Pergi ke kandungan

Lautan Pasifik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lautan Pasifik.

Lautan Pasifik (Jawi: لاوتن ڤاسيفيك) atau Lautan Teduh (Jawi: لاوتن تدوه‎) adalah kumpulan semua laut di antara Asia dan Australasia di sebelah barat, Amerika di sebelah timur, Antartika di sebelah selatan dan Lautan Artik di sebelah utara.

Lautan ini adalah jasad air terbesar di dunia di mana ia mencakupi kira-kira sepertiga permukaan Bumi, dengan luas sebesar 179.7 juta km² (69.4 juta mi²). Panjangnya sekitar 15,500 km (9,600 bt) dari Laut Bering di Artik hingga batasan ais di Laut Ross di Antartika di selatan. Lautan Pasifik mencapai lebar timur-barat terbesarnya pada sekitar 5 darjah U garis lintang, di mana ia terbentang sekitar 19,800 km (12,300 mi) dari Indonesia hingga pesisir Colombia. Batas sebelah barat lautan ini biasanya diletakkan di Selat Melaka. Titik terendah permukaan Bumi—Jurang Mariana—berada di Lautan Pasifik.

Lautan Pasifik terdiri daripada sekitar 25 000 kepulauan (lebih dari jumlah kepulauan yang berada di lautan dunia lainnya jika digabung), yang majoritinya terletak di selatan khatulistiwa.

Di batasan Lautan Pasifik terdapat banyak lautan, yang terbesar adalah Laut Sulawesi, Laut Korea, Laut China Timur, Laut Jepun, Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Tasman dan Laut Kuning. Selat Melaka menghubungkan Lautan Pasifik dengan Lautan Hindi di sebelah barat, dan Selat Magellan menghubungkan Lautan Pasifik dengan Lautan Atlantik di sebelah timur.

5 lautan bumi

Nama lautan ini diserap dari ungkapan Mar Pacífico - "lautan tenang" diberikan Ferdinand Magellan merujuk kepada angin tenang yang dirasai malah memudahkan pelayaran beliau dari Selat Magellan menuju Filipina,[1] kata bahasa Sepanyol pacifico berakar daripada bahasa Latin pax yang bermaksud "damai" atau "aman" (bandingkan dengan kognat bahasa Inggeris: peace, Perancis: paix, Sepanyol: paz).

Pengungkapan di atas turut dipinjam terjemah kepada bahasa Melayu melalui nama Lautan Teduh yang mana teduh bermaksud "aman, tenang".[2]

Lautan Pasifik

Lautan ini memisahkan Asia dan Australia dengan benua-benua Amerika dengan keluasan sejauh kawasan Antartik di selatan dan kawasan Artik di utara Bumi[3] keseluruhannya berjumlah 165,200,000 km2 (63,800,000 bt2)— satu pertiga daripada isi Bumi melebihi semua daratan yang berjumlah 150,000,000 km2 (58,000,000 bt2).[4]

Jarak dari titik paling utara di Laut Bering ke Lautan Selatan sebanyak 15,500 km (9,600 bt) manakala jarak dari titik paling timur di Indonesia ke pesisiran Colombia di barat pada latitud ke-5 U berjumlah 19,800 km (12,300 bt) iaitu lima kali diameter Bulan.[5] Jurang Mariana titik terendah sedalam 10,911 m (35,797 ka; 5,966 fathom) dari paras laut; purata kedalaman lautan ialah 4,280 m (14,040 ka; 2,340 fathom) lalu isipadu keseluruhan air laut boleh dianggarkan sekitar 710,000,000 km3 (170,000,000 bt3).[3]

Panggilan "Lautan Teduh", adalah dalam bahasa melayu lama dari kata teraduh yang bermaksud Lautan paling banyak bahaya gempa dan angin taufan. Sedangkan kata teduh yang bermaksud terlindung dari sinaran panas terik matahari tidaklah selalu bersifat sepertimana namanya; di mana Lautan Atlantik melebar, Lautan Pasifik menciut. Hal ini menyebabkan banyak terjadinya gempa bumi. Banyak angin puyuh dan badai yang merosakkan pulau-pulau di bahagian Pasifik dan tanah di sekitar Pasifik dipenuhi gunung berapi dan sering digegarkan dengan gempa bumi. Tsunami, yang disebabkan oleh gempa bumi di dasar laut, telah menghancurkan banyak pulau dan menghapuskan seluruh kota.

