Peraturan Ueki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Law of Ueki)
Peraturan Ueki
Kulit manga Peraturan Ueki jilid 1 yang dikeluarkan oleh Shogakukan
GenreShōnen, Komedi, Aksi
Manga
PengarangTsubasa Fukuchi
PenerbitJepun Shogakukan
Kanada Amerika Syarikat VIZ Media
Jerman EMA
Malaysia Tora Aman
Siri televisyen anime
PengarahHiroshi Watanabe
StudioStudio Deen
Penyiaran AsalJepun Animax, TV Tokyo
Penyiaran bahasa InggerisMalaysia Animax, 8TV
K3
India Animax
Indonesia Global TV, Spacetoon
Filipina ABS-CBN (30 April 2007)
Tarikh tayangan4 April 200527 Mac 2006
Susulan

Peraturan Ueki Plus

Portal Anime dan Manga

Peraturan Ueki (Jepun: うえきの法則, Hepburn: Ueki no Hōsoku) ialah manga Jepun karya Tsubasa Fukuchi dan adaptasi animenya.

Manga ini disirikan dalam majalah Shonen Sunday. Siri ini sudah lengkap dalam 16 jilid tankōbon terbitan Shogakukan. Susulan manganya, Peraturan Ueki Plus (Jepun: うえきの法則プラス, Hepburn: Ueki no Hōsoku Purasu), mengambil alih sejak September 2005 dalam majalah yang sama. Adaptasi anime buatan Studio Deen mula disiarkan di Jepun sejak 4 April 2005.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Peraturan Ueki mengisahkan Pertarungan Kuasa Luar Biasa, suatu pertandingan yang menentukan Dewa Kayangan seterusnya. Setiap seorang daripada 100 calon dikehendaki memilih seorang pelajar sekolah menengah rendah untuk dijadikan pejuangnya. Setiap pelajar diberi kuasa luar biasa, iaitu kuasa menukar bentuk benda-benda. Calon yang menang akan meraih takhta Dewa manakala pelajarnya akan menerima "bakat kosong" (Jepun: 空白の才, Hepburn: kūhaku no zai), iaitu suatu bakat pilihannya. Sementara ganjaran ini menyebabkan ramai pelajar menjadi kedekut dan tamak, Kosuke Ueki hendak menggunakan bakat kosong untuk menjuarai kejohanan tersebut agar bakat kosong dijauhkan daripada genggaman orang lain.

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Seorang pelajar yang diharapkan oleh Kobayashi, guru kelasnya, untuk menyelamatkan dunia daripada kuasa-kuasa jahat yang ingin menggunakan 'Bakat Kosong' bertujuan menghancurkan dunia. Kuasa yang dianugerahkan kepada Ueki ialah 'Menukarkan Sampah Kepada Pokok' tetapi Robert Hayden menganggap kuasa Ueki ialah yang paling lemah dalam kalangan pengguna kuasa. Ueki sentiasa dijaga oleh Tenko dan Ai Mori, tetapi setiap larangan Ai Mori langsung tidak diendahkan oleh Ueki. Ueki sebenarnya ialah keturunan Manusia Syurga dan oleh itu, mempunyai 10 Senjata Suci. Kuasa peringkat keduanya ialah 'Pembalikan' iaitu menukarkan kuasa orang lain daripada A-B kepada B-A.
  • Ai Mori
Merupakan seorang kawan Ueki di sekolah dari kelas yang sama. Seseorang yang mengambil berat terhadap Ueki dan sentiasa melarang setiap perbuatan/risiko yang diambil oleh Ueki. Mempunyai kuasa menukarkan orang kepada 'Pencinta Kaca Mata', dan sesiapa yang mengalami ilusi akan melakukan apa yang diarahkan oleh Ai Mori. Anon menganggap kuasanya ialah yang paling berbahaya dalam kalangan manusia biasa.
  • Seichiro Sano
Seorang rakan seperjuangan mereka, mempunyai kuasa 'Menukarkan Kain kepada Besi' dan menggunakannya dalam pelbagai cara yang tersendiri. Selain itu, dia juga mempunyai semangat perjuangan yang tinggi walaupun sebagai manusia biasa, mempunyai niat yang baik tehadap Ueki dan mengharungi setiap pertarungan bersama Ueki. Dianggap tidak berotak oleh Rinko Gerrard kerana tindakannya sering melulu walaupun ia hebat dan pantas.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman rasmi dan berita[sunting | sunting sumber]