Laporan akhir PSC 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Laporan akhir PSC 2012 dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, Datuk Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, di Dewan Rakyat pada 3 April 2012. Laporan akhir PSC setebal 79 muka surat, meliputi 22 syor penambahbaikan proses pilihan raya. Laporan ini diluluskan tanpa dibahaskan selepas dipulau oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat apabila Speaker Dewan Rakyat menolak usul menerima laporan minoriti.

Jawatankuasa PSC telah menjalankan tugas selama 6 bulan , lebih 200 cadangan dan idea baik dari pihak awam. PSC dianggotai oleh 9 anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang, telah bersetuju dengan 18 syor dan 4 syor lagi telah dipersetujui ssecara undian belah bagi.

22 syor[sunting | sunting sumber]

  1. Rakyat Malaysia di luar negara boleh mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos
  2. Pengundi luar kawasan
  3. T arikh pembubaran Parlimen
  4. Kerajaan sementara
  5. Penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran
  6. Akses media yang bebas dan saksama
  7. Pembersihan daftar pemilih yang berterusan
  8. Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar
  9. Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya
  10. Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya.
  11. Memperkasakan kedudukan SPR
  12. Penstrukturan dan pengukuhan SPR
  13. Pengasingan fungsi utama SPR
  14. Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak
  15. Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang
  16. Peruntukan dana kepada parti politik dan sistem pilihan raya.

Empat syor yang perlu melalui undian belah :

  1. Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media
  2. Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun
  3. Memanjangkan tempoh berkempen
  4. Kajian ke arah pendaftaran secara automatik.[1]

Syor minoriti PSC ditolak[sunting | sunting sumber]

Pada 3 April 2012,pada hari yang sama, Speaker Dewan Rakyat telah menolak 'Syor minoriti PSC' .


Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mendapati syor yang disenaraikan PSC adalah positif dan langkah yang betul tetapi tiada syor-syor komprehensif lagi menyeluruh bagi merealisasikan pilihan raya yang adil dan bebas. PSC gagal menangani daftar pemilih. SPR juga didapati menolak 6 daripada 10 syor awal oleh PSC. PSC telah menetapkan tempoh tiga bulan bagi sekurang-kurangnya tiga daripada 22 syor tetapi PSC telah gagal untuk menetapkan tempoh bagi pelaksanaan sembilan syor. Beberapa syor gagal diperincikan seperti akses kepada media. Laporan PSC juga diluluskan tanpa sebarang perbincangan di Dewan Rakyat. [2]


Halangan dan kekangan untuk melaksanakan cadangan[sunting | sunting sumber]

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada 22 syor yang dikemukakan oleh PSC melibatkan soal dasar, yang secara langsung akan melibatkan keputusan kerajaan dan pembabitan agensi-agensi lain dalam membuat keputusan. Cadangan-cadangan itu di luar bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan oleh itu, pelaksanaan dijangka memakan masa. Malah, pelaksanaan sebahagian besar syor PSC juga memerlukan persetujuan Kerajaan Pusat selain pindaan Perlembagaan Persekutuan. Sebahagian besar syor tidak dapat dilaksanakan ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pelaksanaan syor-syor itu memerlukan penelitian dan perbincangan lanjut. Contohnya soal sistem pilihan raya yang baru, prapendaftaran pemilih apabila mencecah usia 20 tahun, ini semua memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan kerana ia soal dasar. Soal dasar, memerlukan kajian mendalam melibatkan banyak agensi, tidak boleh dilakukan oleh SPR sahaja.

Ada syor PSC yang boleh dilaksanakan segera ketika PRU13 dan ada yang tidak boleh dilaksanakan dengan segera. Penggunaan dakwat kekal dan pengundian awal, sebagai contoh, boleh dilaksanakan dengan segera tanpa melibatkan soal dasar.


Rujukan[sunting | sunting sumber]