Latiff Borgiba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Latif Borgiba)
Latiff Borgiba
Kelahiran
Abdul Latiff T.K. Gomu Kakah

(1937-12-14)14 Disember 1937
Meninggal dunia14 Disember 2017(2017-12-14) (umur 80)
Sebab kematianSakit tua
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1967–2017
Terkenal keranaFilem Penyamun Si Bongkok, Dang Lenggang, Ribut Di Hujung Senja dan Anakku Suamiku
PasanganFatimah Leman
Anak-anak16

Latiff Borgiba atau nama sebenarnya Abdul Latiff T.K. Gomu Kakah[1] merupakan salah seorang dari pelakon filem Melayu klasik. Beliau sering berlakon dalam drama-drama dan filem-filem Melayu tahun 1960-an sehingga 1980-an yang mengenalinya. Namanya dikenali ramai kerana dia sering melakonkan watak-watak jahat sama ada dalam drama ataupun filem. Beliau mula menceburi bidang lakonan ketika berusia 18 tahun menerusi pentas teater dan bangsawan.

Nama pentasnya, Latiff Borgiba telah diberikan oleh pelakon dan pengarah, Allahyarham S. Kadarisman penghujung tahun 1960-an sewaktu beliau mula aktif berlakon. Borgiba itu adalah sempena nama keturunan Habib Borgiba iaitu seorang kulit hitam dari Afrika yang terkenal warak dan juga tokoh agama terkenal di sana.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Latiff dilahirkan pada 14 Disember 1937 di Bangkok, Thailand sebelum berhijrah bersama keluarganya ke Kuala Lumpur pada tahun 1945. Dia memulakan bidang lakonan di Kuala Lumpur setahun selepas mendirikan rumahtangga. Beliau memiliki darah campuran Siam, Arab dan India ini bukan sahaja memulakan karier sebagai pelakon pada usia yang muda iaitu 18 tahun tetapi turut berkahwin sewaktu baru berusia 17 tahun di mana ketika itu isterinya, Rokiah Abdul Rahman pula berumur 12 tahun.

Isteri pertama Latiff meninggal dunia pada tahun 2009 dan beliau kemudiannya tinggal bersama isteri keduanya iaitu Fatimah Leman. Semasa hayat, beliau aktif berlakon drama, telemovie dan filem. Raut wajahnya yang serius dan ditambah pula dengan janggutnya yang putih dan panjang mencecah paras dada menyebabkan dia tampak garang dan sering melakonkan watak-watak jahat.

Bagaimanapun, pada penghujung karier seni, Latiff juga banyak melakonkan watak lelaki tua yang lebih alim dan matang. Sebelum kematiannya, Latiff merupakan seorang bapa kepada 16 orang anak, datuk kepada 47 orang cucu dan moyang kepada 15 orang cicit setakat tahun 2012.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1967 Darma Kesuma Filem pertama
1972 Raja Laut Ali
Pendekar Sakti Dadah
Dang Lenggang Rompin
Anak Ku Suami Ku
1973 Satria Kinta
Penyamun Si Bongkok Hitam / Bongkok
1974 Anak Setan Arang
Semambu Kuning
1981 Sumpah Semerah Padi
1982 Ribut Di Hujung Senja
Anak Sulung Tujuh Keturunan
1987 Jaguh Air Gemuruh
1991 Bintang Malam Pok Leh
1992 Penghujung Malam Cik Man
Abang 92 Wak Sait
1995 Amok Guru
1997 Gemilang Hassan
2009 Jangan Tegur Ustaz Kampung
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan Bomoh Penampilan khas
2013 Tokak Khatib Umar
Penanggal Guru Alang
2023 Syaitan Munafik Wak Jono Filem terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Mayang Mengurai Tok Bomoh TV3
Ulek Mayang Tok Bomoh
2011 Terowong Pak Unos Episod: "Rasuah"
Tanah Kubur (Musim 2) Bomoh Astro Oasis Episod: "Pelaris"

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1998 Pa'e Pak Hassan TV3
Dajal Suci Pak Tua

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8:20 malam di hari lahirnya yang ke 80 tahun akibat sakit tua pada 14 Disember 2017 di rumahnya.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Latiff cerita asal nama Borgiba". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-23. Dicapai pada 2015-11-09.
  2. ^ "Latiff cerita asal nama Borgiba". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-23. Dicapai pada 2015-11-09.
  3. ^ Pelakon veteran Latiff Borgiba meninggal dunia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]