Lata Tembakah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lata Tembakah atau juga dikenali sebagai Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di Hulu Besut, Besut, Terengganu. Ia adalah antara hutan lipur yang terkenal di negeri Terengganu. Hutan Lipur Lata Tembakah adalah di bawah pengawasan Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu di bawah Unit Rekreasi HLLT.[1]

Lata Tembakah terdiri daripada air terjun setinggi 7 tingkat dan airnya sentiasa mengalir jernih dan segar dan tiada hentinya. Di pintu masuk Lata Tembakah terdapat satu jambatan gantung.

Daripada Jambatan gantung di pintu masuk, untuk ke air terjun di tingkat 5, ia mengambil masa lebih kurang 60 minit dengan jarak sejauh 1.5 kilometer. Manakala untuk ke air terjun tingkat pertama, ia terletak lebih kurang 700m yang mengambil masa kira-kira 20 minit berjalan kaki.

Lata Tembakah terletak di dalam hutan lipur, oleh itu terdapat banyak khazanah alam samada pokok-pokok hutan yang bernilai tinggi mahupun koleksi pokok-pokok herba yang mempunyai khasiat tersendiri disekelilingnya. Selain itu terdapat kemudahan untuk para pengunjung.

Di antara kemudahan yang terdapat di sini adalah chalet penginapan yang di uruskan oleh Pejabat Perhutanan yang disediakan dengan harga berpatutan. Juga disediakan tapak perkhemahan bagi mereka yang gemarkan aktiviti atau ingin merasai suasana alam di sini. Di samping itu kemudahan asas lain turut terdapat di sini seperti wakaf, tandas serta kerusi rehat.

Hutan Lipur Lata Tembakah boleh dicapai melalui simpang Kg Oh/ Pasir Akar dan kemudian ke kanan menuju ke Hulu Besut/ Keruak/ Kampung Bukit Payong dari dari Kuala Terengganu. Jika anda dari Kota Bharu, boleh melaluinya melalui susur ke Hulu Besut/ Kampung Keruak berhampiran jambatan Jerteh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]