Latihan tentera FPDA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Latihan tentera FPDA merupakan latihan bersama lima negara Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA). Negara yang terlibat ialah Singapura, Australia, Malaysia, New Zealand dan United Kingdom. Latihan ini membabitkan tentera udara, tentera laut dan tentera darat. Antara fokus latihan ialah latihan bantuan kemanusiaan dan bencana sebagaimana operasi bukan konvensyenal tentera. Latihan 2009 diadakan pada Oktober 2009 di negara tuan rumah - Singapura.[1]

Sekiranya salah satu negara FPDA diserang negara lain, empat lagi negara FPDA akan bertindak memberi bantuan kepada negara FPDA yang diserang dari segi ketenteraan mahupun bantuan perubatan & sokongan.

Panglima Angkatan Tentera Singapura Lt Jen Desmond Kuek merasmikan latihan itu di Pangkalan Tentera Laut Changi di Singapura. Anggota yang terlibat ialah 240 petugas, 19 kapal, 59 pesawat, sebuah kapal selam dan pelbagai pasukan sokongan dari 5 negara terbabit. Keutamaan adalah pergerakan di pantai terutama di Laut China Selatan. Pada 23 Oktober 2009, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Azizan Ariffin akan menutup latihan bersama ini.

Tujuan latihan ini ialah memupuk keamanan dan kestabilan serantau dan mengukuhkan keupayaan FPDA dalam menangani cabaran keselamatan global.

Rujukan[sunting | sunting sumber]