Atol Tarawa, Kiribati

Disebutkan bahawa lautan ini berasal dari superlautan Panthalassa pada akhir Prakambrium. Ketika superbenua Pannotia terpecah sekitar 540 juta tahun yang lalu, Panthalassa mula meluas dan mengambil keseluruhan luas Samudra Pan-Afrika dan Mirovoi yang merupakan pendahulunya. Panthalassa terus meluas hingga pembentukan Pangea dan pada akhirnya, ia menjadi superlautan dan hampir mengambil 70% permukaan bumi selama Mesozoikum.

Pada awal zaman Jurasik, Pangea mula berpecah, dan akhirnya Panthalassa mula menyusut. Laurasia dan Gondwana (benua hasil pecahan Pangea) mula terpecah secara berturut-turut yang akhirnya mula tersebar ke seluruh penjuru dunia. Pada zaman Senozoikum, Panthalassa akhirnya terpecah sepenuhnya, sisa peninggalan lautan ini masih boleh ditemukan di seluruh penjuru lautan Dunia. Sementara itu, bahagian terbesar Panthalassa saat ini, Samudra Pasifik hanya mengambil lebih dari 40% bahagian Superlautan tersebut, lalu ertinya Panthalassa sangatlah besar.

Oleh kerana asal usul ini, Panthalassa kadang-kadang kadang disebut pula Lautan Paleo-Pasifik atau Proto-Pasifik.

Sejarah penerokaan

[sunting | sunting sumber]

Zaman Purba

[sunting | sunting sumber]

Orang-orang Austronesia belayar luas jauh dari kawasan asal mereka di pulau Taiwan sejauh kepulauan Filipina dan Nusantara, Melanesia dan Madagaskar. Lautan ini merupakan antara kawasan terlewat diterokai di mana mereka menuju ke rantau-rantau Mikronesia dan Polinesia.[6]

Zaman Penjelajahan Eropah

[sunting | sunting sumber]

Penjelajah Portugis Ferdinand Magellan adalah orang Eropah pertama yang menjelajah berlayar merentasi Lautan Pasifik dengan kembara Sepanyolnya.[1]

Lingkungan geopolitik

[sunting | sunting sumber]

Negara-negara yang berpesisiran menghadap lautan ini adalah seperti berikut:

Negara berdaulat

[sunting | sunting sumber]

Wilayah naungan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Catholic Encyclopedia : Ferdinand Magellan". Newadvent.org. 1 October 1910. Dicapai pada 31 October 2010.
  2. ^ "teduh". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ a b "Pacific Ocean". Britannica Concise. 2008: Encyclopædia Britannica, Inc.
  4. ^ "Area of Earth's Land Surface", The Physics Factbook. Retrieved 9 June 2013.
  5. ^ Nuttall, Mark (2005). Encyclopedia of the Arctic: A-F. Routledge. m/s. 1461. ISBN 978-1-57958-436-8.
  6. ^ Stanley, David (2004). South Pacific. David Stanley. m/s. 19. ISBN 978-1-56691-411-6.
Sumber utama
  • Barkley, R.A., Oceanographic Atlas of the Pacific Ocean (1969)
  • Cameron, I., Lost Paradise (1987)
  • Couper, A., Development in the Pacific Islands (1988)
  • Crump, D.J., ed., Blue Horizons (1980)
  • Gilbert, John, Charting the Vast Pacific (1971)
  • Lower, J. Arthur, Ocean of Destiny: A Concise History of the North Pacific, 1500-1978 (1978)
  • Oliver, D.L., The Pacific Islands, 3d ed. (1989)
  • Ridgell, R., Pacific Nations and Territories, 2d ed. (1988)
  • Soule, Gardner, The Greatest Depths (1970)
  • Spate, O.H., Paradise Found and Lost (1988)
  • Stanley, David, Moon Handbooks South Pacific (2004)
  • Terrell, J.E., Prehistory in the Pacific Islands (1986).