapisan Payar merupakan satu lapisan batu pasir berusia Kambria yang membentuk Kepulauan Payar di Kedah, Malaysia.

Asal-usul Nama[sunting | sunting sumber]

Nama Lapisan Payar diambil bersempena nama Kepulauan Payar yang terdiri daripada Pulau Payar, Pulau Kaca dan Pulau Lembu dan mula digunapakai oleh Che Aziz Ali et.al (1991)[1].

Usia dan Korelasi[sunting | sunting sumber]

Jones (1978) meletakkan batuan ini sebagai Formasi Machinchang yang berusia Kambria berdasarkan ciri batuan kuartzit berfelspar yang serupa[2].

Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia (1973) menandakan batuan ini sebagai Formasi Mahang dan Formasi Semanggol yang masing-masing berusia Silur hingga Ordovisi dan Trias[3].

Che Aziz Ali et.al (1991) mengandaikan batuan Lapisan Payar sebagai berusia Kambria walaupun tiada fosil ditemui kerana ciri batuan adalah mirip dengan batu pasir Formasi Machinchang dan ahli kuartzit Formasi Jerai[4].

Che Aziz Ali et.al (1991) meletakkan batuan ini bukan sebahagian Formasi Machinchang atau Formasi Jerai, tetapi penghubung antara kedua-duanya[5].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Che Aziz Ali, Syed S. Almashoor dan Uyop Said, Kepulauan Payar: Kedudukannya dalam turus stratigrafi baratlaut Semenanjung Malaysia, Geological Society Malaysia Bulletin 29, 1991
  2. ^ Jones, C.R., Geology and mineral resources of Perlis, North Kedah and the Langkawi Islands, Memoir 17, Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia, 1978
  3. ^ Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia, Peta kajibumi Malaysia skala 1:50,000, 1973)
  4. ^ Che Aziz Ali, Syed S. Almashoor dan Uyop Said, Kepulauan Payar: Kedudukannya dalam turus stratigrafi baratlaut Semenanjung Malaysia, Geological Society Malaysia Bulletin 29, 1991
  5. ^ Che Aziz Ali, Syed S. Almashoor dan Uyop Said, Kepulauan Payar: Kedudukannya dalam turus stratigrafi baratlaut Semenanjung Malaysia, Geological Society Malaysia Bulletin 29, 1991