Amerika Latin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Latin Amerika)

Amerika Latin

Kawasan 21,069,501 km psg
Populasi 548,500,000
Negara 20
Pergantungan 4
GDP $2.26 Trillion (kadar tukaran)
$4.5 Trillion (persamaan pembelian kuasa)
Bahasa Sepanyol, Portugis, Perancis, Quechua, Aymara, Nahuatl, Maya, Guaraní, Itali, Inggeris, Jerman, Belanda, Yunani, Kreyol Haiti, banyak yang lain
Zon masa UTC -3:00 (Argentina, Brazil, Uruguay) hingga UTC -8:00 (Mexico)
Bandar terbesar Mexico City
São Paulo
Buenos Aires
Bogotá
Lima
Rio de Janeiro
Santiago
Caracas

Amerika Latin secara tradisi ditakrifkan sebagai subregion bagi Amerika dimana bahasa Sepanyol, bahasa negara Sepanyol, dan bahasa Portugis, digunakan. Secara pratikal, bagaimanapun, kebanyakan Hemisfera Barat kecuali Amerika Syarikat, Kanada, dan negara Karribian bukan-penutur Hispanik biasanya disenaraikan di bawah tajuk Amerika Latin. Kawasan lain di mana bahasa yang berasal dari Latin (seperti bahasa Perancis, Papiamento atau Kreyol) digunakan secara meluas tidak dianggap sebagai Amerika Latin.

Lihat juga Latino, Hispanik dan Ibero-Amerika

Dari segi sudut sosial-politik, yang hanya merangkumi negara merdeka, Amerika Latin selari secara kasar dengan semua negara selatan Amerika Syarikat, merangkumi Mexico (di Amerika Utara), sebahagian besar Amerika Tengah dan Amerika Selatan, dan negara Karibian di berasaskan bahasa Sepanyol, Perancis, Portugis atau Creoles di mana bahasa tersebut dipertuturkan. Menurut kriteria tersebut, Amerika Latin dibahagi kepada 20 negara merdeka dan beberapa unit pergantungan politik. Brazil merupakan negara terbesar di Amerika Latin dari segi luas kawasan dan jumlah penduduk. Ia merangkumi 40 peratus kawasan tersebut dan mempunyai satu pertiga jumlah penduduk. Bahasa rasminya, bahasa Portugis, tidak digunakan secara rasmi dinegara Amerika lain.

Etymologi[sunting | sunting sumber]

Bahasa Sepanyol dan Portugis wujud dengan campuran Latin dan loghat tempatan dan ini menyebabkan keperluan membezakan antara selatan benua utara Amerika, Amerika Syarikat, dan selatan benua sendiri yang mewujudkan istilah 'Amerika Latin'. Bahasa dan penduduk Amerika Latin tidak berkaitan dengan daerah Latium di Itali dan tidak bertutur bahasa Latin silam. Tambahan lagi, kebanyakan penduduk di Amerika Latin tidak bertutur bahasa berasal dari Latin rasmi, tetapi bahasa tempatan dengan daerah atau bahasa yang di bawa oleh pendatang.

Québec, Acadia dan kawasan-kawasan percakapan Perancis di Kanada, Louisiana, Saint-Pierre and Miquelon, dan tempat-tempat lain seperti di utara Mexico yang mana secara tradisinya terkeluar daripada definisi sosio-politik America Latin, di sebalik populasi signifikan yang mengamalkan percakapan bahasa berteraskan Latin, kerana mereka tidak wujud sebagai negara merdeka atau secara geografinya mereka bukannya terpinggir daripada Amerika Latin yang lain. Bagaimanapun, French Guiana, dimasukkan walaupun masih jajahan Perancis dan bukan satu negara merdeka.

Istilah berkait Iberoamerica kadang kala digunakan bagi merujuk kepada negara bekas koloni Sepanyol dan Portugis, kerana kedua negara ini terletak di semenanjung Iberian. Organisasi negara Ibero-Amerika (OEI) menggunakan definasi ini satu langkah lebih jauh, dengan memasukkan Sepanyol dan Portugis (seringkali dikenali sebagai Negara Induk Amerika Latin) antara negara anggotanya, sebagai tambahan kepada bekas koloni penutur Sepanyol dan Portugis di Amerika.

Pembahagian Politik[sunting | sunting sumber]

Amerika Latin seringkali dilihat sebagai merangkumi negara berikut:

Negara-negara Jajahan Perancis Jajahan Belanda Jajahan Amerika Syarikat

Sebagai tambahan, sesetengah pertubuhan antarabangsa turut menyenaraikan Belize, Kepulauan Falkland, Guyana, dan Suriname kepada daftar ini, sungguhpun mereka tiada kaitan dengan Amerika Latin secara bahasa dan budaya. Mereka mengekalkan ikatan ekonomi dengan negara berdekatan, dan dikelompokkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke dalam rantau yang didominasi oleh Latin Amerika seperti (Amerika Selatan dan Amerika Tengah). Bagaimanapun, kesemua kecuali Suriname, turut merupakan tuntutan jajahan yang lama oleh jiran Amerika Latin mereka.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan daripada penduduk Amerika Latin merupakan keturunan Eropah. Bagaimanapun, terdapat sebilangan besar penduduk di Amerika Latin yang terdiri daripada asal-usul campuran yang disebabkan oleh perbauran di antara penetap Eropah, abdi Afrika, dan orang asli Amerika. "Kon Selatan" ("cono sur": Argentina, Uruguay, Chile, serta Brazil Selatan) merupakan pengecualian yang utama.

Percampuran latarbelakang ("Mestizaje" dalam bahasa Sepanyol) telah terbukti mempunyai pengaruh agama, muzik, dan politik, serta telah membangunkan satu identiti kabur kepada kebudayaan campur tersebut; warisan kebudayaan yang kurang tepat (arguably improperly) dipanggil Latino dalam Bahasa Inggeris Amerika. Di luar AS, dan di kebayakan bahasa (terutamanya pada perkara especially perkara romantik) "Latino" hanya bermaksud "Latin" (merujuk kepada kebudayaan dan masyarakat yang boleh dikesan warisan mereka balik kepada Empayar Roman purba. )

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa Sepanyol dan Portugis digunakan paling meluas (dalam 10 negara paling padat penduduk), dan Perancis (dalam negara lebih kecil, di Caribbean, dan di French Guyana).

Kebanyakan negara Caribbean mempunyai versi Creole dipengaruhi bahasa Afrika sendiri. Bahasa penduduk Asli Amerika dipertuturkan dalam kebanyakan negara Amerika Latin, terutamanya Peru, Ecuador, Guatemala, Bolivia, Paraguay, dan Mexico.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]