Laurasia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Kawasan Laurasia dalam belah utara adibenua Pangea pada 200 juta tahun dahulu.

Laurasia ialah antara daratan besar membentuk sebahagian daripada adibenua Pangea di utara selain Gondwana yang selatan. Daratan ini muncul dari sekitar 335 hingga 175 juta tahun dahulu (j.t.d) di mana ia mula terpisah dari Gondwana 215 hingga 175 Mya (bermula dalam tempoh Trias lewat)[1] menghanyut jauh ke utara dan akhirnya terpisah dengan terbukanya Lautan Atlantik Utara sekitar 56 j.t.d.

Daratan ini pernah wujud dalam rupa adibenua yang besar iaitu Proto-Laurasia mula-mula dari pemisahan Laurentia dari Baltika yang dua-duanya sebahagian daripada benua Columbia yang wujud 2,100-1,800 j.t.d merangkumi hampir semua blok benua Arkean yang diketahui;[2] ia kemudiannya beransur menjadi dataran Rodinia sekitar 1 bilion tahun yang lalu.[1]

Sejarah pengkajian[sunting | sunting sumber]

Pada 1904–1909, Eduard Suess iaitu seorang ahli geologi Austria mencadangkan bahawa benua-benua di Hemisfera Selatan pernah tergabungkan dalam suatu daratan yang lebih besar dipanggil Gondwana. Pada tahun 1915, ahli meteorologi Jerman Alfred Wegener mencadangkan kewujudan sebuah adibenua yang dipanggil Pangaea. Pada tahun 1937, ahli geologi Afrika Selatan Alexander du Toit mencadangkan bahawa Pangea terbahagi kepada dua daratan yang lebih besar iaitu Laurasia di Hemisfera Utara dan Gondwana di Hemisfera Selatan dipisahkan oleh Lautan Tethys.[3] Nama daratan benua utara ini datangnya dari gabungan nama-nama daratan Laurentia (muka benua purba membentuk sebahagian benua Amerika Utara) dan Asia.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Misachi, John (21 Mei 2018). "What Was The Laurasia Supercontinent?". WorldAtlas (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 November 2019.
  2. ^ Zhao et al. 2004, Abstract
  3. ^ Meert 2012, halaman 991–992
  4. ^ Du Toit 1937
Sumber utama