Laut Galilee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Laut Galilee
Lake Tiberias (Sea of Galilee), Northern Israel.jpg
Foto dari angkasa ke atas Laut Galilee
Koordinat 32°50′N 35°35′E / 32.833°U 35.583°T / 32.833; 35.583Koordinat: 32°50′N 35°35′E / 32.833°U 35.583°T / 32.833; 35.583
Jenis Monomictic
Aliran masuk utama Hulu Sungai Jordan dan punca setempat [1]
Aliran keluar utama Hilir Sungai Jordan, pengewapan
Kawasan tadahan 2,730 km2 (1,050 bt persegi) [2]
Negara lembangan Israel, Syria, Lebanon
Panjang maks 21 km (13 bt)
Lebar maks 13 km (8.1 bt)
Luas permukaan 166 km2 (64 bt persegi)
Kedalaman purata 25.6 m (84 ka)
Kedalaman maks 43 m (141 ka)
Isipadu air 4 km3 (0.96 cu mi)
Masa mastautin 5 tahun
Panjang pesisir1 53 km (33 bt)
Ketinggian permukaan -209 m (686 ka)
Kepulauan 2
Rujukan [1][2]
1 Panjang pesisir adalah tidak diukur jelas.

Laut Galilee, juga Tasik Gennesaret, Tasik Kinneret, Laut Tiberias atau Tasik Tiberias (Bahasa Ibrani: ים כנרת, Bahasa Arab: بحيرة طبريا‎), terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah, dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu), kira-kira 21 km (13 batu) panjang, dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km², dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki).[3] Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, ia merupakan tasik air tawar terendah di Bumi dan tasik kedua terendah di dunia (selepas Laut Mati, sebuah tasik air masin).[4]

Kinneret adalah terletak jauh di dalam Lurah Gelinciran Besar Jordan, sebuah lembah yang disebabkan oleh pemisahan plat-plat Afrika dan Plat Arab dan punca airnya sebahagian datang daripada mata air bawah tanah meskipun begitu punca utamanya adalah daripada Sungai Jordan yang mana mengalir melaluinya dari utara ke selatan. Keadaan ini bergantung kepada gempa bumi dan, pada masa lalu oleh aktiviti gunung berapi. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan banyak basalt dan batu igneus lain yang mentaksifkan geologi kawasan Galilee.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Aaron T. Wolf, Hydropolitics along the Jordan River, United Nations University Press, 1995
  2. 2.0 2.1 http://www.exact-me.org/overview/images/p31_map.gif
  3. Data Summary: Lake Kinneret (Sea of Galilee)
  4. The 1996-discovered subglacial Lake Vostok challenges both records; it is estimated to be 200 to 600 m below sea level.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]