Latah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Latah, dari Asia Tenggara, adalah suatu keadaan di mana wujudnya kelakuan tidak normal hasil daripada seseorang yang mengalami kejutan tiba-tiba. Apabila terkejut, orang yang terlibat biasanya terlibat dalam tingkah laku seperti menjerit, mengutuk, bergerak bentuk tarian, dan ketawa yang tidak terkawal, dan biasanya akan meniru perkataan atau tindakan orang di sekeliling mereka.[1] Gejala-gejala fizikal termasuk peningkatan kadar jantung dan berpeluh, tetapi tiada sumber fisiologi yang jelas telah dikenalpasti.

Latah dianggap merupakan satu bentuk sindrom yang dipengaruhi oleh sesuatu budaya, seperti kejadian amok yang biasanya dikaitkan pada dahulukala dengan masyarakat Melayu Nusantara.

Latah dianggap sebagai gangguan kejutan khusus budaya[2][3] yang secara sejarahnya dianggap sebagai sifat peribadi dan bukannya penyakit.[1][3] Keadaan yang sama telah direkodkan dalam budaya dan lokasi lain. Sebagai contoh, terdapat orang yang digelar Orang Perancis Melompat Maine, wanita dari kaum Ainu Jepun ("imu"), "miryachit" di Siberia, dan di Filipina dan orang Thai; bagaimanapun, hubungan di antara sindrom ini adalah kontroversi.

Tidak ada ubat atau rawatan yang khusus untuk menyembuhkan sindrom latah ini kecuali si penderita jangan diganggu selalu atau mengalami kejutan yang terlalu kerap. Biasanya kalau tiada gangguan atau kejutan terhadap si penderita, kesan sindrom ini akan dapat dikurangkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Winzeler R (April 1984). "The Study of Malayan Latah". Indonesia. 37: 77–104. doi:10.2307/3350936.(langganan diperlukan)
  2. ^ Dreissen YE, Tijssen MA (December 2012). "The startle syndromes: physiology and treatment". Epilepsia. 53 Suppl 7: 3–11. doi:10.1111/j.1528-1167.2012.03709.x. PMID 23153204.
  3. ^ a b Gimlette JD (August 1897). "Remarks on the Etiology, Symptoms, and Treatment of Latah, with a Report of Two Cases". Br Med J. 2 (1912): 455–7. doi:10.1136/bmj.2.1912.455-a. PMC 2407745. PMID 20757229.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]