Laut Chukchi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Laut Chukchi
Chukchi Sea.png
Koordinat69°N 172°W / 69°N 172°W / 69; -172Koordinat: 69°N 172°W / 69°N 172°W / 69; -172
Jenis Laut
Negara lembanganRusia dan Amerika Syarikat
Luas permukaan620,000 km2 (240,000 bt2)
Kedalaman purata80 m (260 ka)
Isipadu air50,000 km3 (4.1×1010 ekar kaki)
Rujukan[1][2][3]

Laut Chukchi (Bahasa Rusia: Чуко́тское мо́ре, tr. Chukotskoye more, IPA: [tɕʊˈkotskəjə ˈmorʲɪ]), kadang-kadang disebut sebagai Laut Chuuk atau Laut Chukotsk[4][5] ialah sebuah laut pinggir di Laut Artik. Laut ini bersempadan di sebelah barat oleh Selat Panjang bersebelahan Pulau Wrangel, dan di sebelah timur oleh Point Barrow, Alaska dengan Laut Beaufort di seberang. Selat Bering membentuk sempadan paling selatan dan menghubungkannya dengan Laut Bering dan Lautan Pasifik. Pelabuhan utama di Laut Chukchi ialah Uelen di Rusia. Garisan Tarikh Antarabangsa melintasi Laut Chukchi dari barat laut ke tenggara. Garisan itu kemudiannya dipindahkan ke arah timur untuk mengelakkan Pulau Wrangel serta Okrug Autonomi Chukotka di daratan Rusia.

Laut Chukchi mempunyai luas sekitar 595,000 km2 (230,000 batu persegi) dan hanya dapat dilayari sekitar empat bulan dalam setahun. Ciri geologi utama dasar laut Chukchi adalah Hope Basin sepanjang 700 kilometer (430 batu), yang bersempadan di timur laut oleh Lengkung Herald. Kawasan berkedalaman kurang daripada 50 meter (160 kaki) merangkumi 56% keseluruhan kawasan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ R. Stein, Arctic Ocean Sediments: Processes, Proxies, and Paleoenvironment, p. 37
  2. ^ Beaufort Sea, Great Soviet Encyclopedia (dalam bahasa Rusia)
  3. ^ Beaufort Sea, Encyclopædia Britannica on-line
  4. ^ education.rec.org Seas and Oceans: The Chukotsk Sea
  5. ^ Owen, Richard (15 Oktober 1983). "Race against time to save ice-bound ships". The Times. m/s. 6.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]